Assalamualaikum….
Artikel ini adalah kesinambungan Teruja Pertama Kali Naik Kapal Terbang dan Menginap Di Teratak Warisan Lxia Langkawi . Sebelum ke Langkawi kelmarin saya ada juga mendapat nasihat dari rakan-rakan dan salah satunya saya tertarik dengan artikel dari blog Denaihati . Maklumlah baru pertama kali ke Langkawi , mesti buat pelbagai persediaan secukupnya π . Artikel ini mungkin panjang sedikit , jadi korang ambil masa la untuk baca nanti ye .
Kira buat julung kalinya la di dalam blog saya ini ada cerita melancong ke tempat-tempat menarik , dan destinasi yang pertama adalah Langkawi . Sememangnya saya dah lama pasang impian untuk ke Langkawi setelah tertarik melihat pelbagai pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan . Tidak lupa juga dari kisah kembara rakan-rakan blogger yang pernah ke Langkawi . Sambil-sambil itu saya juga sempat buat persediaan membaca pelbagai tips untuk menaiki kapal terbang terutama tentang aspek keselamatan , bagasi dan lain-lain hal yang berkaitan , mengembara seorang diri , bajet yang diperlukan dan lokasi-lokasi yang bakal di terjah..hehehe maklumlah ” Excited ” punya pasal la katakan …. . Alhamdulillah saya berjumpa salah satu agen yang peramah dan baik hati iaitu langkawitravelandtour . Jadi segala urusan saya untuk berjalan di langkawi berjalan dengan lancar kelmarin .

Sumber peta dari orangesmile.com
Untuk memudahkan para pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain , saya ceritakan kembali semasa saya bertolak ke Pulau Langkawi dari Johor kelmarin iaitu pada Jumaat bersamaan 11 Mei 2018 dengan menaiki pesawat Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai beserta beberapa tips yang ringkas .



