Isi Kandungan
Assalamualaikum….
Artikel ini adalah kesinambungan Teruja Pertama Kali Naik Kapal Terbang dan Menginap Di Teratak Warisan Lxia Langkawi . Sebelum ke Langkawi kelmarin saya ada juga mendapat nasihat dari rakan-rakan dan salah satunya saya tertarik dengan artikel dari blog Denaihati . Maklumlah baru pertama kali ke Langkawi , mesti buat pelbagai persediaan secukupnya π . Artikel ini mungkin panjang sedikit , jadi korang ambil masa la untuk baca nanti ye .
Kira buat julung kalinya la di dalam blog saya ini ada cerita melancong ke tempat-tempat menarik , dan destinasi yang pertama adalah Langkawi . Sememangnya saya dah lama pasang impian untuk ke Langkawi setelah tertarik melihat pelbagai pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan . Tidak lupa juga dari kisah kembara rakan-rakan blogger yang pernah ke Langkawi . Sambil-sambil itu saya juga sempat buat persediaan membaca pelbagai tips untuk menaiki kapal terbang terutama tentang aspek keselamatan , bagasi dan lain-lain hal yang berkaitan , mengembara seorang diri , bajet yang diperlukan dan lokasi-lokasi yang bakal di terjah..hehehe maklumlah ” Excited ” punya pasal la katakan …. . Alhamdulillah saya berjumpa salah satu agen yang peramah dan baik hati iaitu langkawitravelandtour . Jadi segala urusan saya untuk berjalan di langkawi berjalan dengan lancar kelmarin .
Sumber peta dari orangesmile.com
Untuk memudahkan para pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain , saya ceritakan kembali semasa saya bertolak ke Pulau Langkawi dari Johor kelmarin iaitu pada Jumaat bersamaan 11 Mei 2018 dengan menaiki pesawat Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai beserta beberapa tips yang ringkas .
Pakej Mangrove Tour Pulau Langkawi
Setelah terjumpa dengan ajen yang terbaik tadi , saya ambil keputusan untuk memilih Pakej Mangrove Tour Pulau Langkawi dari langkawitravelandtour . Saya sertakan di sini untuk rujukan para pembaca dan rakan-rakan blogger :-
?PAKEJ MANGROVE TOUR PULAU LANGKAWI?
? RM90 DEWASA?
? RM70 KANAK-KANAK?
START DARI 9PAGI-3.30 PETANG (5-6JAM)
PAKEJ TERMASUK
β
Pickup dari hotel
β
River Cruise
β
Eagle Watching
β
Eagle Feeding
β
Monkey Watching
β
Monkey Feeding
β
Gua Kelawar
β
Floating Fish Farm
β
Makan Tengah Hari di Restoran Terapung
β
Crocodile Cave
β
Round Small Island
β
Kilim Geoforest Park
β
Coral Fish Feeding at Dangli Island
β
Swimming & Photos at Private Beach
β
Experienced Tour Guide
β
Insurance Cover
? Private Boat 2-3hrs 8seater ?
RM350
harganya memang menarik bagi saya yang pertama kali ke Langkawi , jadi sambar je mana yang boleh .
Pemilihan Tiket Dan Tarikh Pergi Serta Balik
Untuk ke Langkawi kelmarin , saya memilih tarikh 11 Mei ( waktu pergi ) sehingga 12 Mei 2018 ( waktu balik ) . Segala persiapan telah saya lakukan seminggu sebelum bertolak , jadi tidak kalut sangat π . Dan paling teruja sekali adalah pengalaman pertama kali menaiki Kapal Terbang tu π
Saya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dalam pukul 10.00 pagi dan sempat bersarapan di sana . Kira-kira dalam pukul 11.00 pagi terus ” Check In ” ke balai berlepas . Manakala Flight pula dijangkan berlepas dalam pukul 1.55 petang , jadi bersiap sedia awal la β¦ dan jangkaan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 3.15 petang . Apabila melancong seorang ni memang tidak banyak hal yang perlu di ambil kira terutama dari segi bagasi dan aspek keselamatan . Dan yang paling penting sekali mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak lapangan terbang sebelum dan selepas bertolak .
Kereta Sewa
Haaa…sebelum terlupa , saya juga memilih untuk menyewa kereta supaya mudah untuk berjalan-jalan di sekitar Pulau Langkawi . Pakej yang saya pilih ini menyediakan Perodua Axia Auto untuk saya .
