• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Dua Minggu yang Sibuk

June 12, 2017 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Sudah lama rasanya tak menulis di blog kesayangan ini , maklumlah terpaksa utamakan kerja yang semakin banyak dan terpaksa mengejar masa untuk siapkan segala tugasan ” Offline ” yang diamanahkan merangkap kerja hakiki dan juga kerja separuh masa atau ” Part Time ” . Untuk pengetahuan semua , dalam dua minggu terlalu sibuk dan tak sempat untuk ” Blogwalking ” dan komen ke blog rakan-rakan blogger , tapi kalau dapat curi-curi masa tu ada juga la singgah di beberapa blog dan tinggalkan komen . Dan paling sedih sekali , hand Phone buat hal…hmm sabar je la ..hahaha lepas ni dah boleh mula menabung untuk Smart Phone baru . Menjelang Hari Raya ni , kene selesaikan beberapa kerja yang masih tertangguh sebelum boleh menarik nafas lega dan bercuti .

Dua Minggu yang Sibuk

Seperti kebiasaan , di dalam kesibukkan masa tu , sempat juga mencari beberapa uteknik untuk memaksimumkan pelawat ke blog dan juga hal-hal berkaitan penjagaan dan keselamatan blog wordpress ini . Semenjak blog ini diterima oleh ” Adsense ”  2 minggu lepas , rasanya iklan-iklan semakin meriah , jadi kena la fikirkan langkah seterusnya untuk memantapkan lagi isi atau ” Content ” di blog ini .

sibukSumber gambar dari workplacepsychology.net

… Teruskan Membaca… …

Dibuang Kerja ? Apa Yang Patut Dibuat ?

June 5, 2017 By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Dunia Kerjaya

Assalamualaikum…

Semua orang tahu pada tahun 2009 ialah tahun ekonomi merudum di seluruh dunia sehinggakan Barrack Obama pun mengatakan tahun 2009 ialah ” Tahun malapetaka bagi Amerika Syarikat ” . Berita Minggu dahulu pernah menyiarkan kilang Panasonic di Melaka telah menutup operasinya dan seramai 10,000 orang telah menganggur. Intel di Penang juga telah tutup operasinya dan 6,000 orang telah kehilangan punca rezeki . Contoh di atas ialah kilang-kilang gergasi di Malaysia, manakala berpuluh dan mungkin beratus lagi kilang-kilang lain akan Shut Down pada bila-bila masa dan apakah akibatnya ? Dijangka 200,000 orang pekerja akan kehilangan punca rezeki mereka !

cari kerjaSumber gambar dari PixaBay

Jika sektor industri di negara kita hampir tidak bermaya , begitu juga dengan sektor perladangan di mana harga kelapa sawit dan getah merudum dengan begitu teruk sekali . Adakah sektor-sektor lain akan selamat dari zaman ekonomi jatuh ini ? Tentu tidak , semua akan merasai kesannya . Semua peniaga akan berkurangan untung atau rugi kerana kuasa beli yang kurang dan persaingan makin bertambah apabila yang kehilangan pekerjaan tetap tadi mulai mencuba nasib dengan berniaga dan mula berjimat dalam belanja . Industri pembinaan juga akan turut perlahan apabila kurang projek . Bank juga akan turut merasa tempiasnya kerana ramai yang tidak mampu membayar pinjaman , jurujual kereta juga tidak mendapat komisyen hasil jualan kereta . Yang mungkin selamat ialah pekerja di sektor awam dan badan berkanun .

… Teruskan Membaca… …

Teman

June 3, 2017 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Sajak Puisi Dan Pantun

Teman

Teman….
Kita bersatu kerana perjuangan ,
Berpisah juga kerana perjuangan ,
Namun perpisahan bukanlah yang kita impikan ,
Mustahil pula kita idamkan .

Namun ada saatnya hati kita menjadi retak ,
Kerana hati tabiatnya begitu ,
Adakalanya retak adakalanya bersatu ,
Kita tak inginkan kepahitan ,
Tapi malangnya kemanisan pula tidak inginkan kita .

temanSumber gambar dari Google

Teman….
Walau hati pernah berduka lara ,
Kerana ditusuk sembilu bisa ,
Oleh teman sehati sejiwa ,
Di kala waktu yang tidak di sangka ,
Namun….
Itulah ujian buat kita ,
Seteguh manakah ukhwah yang kita bina ,
Siapa yang pasrah atau siapa yang kecewa ,
Setabah manakah pengorbanan kita ,
Kerana ianya kehendak yang esa .… Teruskan Membaca… …

Senggara Enjin Kenderaan Anda Apabila….

June 1, 2017 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Dunia Kereta

Assalamualaikum…

Semakin ramai di kalangan pengguna sama ada wanita atau lelaki yang memandu sendiri kenderaan sama ada ke tempat kerja atau untuk urusan harian seperti menghantar anak ke sekolah. Satu hal yang perlu diambil berat bagi yang memiliki kereta sendiri ialah menyelia dan menyenggaranya supaya ia sentiasa berkeadaan baik. la perlu dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kereta selamat digunakan.

senggara enjinSumber gambar dari Google

Kebiasaanya , buku jadual senggaraan disertakan apabila seseorang membeli kereta. Jadi pada kali ini , saya akan membawa anda mengikuti peraturan senggaraan sistem utama sesebuah kereta iaitu enjin. Enjin memainkan peranan untuk menukarkan kuasa haba kepada kuasa mekanikal.

Senggara Enjin Kenderaan Anda Apabila….

Perkara-perkara yang perlu disenggarakan pada bahagian enjin ialah:

… Teruskan Membaca… …

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 62
  • Page 63
  • Page 64
  • Page 65
  • Page 66
  • Interim pages omitted …
  • Page 77
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Pengomen Tegar

  • Be the first to comment.
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO