Assalamualaikum…
Salam Jumaat buat rakan-rakan dan pembaca setia blog , ok untuk minggu ni saya sediakan artikel tazkirah yang teamat mendalam maksudnya , jom sama-sama kita baca dan hayati Kisah Ku Bersama Su, Zu, As, Mag dan Is .
Aku dan Su
Su , dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi , aku betul-betul lupa, Su . Pagi tu , aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la , ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su . Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su . Zu pun lama aku tak jenguk.
Sumber gambar dari Pixabay
Aku dan Zu
Kesian Zu . ‘ Sorry ’ bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele’ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala…. kedai nasi lemak ‘power’ tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah , aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau ‘time-time’ macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.