Isi Kandungan
Assalamualaikum…
Apabila menyebut tentang Cuckoo , sudah tentu ramai yang mengetahui jenama yang tidak asing lagi di Malaysia . Ternampak sahaja jenama Cuckoo ramai terbayang-bayang produk seperti penapis air , periuk multi fungsi dengan tekanan tinggi dan penapis udara . Sedikit sebanyak pengunaan produk jenama Cuckoo ini memudahkan urusan di rumah . Kini tidak mustahil jika setiap rumah wajib memiliki salah satu produk keluaran dari Cuckoo .
Terdapat pelbagai pilihan model keluaran Cuckoo , jadi anda boleh memilih mengikut kesesuaian dengan bajet anda sekeluarga . jadi di sini , saya akan terangkan dengan lebih lanjut . Sila baca hingga habis ..mana tahu ada pakej yang boleh menambat hati anda …. 😊
Sebelum saya ceritakan dengan lebih mendalam lagi , saya kongsikan serba sedikit sejarah penubuhan Cuckoo .
SEJARAH CUCKOO
Sejarah penubuhan Cuckoo bermula sejak 1978 oleh Koo Jia Shin, menerusi syarikat Cuckoo Electronics atau lebih dikenali sebagai Sungkwang Electronics Co LTD di Gyeongsangnam-do , Korea Selatan . Pada 1998 , jenama Cuckoo dilancarkan dan berkembang perlahan-lahan pada tahun seterusnya. Dengan perkembangan yang baik , jenama itu menerusi Cuckoo International (MAL) melaksanakan kerjasama pertama kalinya dengan syarikat luar yang diasaskan KC Hoe .
Jenama Cuckoo kini, berkembang ke seluruh dunia dan telah bertapak di lebih 30 negara merentasi lima benua.Pada 2015, jualan Cuckoo di seluruh dunia mencapai lebih daripada AS$500 juta. Cuckoo berjaya mengukuhkan jenamanya di Malaysia pada Oktober 2014 , melalui rakan niaganya , Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd. Dalam jangka masa dua tahun , Cuckoo memperkenalkan penapis air dengan skim sewaan , periuk multi-fungsi tekanan tinggi serta penapis udara Cuckoo ke pasaran tempatan .Semenjak itu, Cuckoo menjadi saingan hebat dengan jenama penapis air sedia ada di negara ini , sekali gus mengukuhkan kedudukannya .
KENAPA SAYA PILIH CUCKOO ?
Mesti ramai yang akan bertanya Kenapa Saya Pilih Cuckoo ? Ok di sini saya terangkan juga kelebihan utama Cuckoo :-
- Air dari penapis air Cuckoo lebih berkualiti dan sihat .
Ini adalah kerana Ia mengandungi air bersih yang kaya dengan mineral dan alkali ringan ( anggaran 7.5pH ) jadi ia sesuai untuk tubuh kita .
- Cuckoo lebih canggih dan tiada pembaziran air
Ia mempunyai Filter atau penapis terbaru iaitu Nano Positive Filter . Contohnya , Jika 4 liter air ditapis , 4 liter air juga akan masuk ke dalam tangki .
- Servis dan Penukaran Filter 4 Bulan Sekali
Apa yang membuatkan saya tertarik dengan produk penapis air Cuckoo ini apabila penukaran Filter atau penapis 4 bulan sekali serta akan ditukar yang baru . manakala tangkinya pula akan di “ Sterilize “ oleh Natural Doctor / Doctress Cuckoo . Paling mudah , tempahan untuk servis boleh dilakukan di hujung jari je menggunakan aplikasi Cuckoo+ .
- Cuckoo Lebih Efektif Dan Cepat .
Ini adalah kerana ia tidak perlu tangki yang besar kerana sistem penapisan Nano Positive Filter yang pantas ( isian semula tangka 300ML hingga 500ML seminit ) .
- Harga Mampu Milik .
Bayaran bulanan yang rendah ( di bawah harga RM100 ) dan fleksibel seperti model King Top ( RM 75.47 ) Iris Top ( RM 94.34 ) , Fusion Top ( RM 98.00 ) , Excel ( RM85.00 promosi sehingga 31 Mac 2020 ).
- Pendaftaran Yang Mudah , Percuma Penghantaran , Pemasangan Dan Banyak Lagi
Percuma untuk pendaftaran , penghantaran , pemasangan , penukaran filter berjadual setiap 4 bulan , waranti , penyelenggaraan serta alat ganti .
- Reka Bentuk Yang Menarik .
penapis air Cuckoo mempunyai reka bentuk yang menarik dan ia akan memeriahkan lagi ruang dapur di kediaman anda .
- Memudahkan Penyediaan Air Panas , Sejuk Dan Suhu Bilik Serta Suam .
Ini yang paling ramai suka kerana sudah tidak perlu memasak air menggunakan cerek di dapur gas dan juga simpan air di dalam peti sejuk . Mudah , hanya tekan je anda sudah boleh menikmati air sejuk , suhu bilik dan panas .
SAYA SEBAGAI PENGGUNA CUCKOO
Sejak mengenali jenama Cuckoo pada awal tahun 2017 , saya tertarik dengan Penapis Air Iris Top . Sesuai dengan keluarga kecil saya yang hanya 3 orang . jadi saya pun mengambil keputusan untuk memilikinya . Dengan kadar bayaran bulanan yang rendah secara tidak langsung meringankan tugasan keluarag saya di dapur terutama di dalam penyediaan air panas , air suhu bilik dan sejuk .
