• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Dunia Kerjaya / Kerja Itu Penat Ke ?

Kerja Itu Penat Ke ?

April 3, 2017 By Wan Zawawi 10 Comments Filed Under: Dunia Kerjaya

Isi Kandungan

  • Kerja Itu Penat Ke ?
  • Tidur yang Cukup
  • Niat
  • Solat Lima Waktu
  • Sarapan yang Berkhasiat
  • Keselamatan Diri
  • Patuhi Semua Arahan
  • Sentiasa Senyum
  • Waktu Rehat

Assalamualaikum…

Bertemu kita sekali lagi di blog ini …Seperti biasa , apabila hari Isnin je mesti ramai yang mengalami Sindrom Monday Blues kan ? Maklumlah setelah berhempas – pulas megerahkan tenaga bekerja selama 8 atau 12 jam di kilang ( contohnya pada diri saya la ni ) , ada juga cuti rehat sehari pada hari Ahad . Apabila mula naik kerja tu mengalahkan macam ” Zaman Bercintan-cintun ” pula kan ? hehehehe ….Ok berbalik pada tajuk , Dalam kerja ni memang ada rasa ” PENAT ” tu , bohonglah kalau ada kerja yang tak penat melainkan kerja duduk makan gaji buta sambil goyang kaki je ( maaf kalau ada yang terasa ye ) .

kerja industri kilangSumber gambar dari Pixabay

Untuk tajuk kali ni , saya berkongsi serba sedikit berdasarkan dari pengalaman untuk menghilangkan rasa penat ketika dan selepas bekerja . Semua ini hanya pendapat peribadi sahaja . Bila di dalam dunia pekerjaan , memang normal apabila seseorang yang baru mengenal dunia pekerjaan ini akan berasa penat sedikit ( bergantung kepada ektor atau pembuatan terutamnya sebagai pekerja kilang ) . yang bekerja di pejabat pun boleh juga ikuti tips-tips yang saya berikan .

Kerja Itu Penat Ke ?

Untuk kekal bertenaga dan segar sepanjang waktu bekerja :

Tidur yang Cukup

Pertama sekali dapatkan TIDUR yang cukup , paling tidak pun 7 atau 8 jam . Ini Adalah masa yang diperlukan untuk kita merehatkan badan dan otak . Jika anda menapat tidur yang cukup tiadalah asyik menguap je apabila bekerja tidak kira pada shift siang atau malam .

Niat

Kedua , Tetapkan NIAT di dalam hati bekerja dengan ikhlas demi menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa dan anak-anak bagi mereka yang sudah berkahwin . Ini adalah kerana dengan niat itu lah yang akan membantu diri untuk bekerja dengan rasa lebih yakin dan komited .

Solat Lima Waktu

Ketiga , Jangan lupakan Solat Lima Waktu . Walaupun sibuk bekerja saban hari selama 8 atau 12 jam , Solat jangan ditinggalkan . Ia melengkapkan segala aktiviti seharian kita dan peluang untuk memanjatkan doa agar diri sendiri dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahklan rezeki di dalam melakukan semua urusan termasuk kerja .

Sarapan yang Berkhasiat

Keempat , dapatkan sarapan yang berkhasiat untuk kekal bertenaga . Kebiasaanya pada waktu pagi menu sarapan paling ” Simple ” roti bakar di sapu kaya dengan Nescafe tarik pun sudah memadai , tetapi kalau ada Mee Goreng atau Nasi Lemak pun boleh juga . Yang paling penting sekali , kita wajib bersarapan agar perut tidak kosong dan masuk angin .

Keselamatan Diri

Berada di Kilang atau pejabat , pertama sekali pastikan and mematuhi garis panduan keselamatan yang disediakan oleh syarikat . Jika anda bekerja di kilang misalnya , hendaklah memakai uniform , tag nama , kasut keselamatan , sarung tangan , pelindung muka dan mulut dan juga pelindung telinga bagi yang bekerja di mesin . Saya tertarik papan tanda di sebuah kilang ini yang berbunyi ” Persekitaran Bersih , Pekerja Selesa ” , agak mendalam juga maksudnya bukan sahaja dari keselamatan , kebersihan juga perlu di amalkan oleh semua .

