Assalamualaikum…
Entri ni saya olah kembali dari blog lama , sedar tak sedar dah hampir 10 bulan munggunakan Zaptor Performance Voltage Stabiliser ini . Apabila boring minggu lepas , mula la membelek-belek laman web dan sibuk men “ Google ” aksesori kereta , boleh terjumpa satu alat yang menarik untuk meningkatkan prestasi kereta tidak kira menggunakan karberator atau injection , jadi sesuai la untuk dipasang pada Proton Wira 1.5 milik saya yang telah banyak berjasa ( biar buruk janji ade geran ? ) . Alat tersebut diberi nama sebagai Zaptor Performance Voltage Stabiliser . Kebetulan sebelum itu , bateri kereta menghadapi masalah dan terpaksa menggunakan ” Jumper ” sebelum bawa ke bengkel untuk di cas bateri . Syukur sangat-sangat terjumpa Zaptor Performance Voltage Stabiliser ini . Memang teramat teruja untuk mencubanya .
Gambar kredit kepada EK Autopart & Trading
Untuk pengetahuan semua , terdapat banyak Voltage Stabiliser yang berada di pasaran sama ada di kedai-kedai aksesori kereta ataupun dalam talian . Tetapi anda kenalah bijak untuk membuat perbandingan dari segi kos harga dan prestasi apabila dipasang di kereta kesayangan anda nanti . Pada kali ini saya rasa membuat ppilihan yang paling tepat kerana dengan membeli Zaptor Performance Voltage Stabiliser , ia telahpun mendapat pelbagai komen dan testimoni yang positif di kalangan pembeli .
… Teruskan Membaca… …