Kereta Perodua Axia Auto yang saya guna
Jadi sempat juga la menikmati pemanduan sendiri dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Teratak Warisan Lxia Langkawi . Walaupun tersesat , sampai juga di destinasi untuk bermalam .
Suasana bilik yang lengkap dengan Penghawa Dingin ( Air Cond ) , Televisyen , Bilik air yang canti lengkap dengan pemanas air memang selesa sangat untuk orang bujang macam saya π
Mangrove Tour Pulau Langkawi
Setelah semalaman berehat untuk hilangkan penat menaiki kapal terbang dan memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Teratak Warisan Lxia Langkawi . Pada hari Sabtu bersamaan 12 Mei 2018 , saya bersiap-siap untuk Mangrove Tour Pulau Langkawi . kebetulan cuaca pada pagi tu teramat cantik , jadi terus bertolak ke jeti .
Cuaca yang cantik
Tiba di pulau…sempat tengok pokok bakau ni
Hijau je pemandangan di sini
Jom teruskan perjalanan
Boleh la buat berteduh sambil menikmati pemandangan gua kecil ni
Cantik tak ?
Masa ni pula ke Restoran Terapung
SAS Rimba Floating Restaurant
Mesti banyak ikan ni…
Rasa macam nak tangkap je ikan-ikan tu…
Ini pula rakaman video semasa melihat ikan-ikan tu
Udang galah
Depan Rsetoran Terapung ni boleh turut serta aktiviti berkayak
Bergerak ke Gua Kelawar pula
Sampai juga di Gua Kelawar
Gua Kelawar..untuk masuk ke gua ni tiket Rm 2.00 untuk dewasa , korang boleh juga ambil lampu suluh untuk tengok kelawar di dalam gua tu nanti
Papan tanda Mamalia Terbang atau kelawar
Sebatang Tiang Purba
Pemandangan di luar gua
pemandanganΒ di luar gua
Ada juga Pokok Bakau di sini
Sempat ambil gambar di sini untuk kenang-kenangan
Jom gerak ke Kilim Geoforest Park pula
Kilim Geoforest Park
Posing bergambar kejap berlatar belakangkan Kilim Geoforest Park
kemudian ke tempat beri makan pada monyet-monyet ini
Banyak juga monyet di sini
Monyet ni siap naik bot lagi tau
Masa ni dalam perjalanan untuk lihat burung helang pula , sempat juga la bergambar berempat
Di bawah ini saya sertakan rakaman video semasa melihat burung helang berterbangan :-
Setelah puas pusing-pusing di pulau , berangkat pula ke Langkawi Skycab
Harga untuk pakej yang saya ambil sebanyak RM 55.00 / Dewasa meliputi SkyCab , SkyDome , SkyRex , 3D Art Langkawi dan 6D Cinomotion
Antara gambar-gabar yang saya sempat ambil di SkyCab , SkyDome , SkyRex Langkawi
Gambar ni semasa di dalam Cable Car
Sempat posing bergambar lagi, cuaca agak panas dan terik sedikit
Ok yang ini pula gambar-gambar di 3D Art Langkawi
Rasa macam jadi iklan la pula..hehehe
Posing di tangga katanya π
Berdiri di dalam cengkerang besar tu…
haaa.. yang ni lagi best sebab dapat bersalaman dengan Tun M
Walaupun penat , tetapi tetap rasa Seronok dan yang paling penting dapat hilangkan stress kerja . In Shaa Allah ada rezeki saya akan ke Langkawi lagi sebab masih banyak tempat-tempat yang lebih menarik belum sempat singgah . Mungkin kali kedua ke langkawi nanti saya akan ” Stay ” lama sedikit . Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Admin langkawitravelandtour yang sudi teman dari awal hingga akhir pakej mangrove tour serta gambar-gambar yang tersangat cantik sekali π Ok kepada rakan-rakan yang ingin ke Langkawi dan memerlukan khidmat ejen pelancong yang terbaik ini ..bolehlah cuba hubungi di :-
Instagram : langkawitravelandtour
Facebook Page Pakej Langkawi Murah Berbaloi : www.facebook.com/pakejlangkawimurahberbaloi/
Whatsapps : www.wasap.my/60132029931 ( Miss Dina Langkawi )
farahain zfa says
uishhhh,,tetibee rasa nak pegi langkawi pulak lagii cm gini…hehehe…
kisahsidairy says
ada banyak tempat lagi yang belum jejak..masa tu mungkin tak wujud lagi laman art tu