• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Dunia Kereta / Kereta Oh Kereta

Kereta Oh Kereta

February 11, 2017 By Wan Zawawi 7 Comments Filed Under: Dunia Kereta, Informasi

Isi Kandungan

  • Mudahnya Menjaga Kereta
  • Pemilihan Bengkel Yang Bagus
  • Pemilihan Alat Ganti
  • Hantar Kereta Untuk Servis
  • Cara Memandu
  • Penjagaan Tayar
  • Cuci Kereta

Assalamualaikum…

Apabila sebut sahaja tentang kereta , mesti ramai yang terbayang kenderaan dengan 4 roda , yang boleh di bawa jalan ke sana sini tanpa terkena hujan dan panas kan ?? Jadi sudah tentu ramai yang telah memilikinya atau sedang memasang angan-angan untuk membeli kereta impian yang menjadi idaman kalbu masing-masing . Untuk memiliki sebuah kereta tidak kira apa sekali pun jenamanya ia memerlukan perancangan yang baik dan sitematik kerana memerlukan perbelanjaan yang agak besar serta sedikit pengorbanan dari wang saku setiap bulan ( bayaran ansuran kereta dan lain-lain ). Jadi tidak hairanlah jika kita lihat ramai anak-anak muda ( termasuk saya sendiri ) telahpun memiliki kereta sendiri tidak kira ianya kereta baru ataupun terpakai .

Untuk mencapai impian memiliki kereta sendiri , tidak semestinya kita membeli kereta baru , yang terpakai pun sudah tentu memadai . Lainlah kalau mempunyai rezeki yang lebih bolehlah mengunjungi bilik-bilik pameran kereta dari jenama yang terkenal dan “ tip – top ” . Apabila sudah memiliki iaitu kereta idaman sudah berada di rumah , bolehlah memikirkan pula bagaimana untuk menjaganya kerana ia merupakan keperluan untuk anda berulang-alik ke tempat kerja , berjalan dengan keluarga , pulang ke kampung halaman dan sebagainya . Sudah tentu anda memerlukan tips dan cara penjagaan kereta yang terbaik untuk kereta kesayangan .

kereta oh keretaSumber gambar : Asian Auto Digest

Di sini , saya akan terangakan serba sedikti keutamaan yang perlu diambil kira di dalam tips dan penjagaan kereta yang lebih mudah difahami oleh semua bakal pemilik dan pemilik kereta .

Mudahnya Menjaga Kereta

Sebenarnya untuk menjaga kereta ia nampak mudah tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita ambil berat tentangnya . Salah satu daripadanya ialah :-

Pemilihan Bengkel Yang Bagus

Jika anda memiliki kereta sudah tentunya pada masa-sama kecemasan , ia perlu dihantar ke bengkel . Jadi di sini , anda perlu mencari atau meneliti bengkel mana yang menawarkan perkhidmatan yang bagus serta memuaskan hati pelanggan iaitu anda . Tidak salah jika anda menanyakan senarai harga untuk komponen atau alat ganti yang perlu tukar pada kereta dengan pemilik bengkel . Selain itu , mungkin anda ramai kenalan yang tahu bengkel yang terbaik buat anda . Ini untuk menggelakkan anda ditipu oleh bengkel kerana ada sesetegah kes ia menggantikan komponen atau alat ganti tiruan pada harga yang sama seperti yang asal .

Pemilihan Alat Ganti

Di dalam pemilihan alat ganti , kebiasaannya ramai mekanik mengesyorkan anda mendapatkan alat ganti yang tulen mengikut jenama kereta yang anda pakai . Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan tidak berlaku kerosakan yang lebih teruk pada komponen kereta yang lain . Antara alat ganti yang kebiasaannya pemilik kereta kerap tukar adalah ” timing belt “ , kabel palam pencucuh , penggelap cermin depan atau ” wiper “ , pelbagai fius sama ada lampu dan sebagainya . Sebagai kesimpulannya , dengan menggunakan alat ganti yang tulen , ia akan menjamin tahap ketahanan dan lasak untuk kereta anda .

Hantar Kereta Untuk Servis

Pemilik kereta sudah tentu tahu bilakan kereta kesayangannya perlu di hantar servis . Contohnya pada 10 000 KM pertama atau 30 000 KM pertama . Ini adalah untuk menggelakkan berlakunya kerosakkan kecil dan akhirnya menjadi lebih teruk sehingga terpaksa di ” overhaul “ yang memakan perbelanjaan yang besar . Untuk itu , setiap pemilik kereta perlu prihatin dan mempunyai disiplin yang tinggi di dalam aspek penghantaran kereta untuk servis di mana-mana wakil pengedar kereta yang sah . Kebiasaanya , servis yang murah dan ringkas dengan hanya dengan menggantikan minyak hitam serta penapis enjin serta minyak kereta .

