Assalamualaikum…
Sudah ” LAMA ” rasanya tak menulis di blog kesayangan ini , maklumlah terpaksa utamakan kerja yang semakin banyak dan terpaksa mengejar masa untuk siapkan segala tugasan “ offline ” yang diamanahkan . Untuk pengetahuan semua , minggu lepas terlalu sibuk dan tak sempat untuk “ Blogwalking ” , Kerja hakiki pula pergi gelap balik pun gelap ..apa nak buat ye tak ..kerja tu sudah jadi satu ibadah , jadi dahulukan mana yang penting .
Sumber gambar dari workplacepsychology.net
Dalam kesibukkan masa tu , sempat juga mencari beberapa “ plugin ” yang menarik untuk dicuba sebab blog ini terlalu baru lagi…hehehe…jika bermasalah tu memang dah kena cari “ setting ” yang cantik . Puas juga la mengoogle dan google sehari dua . Berkat kesabaran , Alhamdulillah dapat juga plugin tersebut . Blog ini dah macam kereta juga , kalau mahu prestasi yang baik kena la “maintain ” dari A sampai Z untuk dapatkan kepuasan yang super duper maksimum 🙂