Assalamualaikum…
Warkah November
N.O.V.E.M.B.E.R
Masih berkira-kira ,
Sempatkah azam untuk tahun ini tercapai ?
Masih belum dilaksanakan atau sudahpun terlaksana ,
Bergantung kepada setiap individu .
N.O.V.E.M.B.E.R
Banyak peluang yang terbentang luas ,
Sekadar angin lalu sahaja ,
Kalaulah sempat aku mengambil 2 atau 3 peluang tersebut ,
Insya Allah semakin bertambah rezeki ku nanti .
Sumber gambar Kalendar dari Google
N.O.V.E.M.B.E.R
Bukan sekadar bulan 11 ,
Atau bukan sekada huruf N.O.V.E.M.B.E.R ,
Mungkin sebagai titik permulaan perancangan ,
Sebagai permulaan dunia baru ,
Adakah mampu terlaksana ?
N.O.V.E.M.B.E.R
Bermulanya kebangkitan semula suatu ketika dahulu ,
Selepas kebuntuan akal dan fikiran ,
Akhirnya terlaksana juga ,
Aku bersyukur kerana ianya dipermudahkan oleh-Nya .
N.O.V.E.M.B.E.R
Bermacam hal berlalu dan berlalu pergi ,
Mengingatkan aku siapa KAWAN dan siapa SAHABAT ,
Siapa MUSUH dan siapa KAWAN MAKAN KAWAN ,
Siapa KAWAN LUPAKAN kAWAN ,
Jadi pesanan ku di sini ,
Berhati-hatilah di dalam memilih KAWAN dan SAHABAT .
N.O.V.E.M.B.E.R
Tambah tolak darab dan bahagi ,
Alhamdulillah segalanya cukup ,
Menanti pintu rezeki terbuka luas ,
Betapa mudahnya menjemput rezeki ,
Ku panjatkan doa kepada Ilahi .
N.O.V.E.M.B.E.R
Kejutan di sana di sini dan di sinun ,
Harga minyak kejap naik kejap turun ,
Tidak lupa harga barangan keperluan ,
Sebagai persediaan awal ,
Kerja keras harus diutamakan .
N.O.V.E.M.B.E.R
Semoga waktu itu berguna buatku ,
Merancang perjuangan yang di alas ,
Kerja hakiki dan semuanya ,
Agar diriku diberi kesihatan yang baik ,
Mencari rezeki…..
Demi keluarga tercinta .
N.O.V.E.M.B.E.R
Menghampiri hujung tahun ,
Pelbagai aktiviti sudah pun mula,
Maklumlah bulan November juga bermulanya cuti persekolahan ,
Begitu juga banyak undangan majlis perkahwinan .
N.O.V.E.M.B.E.R
Maafkan diri ini ,
Andai ada terkasar dan tersilap bahasa ,
Hamba hanya menulis dan terus menulis ,
Sambutlah salam sayang dari hamba ,
Sekian,wassalam…
Nukilan Wan Zawawi @ Wazy
12 November 2017
Mama Hakim says
BAnyak lagi sasaran yang belum tercapai tahun ni
masa pantas berlalu pergi
Mama Hakim recently posted…Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!
Mazni Azmi says
Kejap je dah akhir tahun
Memang cepat masa berlalu
Mazni Azmi recently posted…Shaklee untuk ibu mengandung? Ini amalan dilarang keras supaya kesan terbaik!
Noriza Rahman says
Kejapnya masa berlalu..dah nak ke hujung tahun
Noriza Rahman recently posted…Amalan Rezeki Melimpah Ruah Tak Pernah Habis!
mrhanafi says
Puisi karya sendiri bro.
baguslah.
Saya pun teringin nak menulis puisi..
tukar angin kadang-kadang.
mrhanafi recently posted…Cara Menyelesaikan Hutang Keliling Pinggang
nikkhazami says
cepat betul, dah november. kejap lagi dah nak masuk 2018
nikkhazami recently posted…iPhone X Mudah Pecah?