
Selamat Hari Lahir Yang Ke-34 Buat Diriku
Assalamualaikum…
Alhamdulillah…Jumaat lepas bersamaan 3 Ogos 2018 genaplah umur saya 34 tahun ….Bila lihat pada angkat 34
ni rasa dah macam tua pulak..hehehe lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti . Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga terdekat ..maklumlah ikut bajet la kan π

Terima kasih kepada emak yang hadiahkan kek coklat yang sedap ni π
Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung
Apabila umur dah cecah 34 ini , sebagai anak sulung tanggungjawab rasanya semakin besar , mana tidaknya saya kena jaga mak dan abah , kerana mereka berdua tidak lagi bekerja dan perlu ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan setiap 4 atau 6 bulan . Jadi kena pandai ambil masa untuk kerja hakiki dan kerja separuh masa sambil menjaga mak dan abah . Semoga mak dan abah diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu serta dimurahkan rezeki apabila dijaga oleh anak sulungnya ini π . Senang cerita , mereka yang bergelar anak sulung ni tahu la apa tanggungjawab yang perlu di galas π
Cuti-Cuti Di Langkawi Selama 3 hari 2 Malam
Assalamualaikum….
Artikel ini adalah kesinambungan Teruja Pertama Kali Naik Kapal Terbang dan Menginap Di Teratak Warisan Lxia Langkawi . Sebelum ke Langkawi kelmarin saya ada juga mendapat nasihat dari rakan-rakan dan salah satunya saya tertarik dengan artikel dari blog Denaihati . Maklumlah baru pertama kali ke Langkawi , mesti buat pelbagai persediaan secukupnya π . Artikel ini mungkin panjang sedikit , jadi korang ambil masa la untuk baca nanti ye .
Kira buat julung kalinya la di dalam blog saya ini ada cerita melancong ke tempat-tempat menarik , dan destinasi yang pertama adalah Langkawi . Sememangnya saya dah lama pasang impian untuk ke Langkawi setelah tertarik melihat pelbagai pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan . Tidak lupa juga dari kisah kembara rakan-rakan blogger yang pernah ke Langkawi . Sambil-sambil itu saya juga sempat buat persediaan membaca pelbagai tips untuk menaiki kapal terbang terutama tentang aspek keselamatan , bagasi dan lain-lain hal yang berkaitan , mengembara seorang diri , bajet yang diperlukan dan lokasi-lokasi yang bakal di terjah..hehehe maklumlah ” Excited ” punya pasal la katakan …. . Alhamdulillah saya berjumpa salah satu agen yang peramah dan baik hati iaitu langkawitravelandtour . Jadi segala urusan saya untuk berjalan di langkawi berjalan dengan lancar kelmarin .

Sumber peta dari orangesmile.com
Untuk memudahkan para pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain , saya ceritakan kembali semasa saya bertolak ke Pulau Langkawi dari Johor kelmarin iaitu pada Jumaat bersamaan 11 Mei 2018 dengan menaiki pesawat Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai beserta beberapa tips yang ringkas .
Wordless Wednesday #27

