Assalamualaikum
Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik , yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama ? Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar , namun sudah tidak berupaya bebas bergerak , segalanya perlu dipapah dan bantu , dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh . Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.
Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh . Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal . Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur. Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar , terus koma hingga dijemput Ilahi.
Sumber gambar dari Google
Ada rakan sekerja , belum pun mencecah usia 30 tahun , berpotensi hebat dalam kerjaya , hanya mengadu sakit sekitar matanya , bila diperiksa doktor, masya-Allah…rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang . Tidak sampai dua minggu selepas itu , ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.
… Teruskan Membaca… …



Sumber gambar dari