
Wordless Wednesday #53

Blogging Is My Passion
By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Wordless Wednesday
By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Tazkirah
Assalamualaikum…
Salam Jumaat buat semua …rasanya agak lama tak berkongsi tazkirah di blog ini . Jadi pada hari ini saya akan kongsikan Tazkirah yang bertajuk ” Harus Memilih Kawan ” .
“ Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya. ” ( Hadis riwayat al-Hakim )
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda , “ Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh . Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur . ” ( Hadis riwayat Muslim )
“ Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya , ia tidak menzaliminya , merendahkannya , menyerahkan ( kepada musuh ) dan tidak menghinakannya. ” ( Hadis riwayat Muslim )
“ Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya , kamu teringat akan Allah , mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama , melihat gerak-gerinya teringat mati . ”
Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan atau sahabat ini . Ada pula pepatah Melayu mengatakan , “ Berkawan biar seribu , berkasih biar satu . ” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya , lihat kualiti, bukan kuantiti . Dan berkasih jangan cuma satu saja , kalau mampu , biar rama i. Kasihkan Allah , Rasul-Nya , pasangan ( suami atau isteri ) , anak-anak , keluarga , kaum kerabat , jiran dan juga kawan atau sahabat . Baru betul ! Tak gitu ?
… Teruskan Membaca… …By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian
Assalamualaikum…
Salam Maal Hijrah 2020 Masihi 1442 Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baharu terlebih dahulu saya ucapkan buat semua umat Islam di Malaysia terutama kepada rakan-rakan seperjuangan , blogger dan juga para pembaca setia blog ini . Jika kita imbas kembali peristiwa dan sejarah mengenai Awal Muharam atau Maal Hijrah , ia merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah .
Jadi..pada hari ini , 20 Ogos 2020 ( Khamis ) bersamaan 1 Muharram 1442 Hijrah , Seluruh umat Islam menyambut Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam dan ianya juga merupakan hari cuti umum di Malaysia . Untuk pengetahuan semua tema Maal Hijrah pada tahun 2020 ini ialah “ Ummah Rabbani , Negara Harmoni “ .
… Teruskan Membaca… …By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Informasi
PG MALL ( www.pgmall.my ) pusat beli belah dalam talian Malaysia atau ” Malaysia Online Shopping ” yang merima transaksi perbankan ” Online ” dan juga ” E-Wallet ” . Mesti ramai yang mengetahui bahawa PG MALL adalah pusat beli belah online atau dalam talian tempatan Malaysia yang di uruskan oleh Syarikat emas terbesar Malaysia iaitu Public Gold yang menawarkan pembelian barangan keperluan online dan tempahan secara online yang mudah , murah dan selamat .
PG Mall juga merupakan platform ” E-Commerce ” atau E-Dagang yang pertama di Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2017 . PG MALL adalah anak syarikat Public Gold yang mempunyai 20 cawangan setiap negeri dalam Malaysia, Singapura dan Indonesia. Selain itu , ia juga merupakan platform tempatan yang mula dikenali oleh rakyat Malaysia dan masih mendapat sambutan yang baik sehingga kini .
PG MALL juga tersenarai sebagai Top 3 laman ” E-Commerce ” di dalam IPrice . Tidak ketinggalan juga , ia mengikut trend terkini kerana ramai yang lebih berminat untuk berbelanja secara dalam talian kerana menjimatkan kos dan masa serta ia mudah dilakukan menggunakan ” Smart Phone ” atau telefon pintar dan juga Komputer peribadi dan laptop dengan capaian internet .
… Teruskan Membaca… …By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Wordless Wednesday