Isi Kandungan
Assalamualaikum…
Kebelakangan ini , kenaikkan dan juga peningkatan harga barangan keperluan semakin berada pada tahap yang boleh dikatakan akan terus naik dan naik . Contoh yang paling ketara adalah harga barangan keperluan asas seperti bahan-bahan masakkan iaitu beras , minyak masak dan lain-lain lagi . Bagi sesetengah golongan berpendapatan rendah ianya memberi kesan yang amat mendalam terutama yang sudah mempunyai keluarga terutama yang melibatkan yuran tahunan anak-anak yang masih bersekolah dan juga mempunyai komitmen hutang kereta , motor dan sebagainya . Jadi , sebagai jalan penyelesaiannya , kita harus merancang dan mencari Langkah-Langkah Membina Pendapatan Pasif yang benar-benar sesuai .
Gambar kredit kepada : chooseyoursalary.net
Setiap orang mahukan pendapatan bagi menampung perbelanjaan setiap bulan bagi meringankan beban hutang dan juga perbelanjaan harian di dalam sebuah keluarga misalnya . Sebelum itu apa kata kita kenali dahulu kategori pendapatan . Untuk pengetahuan semua , pendapatan terbahagi dua iaitu :-
Pendapatan Aktif
Dengan pendapatan aktif , anda dibayar mengikut masa anda bekerja dan contoh yang paling senang ialah ramai yang makan gaji seperti bekerja di syarikat pembinaan dan kilang .
Pendapatan Pasif
Manakala pendapatan pasif pula ialah anda melakukan kerja sekali sahaja dan mendapat bayaran tanpa henti . Antara contohnya seperti penulis lirik lagu atau ebook . Mereka ini akan dibayar royalti untuk penghargaan hasil kerja tersebut .
Kelompok Yang Terlibat Dengan Pendapatan Pasif
Antara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam membina Pendapatan Pasif adalah pekerja yang makan gaji tidak kira swasta atau kerajaan , suri rumah yang ingin membantu meringankan beban suami mereka , pelajar yang inginkan duit saku tambahan dan juga mereka yang serius melakukan kerja secara ” Full Time ” serta inginkan penjanaan pendapatan yang berterusan .
Bagaimana Membina Pendapatan Pasif ?
Untuk membina Pendapatan Pasif , anda semua perlu setkan minda supaya tidak mudah berputus asa di dalam bidang yang diceburi dan sentiasa mencuba . Setiap orang mempunyai minat dan kelebihan masing-masing , antaranya ialah mempunyai bakat dalam mereka bentuk logo dan banner , mempunyai bakat dalam bidang fotografi , mengubahsuai gambar menggunakan perisian seperti Photoshop , membina blog WordPress dan Shopping Chart dan lain-lain lagi .
Pada pemikiran saya , pendapatan pasif sebanyak 85% adalah dari minat dan bidang yang kita minat . Tiada paksaan di dalam menjalankan pekerjaan ini dan juga bergantung kepada permintaan pelanggan dan sebagainya . Ianya sesuai dilakukan di mana-mana sahaja bergantung kepada komitmen dan masa yang terluang kita sendiri .
Kesimpulan Berkaitan Pendapatan Pasif
Apa yang penting di sini , Kita haruslah menggunakan semua minat dan kebolehan yang ada untuk mendapat serta
“Maintain ” di dalam membina Pendapatan Pasif . Ini adalah kerana usaha ini perlukan komitmen yang berterusan dan tidak hanya separuh jalan sahaja . Di luar sana juga , kita lihat ramai yang berjaya dengan pendapatan yang pasif serta mempunyai kebebasan sambil melihat anak-anak membesar , bebas bercuti kemana-mana sahaja serta mempunyai masa yang berkualiti bersama keluarag tersayang . Jom sama-sama kita jana Pendapatan Pasif melalui Tone Excel .
Mazni Azmi says
Semua orang nak bina pendapatan pasif
lebih lebih lagi dalam zaman macam ni
Mazni Azmi recently posted…Shaklee untuk ibu mengandung? Ini amalan dilarang keras supaya kesan terbaik!
Hernee Nazir says
good info..tq for sharing wazy..
anuar says
Bestnya kalau boleh mempunyai beberapa sumber pendapatan pasif dalam satu masa..
anuar recently posted…Pengalaman pergi ke Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS Serdang