
Secawan Kopi Itu
Secawan Kopi Itu
Secawan Kopi Itu
Rasanya enak …
Ada pahit , ada manis , ada yang payau
Tetap digemari oleh semua golongan
itulah nikmatnya secawan kopi itu…
Secawan Kopi Itu
Menghilangkan dahaga
Tatkala selesai berhempas pulas mengerah tenaga
Menjalankan tugasan atau amanah yang dilalui setiap hari
Demi mencari rezeki dan nafkah yang halal dan berkat …
Secawan Kopi Itu
Menjadi penawar tatkala hati sedang gundah
Agar hilang segala kekusutan di dalam kepala
Supaya lepas ini lebih bersemangat dan bertenaga kembali …

Secawan Kopi Itu
Hidangan minum petang yang wajib
Disertakan pula kudapan yang enak sekali
Menjadi ikutan untuk minum petang dan malam…
… Teruskan Membaca… …
Dugaan Semasa Bekerja
Assalamualaikum…
Hmm.. agak sedih sedikit tajuk pada hari ini , biasalah dekat mana-mana dan apa yang kita buat pun kadang-kadang tak terlepas dari dugaan dan cabaran . Jadi kisahnya semalam terjadi kepada saya semasa bekerja . Memang agak saklit dan perit bila berlaku kemalangan kecil , syukur sangat-sangat tak teruk cuma lebam-lebam je apabila terkena besi . Dalam keadaan sakit yang teramat la sangat , fikiran di kepala masa tu memang tak dapat nak fikir apa-apa , lagi teruk bila diri ini mempunyai komitmen dan tanggungjawab besar yang memerlukan bekerja keras selagi mampu mengambil ” Over Time ” . Terduduk di kerusi 10 minit ambik tempoh untuk bertenang kemudian beritahu kepada ” Leader ” yang bertugas terus ke ” Office ” untuk laporkan kemalangan kecil ini . kemudian isi borang untuk ke klinik panel kilang .
Sumber gambar dari PixaBay
Dalam 30 minit juga la dalam klinik apabila doktor buat pemeriksaan pada kedua-dua belah tangan ni dan juga dapatkan rawatan di Bilik Rawatan . Selesai semua tu keluar dari bilk rawatan tunggu sekejap ambil ubat dan surat ” MC ” dan kembali ke kilang untuk serah surat MC tu. terpaksa balik untuk berehat di rumah . Sampai di rumah semalam dalam pukul 1.45 petang , terpaksa la makan dahulu maklumlah masih tak makan apa-apa masa kerja di kilang tu . Selesai je makan ambil ubat tahan sakit dan bengkak untuk dimakan , kemudian ambil pula ubat sapu untuk disapukan di bahagian tangan yang bengkak tu . Selesai je terus berehat sambil-sambil fikirkan nasib yang akan datang ๐ .
Pencarian Model Terbaru Kereta Proton Hanya Di Sini
Assalamualaikum…
Adakah anda , ahli keluarga rakan-rakan serta saudara-mara anda tercari-cari kereta idaman dari PROTON ? Pencarian tersebut bakal berakhir apabila anda semua selesai membaca artikel ini . jadi jangan lepaskan segala maklumat dan informasi yang saya berikan di sini ok ๐ . Seperti umum ketahui , model-model terbaru dari Proton atau dikenali sebagai PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendirian Berhad amat menarik dan bakal menjadi topik perbualan hangat di dalam industri pembuatan kereta di Malaysia memandangkan ia adalah syarikat kereta Nasional yang dipercayai sejak turun temurun .

Sejarah Proton
PROTON (singkatan untuk PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendirian Berhad ) merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.
Proton sebahagian besarnya pengilang kenderaan kejuruteraan lencana daripada Mitsubishi Motors antara tahun 1985 dan awal 2000-an. Syarikat itu telah menghasilkan beberapa model rekabentuk asli dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara hari ini, majoriti yang mana adalah di Asia. Proton pernah dimiliki oleh Khazanah Nasional, cabang pelaburan kerajaan Malaysia. Pada bulan Januari 2012, ia telah diambil alih oleh DRB-HICOM, sebuah konglomerat Malaysia dalam transaksi berjumlah RM1.2 bilion.
Proton, sebahagian besarnya bergantung pada pasaran domestik, sedang mengalami perubahan struktur dan dalaman, seperti yang terbukti dalam pelantikan pemilik baru, rakan kongsi baru, dan seorang pengerusi baru, dan dalam pelancaran pelbagai model baru dalam usaha untuk mendapatkan antarabangsa kehadiran dan peningkatan keuntungan.
