
Salam Maal Hijrah 2017 1439H
Assalamualaikum…
Salam Maal Hijrah 1439 dan Selamat Menyambut Tahun Baharu terlebih dahulu saya ucapkan buat semua umat Islam di Malaysia terutama kepada rakan-rakan seperjuangan , blogger dan juga para pembaca setia blog ini . Jika kita imbas kembali peristiwa dan sejarah mengenai Awal Muharam atau Maal Hijrah , ia merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah .
Pada hari ini , 22 September 2017 bersamaan 1 Muharram 1439 Hijrah , Seluruh umat Islam menyambut Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam dan ianya juga merupakan hari cuti umum di Malaysia . Pada tahun ini , tema Maal Hijrah 2017 ialah ” Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara “ .

Saya sertakan sekali teks Berkaitan ” Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara “ dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) untuk bacaan dan rujukan bersama .
” KESATUAN UMMAH KESEJAHTERAAN NEGARA “
Setiap masyarakat dalam sesebuah Negara mengharapkan suasana yang aman , damai , harmoni , selamat , sejahtera dan maju dalam menjalani semua aspek kehidupan. Namun keamanan , kedamaian , keharmonian , keselamatan dan kesejahteraan Negara serta kemajuan ummah tidak mungkin tercapai tanpa pengorbanan dan usaha yang gigih ke arah mewujud dan mengekalkan suasana tersebut berterusan hingga ke generasi yang akan datang.
Wordless Wednesday #13

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2017
Assalamualaikum…
Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September sempena memperingati penubuhan Malaysia pada tarikh yang sama iaitu pada tahun 1963 . Jadi mesti ramai di antara rakan-rakan sekalian mempunyai perancangan untuk bercuti bersama keluarga tersayang memandangakan hari tersebut merupakan cuti umum . Bagaimana pula dengan sambutan Hari Malaysia kalian semua pada tahun ini ? Mungkin lebih menarik sebagai tanda sayangnya kita kepada negara malaysia tercinta ini . Saya berasa teramat bertuah sekali kerana dapat melihat Jalur Gemilang megah berkibar di mana-mana dengan megahnya .
Jalur Gemilang
Apa kata kita cuba kembali ke sejarah tentang bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ini untuk bacaan bersama .
Sejarah Bendera Malaysia dan Jalur Gemilang
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949 , dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
… Teruskan Membaca… …