Cara Memandu

Cara memandu juga perlu diambil perhatian juga oleh semua pemilik kereta kerana ia berbeza sama ada kereta baru atau terpakai . Ini adalah untuk mencari keserasian anda dan kereta di dalam aspek pemanduan . Tidak semestinya anda perlu memandu kereta kesayangan seperti kereta lumba hanya untuk ke tempat kerja . Ini memastikan juga anda mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan di jalan raya . Perlu diingatkan semasa memandu kereta anda juga perlu mengambil kira aspek keselamatan diri anda dan pengguna jalan raya yang lain . Selain itu , ia juga akan menjimatkan perbelanjaan untuk mengisi minyak petrol .

Penjagaan Tayar

Aspek yang paling penting yang perlu di ambil kira juga adalah tayar . Kerana ia merupakan komponen paling penting untuk menjamin ketahanan dan kelasakkan sesebuah kereta itu . Anda perlu kerap melakukan pemeriksaan sendiri untuk memastikan keadaan keempat-empat tayar kereta anda berada di dalam keadaan yang baik terutamanya jika ingin melakukan perjalanan yang jauh . Sila pastikan juga tahap tekanan angin dan keadaan bunga yara berada di dalam keadaan yang baik serta memuaskan . Salah satunya adalah dengan menghantar ke kedai tayar untuk membuat ” wheel balancing ” dan ” allignment “ setiap 6 bulan sekali .

Cuci Kereta

Seperti mana manusia yang perlu membersihkan diri dengan mandi untuk menghilangkan kekotoran di badan , kereta kesayangan anda juga perlu dibasuh atau dicuci . Tidak kiralah anda mencucinya sendiri atau hanya menghantarnya ke ” Car Wash “ . Untuk mendapatkan kepuasan dan tahap kebersihan yang maksimum , anda bolehlah mencuci sendiri kereta di rumah keraan sambil mencuci , anda juga boleh bersenam . Pada pendapat saya , tidak kisah dengan hanya sesekali sahaja menghantar kereta ke ” Car Wash “ jika keadaan kebersihan kereta terlalu kotor dan memerlukan pembersihan pada tahap maksima terutama di bahagian dalaman dan bawah enjin .

Untuk pemahaman dan penjagaan yang lebih mendalam di dalam aspek Mudahnya menjaga Kereta , anda boleh dapatkan panduan yang menerangkan dari A hingga Z tentang penjagaan kereta dan aspek-aspek yang perlu di ambil perhantian oleh semua pemilik kereta agar ianya tahan lama dan menjamin keslamatan dan kepuasaan untuk memadunya di jalan raya di 50 Tips penjagaan Kereta Kekal ” Tip Top “ .

(Visited 69 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Ridz ayeop says

    May 26, 2017 at 1:12 AM

    Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com

    Ada > 50 di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Elakkan dari ditipu lagi ok…

    Reply
  2. raihanah ahmad says

    February 14, 2017 at 9:08 AM

    menarik info ni
    raihanah ahmad recently posted…9 Tips Pencegahan Penyakit JantungMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      February 16, 2017 at 11:34 PM

      Terima kasih 🙂
      Boleh la berkongsi dengan rakan-rakan yang ada kereta

      Reply
  3. Ikhwan says

    February 13, 2017 at 4:56 PM

    Kereta boleh jadi aset kalau disewakan atau pandu bersama Uber. Boleh buat duit poket atau bayar ansuran bulanan 🙂
    Ikhwan recently posted…Penguasa Kastam Gred WK41My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      February 16, 2017 at 11:35 PM

      Setuju sangat-sangat apa yang bro komen tu 🙂

      Reply
  4. Manan Qayyim says

    February 12, 2017 at 2:43 PM

    Bagus ada info mcm ni. Membantu dalam memasti kereta dalam keadaan terbaek.
    Manan Qayyim recently posted…Manfaatkan “Lifestyle Tax Relief” Anda, Pembayar Cukai.My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      February 16, 2017 at 11:35 PM

      Terima kasih bro

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Semangat Blogging Yang Baru
Next Post: Puisi Metal

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,331)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,484)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO