Assalamualaikum…
Tidak lengkap gaya seseorang eksekutif muda tanpa mengenakan tali leher . Bagaimanapun , masih ada segelintir darinya yang kurang berminat untuk memakainya biarpun ketika menghadiri majlis formal seperti mesyuarat atau bertemu klien atau pelanggan . Mungkin disebabkan malas atau tidak mahir mengikat , masalah memilih warna , corak dan sebagainya . Bagi merungkai masalah yang membelenggu diri, di sini ada sedikit info yang menampilkan pelbagai info untuk diikuti berkenaan tali leher.
Sumber Gambar Dari Google
Pemakaian Tali Leher Yang Betul.
- Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh , tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama pakaian yang sama tekstur dengannya.
- Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.
- Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju. Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.
- Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.
- Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda.
- Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yang berwarna terang.
- Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam keadaan betul-betul perlu sahaja.
- Untuk gaya yang lebih elegen , pilih tali leher yang warna utamanya sama dengan sut yang anda pakai.