Assalamualaikum…
Hmm.. agak sedih sedikit tajuk pada hari ini , biasalah dekat mana-mana dan apa yang kita buat pun kadang-kadang tak terlepas dari dugaan dan cabaran . Jadi kisahnya semalam terjadi kepada saya semasa bekerja . Memang agak saklit dan perit bila berlaku kemalangan kecil , syukur sangat-sangat tak teruk cuma lebam-lebam je apabila terkena besi . Dalam keadaan sakit yang teramat la sangat , fikiran di kepala masa tu memang tak dapat nak fikir apa-apa , lagi teruk bila diri ini mempunyai komitmen dan tanggungjawab besar yang memerlukan bekerja keras selagi mampu mengambil ” Over Time ” . Terduduk di kerusi 10 minit ambik tempoh untuk bertenang kemudian beritahu kepada ” Leader ” yang bertugas terus ke ” Office ” untuk laporkan kemalangan kecil ini . kemudian isi borang untuk ke klinik panel kilang .
Sumber gambar dari PixaBay
Dalam 30 minit juga la dalam klinik apabila doktor buat pemeriksaan pada kedua-dua belah tangan ni dan juga dapatkan rawatan di Bilik Rawatan . Selesai semua tu keluar dari bilk rawatan tunggu sekejap ambil ubat dan surat ” MC ” dan kembali ke kilang untuk serah surat MC tu. terpaksa balik untuk berehat di rumah . Sampai di rumah semalam dalam pukul 1.45 petang , terpaksa la makan dahulu maklumlah masih tak makan apa-apa masa kerja di kilang tu . Selesai je makan ambil ubat tahan sakit dan bengkak untuk dimakan , kemudian ambil pula ubat sapu untuk disapukan di bahagian tangan yang bengkak tu . Selesai je terus berehat sambil-sambil fikirkan nasib yang akan datang 🙁 .
Pada hari ini pula ( 10 oktober 2017 ) terpaksa ke klinik sekali lagi . Satu malam tak boleh tido menahan sakit dan bisa pada bengkak di tangan ni , kalau sebelah je ok lagi kot , ni kedua-dua belah tangan memang nak tido rasa macam kurang selesa la sikit ….
Mujur nombor giliran tu terus dapat dan tak perlu tunggu lama sangat sampai mereput dan berkarat . Maklumlah bila ke klinik kerajaan ni orang bukan main ramai . masuk ke bilik doktor , doktor tersebut buat pemeriksaan tangan untuk memastikan tiada yang bengkak tu teruk atau ada simptom patah dan lain-lain . Memang menahan sakit je la masa ni …hehehe . Dapat juga ubat tahan sakit .
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan saya agar cepat sembuh . Mungkin esok atau lusa saya sudah kembali bekerja semula . Tak sabar nak bekerja dah ni.
mrhanafi says
perlu berhati-hati.
orang kata malang tidak berbau.
namun setiap hari perlu bersangka baik.
in shaa Allah.
Hasilnya akan baik-baik sahaja
mrhanafi recently posted…Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
Mazni Azmi says
Tuan, pastikan pergi urut lepas ni
Sebab kesan pada saraf tu jangka panjang
Kalau tuan urut sekarang
Insyaallah tak ada apa
Mazni Azmi recently posted…PILIH 15 Makanan ini untuk pesakit buah pinggang! TERBAIK
Mohd Aswad says
Dugaan tuan.. banyakkan bersabar… insyaAllah ada rezeki yang lebih besar akan datang sekiranya hati kita redha dgn dugaan yang datang..
saya doakan tuan dah sembuh dah..
anuar says
Semoga lekas sembuh.. banyakkan berehat..
anuar recently posted…Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..