Assalamualaikum…
Setiap manusia pasti akan merasai sakit. Ini adalah kerana , sakit adalah ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya tidak kira bangsa , jantina , usia , pangkat dan kekayaan . Sakit juga adalah musibah yang menimpa seseorang mukmin dan mengandungi hikmah kerahmatan kepada hamba-hamba-Nya . Allah akan memberikan ujian dan musibah kerana tahu bahawa hamba-Nya seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi setiap cubaan.
Sama juga seperti saya , Demam sejak dua hari lepas..hmm..mungkin bebanan kerja terlebih berat …tu yang terus demam . Mahu atau tidak , terpaka lah mengambil cuti untuk berehat . Selain demam kena pula batuk-batuk dan sakit tekak , selsema serta pening kepala..kiranya satu pakej yang lengkap . Terpaksa lupakan tumpuan terhadap kerja dan berehat sahaja di rumah sehingga sembuh . Dapat juga la ke klinik pada Jumaat yang terakhir di dalam tahun 2018 ini .

Boleh tahan juga la bila dapat ubat untuk demam , cairkan kahak , ubat batuk dan antibiotik . Semoga diriku cepat sembuh…Amin…… Teruskan Membaca… …



