
Warkah November
Assalamualaikum…
Warkah November
N.O.V.E.M.B.E.R
Masih berkira-kira ,
Sempatkah azam untuk tahun ini tercapai ?
Masih belum dilaksanakan atau sudahpun terlaksana ,
Bergantung kepada setiap individu .
N.O.V.E.M.B.E.R
Banyak peluang yang terbentang luas ,
Sekadar angin lalu sahaja ,
Kalaulah sempat aku mengambil 2 atau 3 peluang tersebut ,
Insya Allah semakin bertambah rezeki ku nanti .

Sumber gambar Kalendar dari Google
Langkah-Langkah Membina Pendapatan Pasif
Assalamualaikum…
Kebelakangan ini , kenaikkan dan juga peningkatan harga barangan keperluan semakin berada pada tahap yang boleh dikatakan akan terus naik dan naik . Contoh yang paling ketara adalah harga barangan keperluan asas seperti bahan-bahan masakkan iaitu beras , minyak masak dan lain-lain lagi . Bagi sesetengah golongan berpendapatan rendah ianya memberi kesan yang amat mendalam terutama yang sudah mempunyai keluarga terutama yang melibatkan yuran tahunan anak-anak yang masih bersekolah dan juga mempunyai komitmen hutang kereta , motor dan sebagainya . Jadi , sebagai jalan penyelesaiannya , kita harus merancang dan mencari Langkah-Langkah Membina Pendapatan Pasif yang benar-benar sesuai .
Gambar kredit kepada : chooseyoursalary.net
Setiap orang mahukan pendapatan bagi menampung perbelanjaan setiap bulan bagi meringankan beban hutang dan juga perbelanjaan harian di dalam sebuah keluarga misalnya . Sebelum itu apa kata kita kenali dahulu kategori pendapatan . Untuk pengetahuan semua , pendapatan terbahagi dua iaitu :-
Pendapatan Aktif
Dengan pendapatan aktif , anda dibayar mengikut masa anda bekerja dan contoh yang paling senang ialah ramai yang makan gaji seperti bekerja di syarikat pembinaan dan kilang .
Pendapatan Pasif
Manakala pendapatan pasif pula ialah anda melakukan kerja sekali sahaja dan mendapat bayaran tanpa henti . Antara contohnya seperti penulis lirik lagu atau ebook . Mereka ini akan dibayar royalti untuk penghargaan hasil kerja tersebut .
Setiap Pemilik Kereta Perlu Ada Kunci Kebal Ini
Assalamualaikum…
Setiap hari ada sahaja kita dengar perkhabaran dan berita tentang kereta hilang atau di curi tidak kira sama ada lokasi terebut di hadapan rumah sendiri , pusat membeli belah , di tepi jalan , di tempat kerja dan sebagainya . Sudah tentu setiap kereta berkenaan dilengkapi sistem penggera , namun dalam sekelip mata sahaja pencuri boleh memecah masuk ke dalam kereta dan memotong wayar-wayar tertentu untuk mematikan fungsi sistem penggera tersebut . Amat menyedihkan lagi , apabila kereta yang hilang itu adalah kereta yang digunakan untuk mencari rezeki dan harganya pula agak mahal dan juga merupaka kereta idaman anda selama ini .
Kunci Kebal – Mudahnya Elak Kereta Di Curi
Ok , pada kali ini saya ingin memperkenalkan satu produk keluaran bumiputera untuk keselamatan kereta kesayangan anda . Pernahkan anda mendengar ” Kunci Kebal “ ? Memang namanya agak pelik nampun alat inilah merupakan salah satu aspek penting dan peralatan tambahan di dalam penjagaan keselamatan kereta kesayangan anda semua . Jadi selepas ini , tidak perlu risau dan runsing jika anda ” Parking “ kereta di mana-mana sahaja .

Bentuk sebenar Kunci Kebal
… Teruskan Membaca… …