Kalau dahulu memang mengambil masa sedikti kerana perlu menjerang air di dapur gas untuk mendapatkan air panas manakala untuk air sejuk pula , perlu menyimpan air botol di dalam peti sejuk . Jika ada tetamu datang kini idak perlu mengambil masa yang lama untuk menghidangkan air sejuk atau air pana s. Selain itu , dapur pun kelihatan kemas dengan adanya iris Top yang mempunyai rekaan yang cantik . Jadi tiada lagi botol-botol air di dapur .
JENIS-JENIS FILTER YANG TERDAPAT DI PENAPIS AIR CUCKOO
- Sedimen Filter
Sedimen Filter berfungsi menapis kotoran besar seperti karat , habuk halus , pasir dan lain-lain yang kita sedia maklum datang dari “ Incoming Supply “ dari syarikat bekalan air masuk ke rumah kita atau dari tangka utama kediaman anda sama ada apartment atau “ landlot ” . Filter ini ditkar setiap 4 bulan .
- PRE Carbon Filter
Pre carbon Filter berfungsi menapis bau , rasa dan warna di dalam air . Filter ini ditukar setiap 8 bulan .
- Natural Filter
Natural Filter berfungsi untuk menapis logam berat , bahan kimia , toksid dan bahan larut di dalam air .Filter ini telah di patern khas untuk Penapis air Cuckoo . Filter ini ditukar setiap 12 bulan .
- Nano Positive Filter
Nano Positive Filter berfungsi menapis bakteria dalam erti kata lain membunuh 99% virus dan bakteria . Sekaligus mengekalkan alkali dan mineral semulajadi di dalam air . Purata ph alkali Cuckoo adalah 7.0 – 8.0 ph , Alkali ringan . Di dalam bahasa mudah , alkali yang ideal . Jika terlebih alkali bahaya juga . Jadi filter ini dipaternkan khas untuk penapis air Cuckoo sahaja . Filter ini ditukar setiap 12 bulan .
TANGKI KELULI TAHAN KARAT ( STAINLESS STEEL )
Kelebihan tangki penapis air Cuckoo ini ianya diperbuat besi “ Steel “ yang terdiri dari material tahan karat . Selain itu , tangki jenis ini juga dapat menahan kepanasan dan komposisi materialnya mampu mengelakkan dari berlaku kenipisan pada dinding tangka dan sekaligus menjauhkan kita dari terminum air yang bercampur bahan kimia akibat kelarutan dari penipisan tersebut .
NATURAL CARE SERVICES (NCS) DAN PENUKARAN FILTER
CUCKOO mempunyai Service Centre tersendiri yang menguruskan Pemasangan dan Maintenance mesin CUCKOO . Jadi , pemasangan dan servis CUCKOO dilakukan oleh pakar yang dinamakan Natural Doctor dan Natural Doctress .
- NATURAL DOCTOR LELAKI
Memasang dan menyelenggara produk
- NATURAL DOCTRESS WANITA
Melakukan servis dan penukaran filter mengikut jadual
APA ITU PAKEJ NATURAL CARE SERVICES ( NCS )
Setiap 4 bulan, CUCKOO Natural Doctor / Doctress akan datang untuk memberikan khidmat servis mesin penapis air anda secara PERCUMA. Apakah khidmat yang diberikan .
- Servis mesin penapis air
- Tukar penapis / filter / katrij baru ( Paling cepat Di Pasaran )
- Memeriksa mesin penapis air dengan NCS 15-Point Check untuk pastikan setiap bahagian di mesin berfungsi dengan baik dan bersih.
NCS 15-Point Check :-
- Adaptor
- Power Point
- Top Cover
- Bottom Cover
- Water Tray
- Water Faucet
- Water Tank
- Filter
- Tubing
- Connector
- Hot / Cold Swicth
- Child Lock Safety Button
- Touch Cup / Level
- Machine Body
- Service Sticker and Explanation
- Tukar alat ganti lain (elektrik dan mekanikal) jika perlu
- Khidmat steril (nyah kuman) 3 kalisetahun ke atas produk , sinki dan papan pemotong .
TESTIMONI PENGGUNA
Saya sertakan sekali beberapa testimoni pengguna yang telah memasang penapis air Cuckoo di rumah :-
BAGAIMANA INGIN MEMESAN DAN MEMASANG PENAPIS AIR CUCKOO ?
Ok akhir sekali , Jika ada para pembaca dan rakan-rakan blogger yang ingin memesan dan memasang penapis air Cuckoo yang anda berkenan di hati bolehlah hubungi saya menggunakan maklumat di bawah :-
Nombor telefon : 011-15348797 ( Wan Zawawi )
Whatsapp : www.wasap.my/601115348797
E-Brandstore : http://bit.ly/cuckoobywanzawawi
Facebook Page : https://www.facebook.com/cuckoobywanzawawi/
labu says
produk yng sangat bermanfaat.. baru 3 bln dah guna cuckoo..
Wan Zawawi says
Alhamdulillah..terbaik 🙂
Muka Depan says
In Shaa Allah nak pasang juga di rumah nanti
Wan Zawawi says
Ok..apa-apa boleh hubungi saya ye 🙂
mrhanafi says
saya sudah pasang satu di rumah ..
dan amat berpuas hati dengan jenama Cuckoo berbanding jenama yang belum popular.
paling best tentang kualiti servis dan mesin yang digunakan memang tip top
jadi jangan ragu-ragu untuk menggunakan produk Cuckoo
mrhanafi recently posted…Akibat sedekah rezeki melimpah ruah
Wan Zawawi says
Alhamdulillah…
Terbaik bro ..Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu