Assalamualaikumā¦.
Kali ini jom kita luangkan sedikit masa untuk berfikir sejenak tentang J.K. Rowling , Roger Ebert , Donald Trump dan Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi apa yang membuatkan mereka kaya ? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat , tetapi mereka menjadi kaya melalui perkara atau minat yang mereka benar-benar suka buat. Sudah tentu iaa merupakan perkara yang mereka fikir memang wujud dalam diri mereka sendiri.
J.K. Rowling
Sumber gambar : The Telegraph
J. K. Rowling atau nama sebenarnya Joanne Rowling mempunyai minat menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih kanak-kanak. Meskipun pelbagai kesusahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus menulis bila-bila masa jika berkesempatan . Mempunyai dua anak dalam tanggungannya , wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita denagn sebuah karya hebat iaitu Harry Potter. Semasa dia menghasilkan Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada orang-orang yang telah kaya sebelum ini ? Tidak pernah sama sekali. Dia hanya sekadar menulis.