Teman
Rozana, Isabella, Nicky dan Rozie
Hidup bersama Rumi dan juli
Layarkan bahtera bendera damai
Penaklukan serangan asyik dan syahdu
Ana, aku adalah aku
Khalifah di alam maya ini
Meniti titian usang insaf manusia berdoa
Titian perjalanan selepas banjir
Nafisa , Nurnilam Sari
Aku masih di sini
Tumpas di air aku tak peduli
Sebab kita askar melayu
Kereta Oh Kereta
Assalamualaikum…
Apabila sebut sahaja tentang kereta , mesti ramai yang terbayang kenderaan dengan 4 roda , yang boleh di bawa jalan ke sana sini tanpa terkena hujan dan panas kan ?? Jadi sudah tentu ramai yang telah memilikinya atau sedang memasang angan-angan untuk membeli kereta impian yang menjadi idaman kalbu masing-masing . Untuk memiliki sebuah kereta tidak kira apa sekali pun jenamanya ia memerlukan perancangan yang baik dan sitematik kerana memerlukan perbelanjaan yang agak besar serta sedikit pengorbanan dari wang saku setiap bulan ( bayaran ansuran kereta dan lain-lain ). Jadi tidak hairanlah jika kita lihat ramai anak-anak muda ( termasuk saya sendiri ) telahpun memiliki kereta sendiri tidak kira ianya kereta baru ataupun terpakai .
Untuk mencapai impian memiliki kereta sendiri , tidak semestinya kita membeli kereta baru , yang terpakai pun sudah tentu memadai . Lainlah kalau mempunyai rezeki yang lebih bolehlah mengunjungi bilik-bilik pameran kereta dari jenama yang terkenal dan “ tip – top ” . Apabila sudah memiliki iaitu kereta idaman sudah berada di rumah , bolehlah memikirkan pula bagaimana untuk menjaganya kerana ia merupakan keperluan untuk anda berulang-alik ke tempat kerja , berjalan dengan keluarga , pulang ke kampung halaman dan sebagainya . Sudah tentu anda memerlukan tips dan cara penjagaan kereta yang terbaik untuk kereta kesayangan .
Sumber gambar : Asian Auto Digest
Di sini , saya akan terangakan serba sedikti keutamaan yang perlu diambil kira di dalam tips dan penjagaan kereta yang lebih mudah difahami oleh semua bakal pemilik dan pemilik kereta .
… Teruskan Membaca… …
Semangat Blogging Yang Baru
Assalamualaikum…
Alhamdulillah..akhirnya dapat juga siapkan blog baru berikutan blog dan juga entri-entri lama yang tidak dapat diselamatkan ( domain dan hosting ” expired ” ) . Hmmm..apa nak buat kan ? Masa tu sibuk ke klinik dan hospital sebab sakit , rasanya dah ramai rakan-rakan blogger yang tahu pasal ni di blog lama sampaikan tidak dapat ” renew ” domain dan hosting blog tersebut . Masa dan wang ringgit pun saya terpaksa gunakan untuk hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan ni , maklumlah banyak komitmen terutama apabila kita menjadi tunggak utama di dalam keluarga sebagai anak sulung . Walaupun tidak dapat “recover” entri-entri lama , nak tak nak kena la “Setup” balik blog baru dan segala-galanya baru . Di dalam hati ni pun sebenarnya memang rindu sangat-sangat pada blog yang banyak jasa iaitu http://wanzawawi.com , maklumlah segala ilmu dan pelbagai review serta advertorial ada .
Gambar kredit kepada http://www.audizine.com
Azam Tahun 2017
Sebelum terlambat walaupun dah hampir masuk ke pertengahan bulan februari , saya ingin mengucapkan Selamat Tahun baru 2017 kepada semua . Jadi macam biasa la bila tahun baru azam pun baru bermula dengan semangat untuk kembali berblog dan menulis dengan lebih konsisten dan teratur . Semoga tahun 2017 ini akan membawa seribu makna di dalam bidang blog dan tidak lupa juga dalam kerjaya dan keluarga serta dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki…Amin…