Tawaran hebat untuk produk kecantikan tempatan dan antarabangsa.
JOHOR BAHRU, JOHOR 18 MEI 2018 – Hermo, sebuah online platform yang khusus menawarkan produk kecantikan tempatan dan antarabangsa akan menyambut ulangtahun ke-6 pada 21 Mei hingga 24 Jun 2018. Memperkenalkan kempen ‘ Hermo 612 2018 ’ nombor ini dipetik dari gabungan tarikh bermulanya syarikat ini beroperasi 5 tahun dulu iaitu pada 12 Jun 2012 dan kali ini memilih slogan ‘ Hey, we are local! ’ yang bertujuan untuk memberitahu penggemar produk kecantikan bahawa Hermo merupakan syarikat tempatan yang memberikan servis setanding online platform antarabangsa yang lain.

Sepanjang sambutan ulang tahun ini, pengguna Hermo akan menikmati promosi Gifts with Purchase (GWP) dengan perbelanjaan minimum RM88 di mana Hermo telah berkolaborasi dengan Dinomama Handmade Soap, sebuah lagi syarikat kelahiran Johor yang terkenal dengan menghasilkan rekaan sabun mandi yang unik. Khas untuk sambutan ulang tahun ke-6 ini, pengguna Hermo mestilah mengambil peluang untuk mengumpul lima (5) rekaan yang dicipta bertemakan makanan tempatan! Setiap rekaan akan dikeluarkan selama seminggu sahaja mulai tarikh 21 Mei 2018 antaranya rekaan nasi lemak dan laksa jadi pastikan anda mengikuti laman web Hermo untuk mengetahui rekaan unik lain yang akan dilancarkan setiap minggu.


Sumber gambar dari