Patuhi Semua Arahan

Setiap pekerja haruslah mematuhi semua arahan dari pihak atasan tidak kira dari ” Leader ” atau ” Supervisor ” . jangan sesekali melawan dan tunjukkan anda tu berasa penat sangat dan bosan melakukan kerja . Ini Sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada sesetengah pihak . Apa yang penting , jaga setiap hubungan sama ada dengan rakan-rakan sekerja dan juga pihak atasan .

Sentiasa Senyum

Walaupun penat , cuba ukirkan senyuman sebab Senyum Itu Satu Sedekah , ini adalah satu cara juga untuk hilangkan penat dan lelah semasa bekerja . jangan pula senyum tak tentu pasal , nanti ada yang ingat kita ni ” Tak Betul ” pula kan..hehehe

Dalam dingin subuh hatiku terusik Kenang nasib diri kena kerja …. Mood cari duit bertingkek-tingkek

A post shared by Wan Zawawi (@wanzawawi) on Jan 27, 2017 at 2:54pm PST

 

Waktu Rehat

Seperti biasa , kalau sudah bekerja , mesti ada masa untuk rehat , gunakan sebaik-baiknya untuk menikmati makanan tengah hari atau minum petang serta berehat secukupnya . Jangan pula waktu rehat sibuk layan Smart Phone je , nanti tak sedar waktu rehat sudah tamat . Bukan ke rugi nanti ?

Kita minum dulu

A post shared by Wan Zawawi (@wanzawawi) on Jan 30, 2017 at 10:53pm PST

Semoga serba sedikit yang saya ceritakan pada kali ini berguna kepada semua , macam orang lama bagitahu saya ” Semua Kerja Ada Penatnya , Nak Atau Tak Nak ..Kau kena galas semua tanggungjawab tu untuk ibu bapa dan anak – anak atau keluarga tercinta Demi Sesuap Nasi .

(Visited 95 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Kerja Oh Kerja
    Kerja Oh Kerja

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Jia rizaira says

    April 5, 2017 at 11:35 PM

    Saya kerja tak penat sangat. Travel jauh dari rumah ke tempat kerja yang penat.

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 15, 2017 at 11:05 AM

      Owh betul juga
      Travel jauh tu la yang memakan masa

      Reply
  2. Uyul Rosli says

    April 5, 2017 at 2:42 PM

    Demi sesuap nasi. Memang penat.
    Uyul Rosli recently posted…RANKING ALEXA BLOG UYUL | 05/04/2017My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 15, 2017 at 11:06 AM

      Yup
      Sebab itu kena berehat

      Reply
  3. Azwan says

    April 4, 2017 at 10:20 AM

    Penat tapi berbaloi. Selain daripada dapat rezeki, dapat belajar mematangkan fikiran.
    Azwan recently posted…5 Petua Menggunakan AdSense Untuk Jana Pendapatan di BlogMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 15, 2017 at 11:07 AM

      Betul tu bro 🙂

      Reply
  4. Hero Borneo says

    April 3, 2017 at 4:37 PM

    kalau tak penat tak la keja namanya..

    saya dah lebih 20 tahun bekerja..

    sekarang pun masih bekerja..

    cuma cara bekerja sekarang lebih dahsyat lagi…
    Hero Borneo recently posted…Siapa Hero Borneo Yang Sebenarnya ?My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 15, 2017 at 11:07 AM

      Wahh
      Mesti mencabar fizikal dan mental kerja sekarang tu kan

      Reply
  5. Mohd Aswad says

    April 3, 2017 at 1:12 PM

    Betul tuan.. kerja takkan jadi penat kalau masa kita manage elok2.. yang akan jadi penat bila tak manage masa dengan betul.. contohnya.. masa rehat tak digunakan sebaik mungkin.. sepatutnya berehat masa tu.. ini tak..ada yang tibai jalan2 cuci mata masa ni.. katanya nak hilangkan stress.. sudahnya dah badan jadi letih sbb rehat tak cukup..

    jadi kena la manage masa betul2..
    Mohd Aswad recently posted…Pinjaman Koperasi Kakitangan Kerajaan KedahMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 15, 2017 at 11:08 AM

      Yup
      macam kawan saya kata bila kerja , kerja betul-betul

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Tips Menghasilkan Resume Yang Terbaik
Next Post: Jadi Kaya Dengan Minat

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,510)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,213)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,538)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,439)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (870)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (636)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (623)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (567)
  • Demi Sesuap Nasi (517)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO