Assalamualaikum…
Apa khabar semua rakan-rakan pembaca dan tak lupa juga rakan-rakan blogger…lama juga tak menulis di blog kesayangan ini, heheh maaf la baru je balik dari bercuti beberapa hari yang lepas ke Langkawi kemudian menguruskan beberapa hal peribadi sebelum menyambut kedatangan Bulan Ramadhan nanti . Alhamdulillah…Walaupun percutian tersebut agak singkat selama 3 hari 2 malam , tetapi ia memberi pengalaman yang amat bermakna untuk diri saya π . Untuk pengetahuan semua….yang lebih membuatkan saya berasa teruja adalah berpeluang ke Langkawi dengan menaiki Kapal Terbang . Syukur sangat-sangat kerana selama ini ada juga memasang impian untuk bercuti menghilangkan stress kerja dan menikmati keindahan alam dan teringin menaiki kapal terbang π . Semoga Tuan Amir Hassan dimurahkan rezeki dan sukses di dalam dunia Blogging ini..Amin…
Memang tidak disangka apabila berpelung menaiki kapal terbang , kelmarin apabila sedang sibuk melayari Facebook , terbaca di Facebook Tuan Amir Hassan yang beri peluang kepada rakan-rakan facebook yang tidak pernah menaiki akapal terbang dan destinasi serta tujuan untuk bercuti . Jadi saya pun cuba menjawab soalan tersebut di ruang komen facebook…Memang rexzei yang tidak disangka…apabila tuan haji sendiri mengumumkan saya dan 2 orang rakan yang lain berpeluang bercuti ke destinasi pilihan dengan tiket pergi dan balik menaiki kapal terbang .
Selepas itu , saya pun mula mencari pelbagai maklumat untuk persediaan awal , maklumlah baru pertama kali travel secara solo ke negeri orang dengan menaiki kapal terbang pula tu . banyak juga maklumat yang saya jumpa di laman-lama web dan juga blog . Saya akan ceritakannya di artikel yang akan datang nanti . jadi jangan lepaskan peluang untuk membacanya nanti ye π
Apabila tempahan tiket telah selamat disahkan , jadi bermulalah persiapan terakhir untuk bercuti walaupun singakt dan mengemas pakaian yang akan dibawa nanti .
Jadi pada hari yang dinantikan , iaitu Jumaat bersamaan 11 Mei 2018 , saya bertolak awal dari rumah pakcik untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai .
Kucing pun rasa macam nak iktu bercuti ke langkawi juga tu..:-)
Saya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dalam pukul 10.00 pagi dan sempat bersarapan di sana . Kira-kira dalam pukul 11.00 pagi terus ‘ Check In ” ke balai berlepas .
Flight dijangkan berlepas dalam pukul 1.55 petang , jadi bersiap sedia awal la …
Gambar ni saya ambik semasa di dalam balai berlepas , boleh tahan ramai juga masa tu ,mungkin ramai yang mengambil peluang untuk bercuti selepas Pilihan raya Umum Ke -14 dan sebelum menyambut Bulan Ramadhan agaknya .
Saya selfie sekali π
Pemandangan semasa berada di dalam kapal terbang , masa ini dah bersiap untuk berlepas
Pemandangan dari dalam kapal terbang semasa di udara , cantik awan-awan tu π
Ok…sampai di sini dahlu saya sempat menulis pengalaman ini , nanti saya akan sambung lagi…kepada rakan-rakan blogger dan pembaca yang ingin kongsikan pengalaman semasa menaiki kapal terbang bolehlah tinggalkan di ruang komen ye π . Selamat membaca .
Eyda says
Boleh kongsi lagi cte ye..kite mana pernah ke sana…
Wan Zawawi says
In Shaa Allah
Akan berkongsi lagi nanti π
Sis Lin says
Waaa jadilah, walau dekat kann..
Paling jauh Sis naik flight ke Korea, 2x Korea, 1x Bandung, lain-lain naik flight dalam Malaysia aje. Tp pestime naik gemuruh oii hahahaha
Wan Zawawi says
Tu la
Excited dia lain macam , rasa terapung je , hehehe
Anuar says
Tahniah… Bestnya dapat naik kapal terbang Free ke Langkawi…
Anuar recently posted…Cara Alternatif Nak Dapatkan Wang Tunai RM30 Ribu ++ sebagai modal perniagaan
Wan Zawawi says
Terima kasih bro π
Kisah si dairy says
Wah..bestnya. akak tak pernah lagi naik flight.entah bila gaknya
Wan Zawawi says
Ada rezeki plan la kak bercuti naik flight
onlajer says
Rasa nak pergi juga lah dekat langkawi ini, mesti dah bertambah pesat pembangunan nya.
onlajer recently posted…Pakej Fotografi Perkahwinan terkini dan terbaik
Wan Zawawi says
Ada rezeki wajib pergi bro
Memang pesat membangun , semakin ramai pelancong ke Langkawi kelmarin
Hernee Nazir says
wahhh syok.. bulan 7 akak nak terbang ke KK pulak..
Hernee Nazir recently posted…Pengisytiharan Puasa 1439H/ 2018M β 1 Ramadhan 1429H (17 Mei 2018)
Wan Zawawi says
Ok juga tu kak
Dapat naik flight juga kan…hehehe