Assalamualaikum…
Di dalam aspek penjagaan dan pengayaan rambut oleh golongan lelaki seperti saya , pada masa kini lebih ramai selesa dan lebih berminat untuk menggunakan POMADE untuk mendapatkan gaya rambut yang diinginkan serta mudah diurus . Manakala dari segi harganya pula amat berbaloi di dalam pasaran terkemuka . Lebih-lebih lagi dengan menggunakan Pomade , ianya menjadikan rambut lebih kemas dan lebih tahan lama . Jadi tidak mustahil jika kita lihat ramai lelaki khususnya menggunakan pomade untuk sebarang aktiviti sama ada bekerja , menghadiri majlis keramaian dan bersantai bersama-sama rakan ataupun keluarga .
Jadi sebelum saya ceritakan serba sedikit mengenai BIOCHO HERBAL POMADE ini , mari kita kenali sejarah Pomade dahulu ye š
Asal Usul Pomade
Perkataan dari bahasa inggeris iaitu POMADE berasal dari Perancis iaitu POMMADE . Ia adalah sejenis minyak rambut ” Stylish ” yang membuatkan rambut pemakai akan kelihatan berkilat senang untuk disikat dan tahan lebih lama dan ianya berbeza daripada cream , gel , wax atau clay .
Pomade mula popular digunakan pada tahun 1900 lagi tetapi mula berkembang apabila artis terkenal Elvis Presley menggunakan pomade dan gemar mengayakan ” style ” rambut ” Pompadour “ . Bahan asas pomade adalah dari PETROLEUM JELLY dan diperbaharui dengan BEEWAX supaya mudah dicuci tetapi masih memberikan kesan yang sama.