• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review / Unifi Mobile ? Ok Ke ?

Unifi Mobile ? Ok Ke ?

February 20, 2018 By Wan Zawawi 24 Comments Filed Under: Review

Assalamualaikum…

Sejak beberapa minggu yang lepas , Trending juga di beberapa laman sosial seperti Facebook , Twitter dan Instagram tentang Unifi Mobile ini . Pertama sekali dapat tahu pasal ini apabila terbaca di salah sebuah blog Teknologi Nombor 1 di Malaysia iaitu Amanz dan juga artikel dari blog tersebut di sini . Jadi saya pun tidak ketinggalkan untuk mencubanya kerana pada masa ini kad Sim Unfi Mobile tersebut masih diberikan percuma sebanyak 1 juta yang pertama dan bagi mereka yang mendaftar pada atau sebelum 31 mac 2018 sehingga tamat tempoh promosi .

Unifi Mobile Sim card

Sepanjang tempoh pengenalan ini , kroang akan dapat juga 20gb LTE percuma yang mana pada saya ianya agak berbaloi dan cuma kena pastikan untuk tambah nilai dalam tempoh 90 hari serta tanpa tarikh luput . Untuk menikmati dan megalami kelebihan dengan Unifi Mobile ini , bolehlah muat turun di sini untuk pengguna Android dan juga di sini untuk pengguna IOS . Dalam review ini saya menggunakan Android πŸ™‚ .

Sebelum terlupa , korang boleh dapatkan Kad Sim ini sehingga 5 nombor pilihan dan boleh dilakukan di dalam Aplikasi Mudah Alih Unifi Mobile . Pilhan untuk penghantaran terus ke rumah juga boleh dilakukan dengan caj penghantaran sebanya RM 10.60 atau hadir sendiri ke TM Point yang terserai di tempat anda .

muat turun unifi mobile

unifi mobile

Jom saya tunjukkan sekali beberapa paparan yang menarik di aplikasi Mudah alih ini :-

unifi mobile

unifi mobile

unifi mobile

Apa yang Menarik di Unifi Mobile

  1. Pilihan pelan yang bersesuaian dengan penggunaan data internet anda seperti :-

1GB Basic ( 1 GB Basic Data ) untuk RM 10.00
2GB High Speed ( 1GB 3G / LTE dan 1GB LTE sahaja ) untuk RM 15.00
4Gb High Speed ( 2GB 3G / LTE dan 2GB LTE sahaja ) untuk RM 30.00
8Gb High SPeed ( 4GB 3G / LTE dan 4GB LTE sahaja ) untuk RM 50.00

pelan unifi mobile

2.Β  Untuk Pelan Panggilan dan SMS pula :-

60 Minit Panggilan dan 60 SMS untuk RM 10.00
200 Minit Panggilan dan 200 SMS untuk RM 30.00

3. Kredit tanpa tarikh luput , jadi anda tak perlu risau seperti kebiasaannya kredit tamat tempoh .

4. Boleh tambah nilai atau bayar pada bila-bila masa dan di mana pun anda berada

5. Percuma 20GB LTE apabila and amendapatkan kad sim percuma ini sepanjang tempoh pengenalan

6. Lebih mudah kerana semua urusan semak baki data / panggilan atau sms hanya dari Aplikasi Mudah Alih Unifi Mobile

Semasa menggunakan Unifi Mobile ini saya hanya dapat liputan 4G ( bergantung kepada kawasan liputan ) . Saya uji di kawsan Simpang Renggam , Kluang , Bukit Batu , Kulai dan juga sekitar Kluang . Setakat ini boleh dikatakan agak memuaskan kerana saya telah cuba di beberapa tempat seperti di rumah , tempat kerja dan di kawasan yang mempunyai liputan yang agak baik . Boleh lihat cintoh ” Speed Test” seperti di bawah ini :-

speed test unifi mobile

speed test unfi mobile

speed test unfi mobile

Untuk maklumat yang lebih lanjut bolehlah ke laman web

Unifi Mobile

Sebarang Pertanyaan pula boleh rujuk di

Frequently asked questions Unifi Mobile

(Visited 567 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Syahmi says

    May 5, 2020 at 6:32 AM

    Yang 5 simkad tu macam mana ya? Sbb sy baru je guna unifi mobile ni xtahu sgt psl ni

    Reply
  2. Sofie says

    April 23, 2020 at 3:40 PM

    Coverage unifi kt kluang Johor ok x .
    Sebab saya nk tukar Dari Digi ni bosku..

    Reply
  3. Nurhidaya says

    February 10, 2020 at 4:03 PM

    Sy pakai digi jer lagi best dan puas hati…

    Reply
  4. StudioAJ says

    October 24, 2019 at 10:58 AM

    Ada terdengar promosi RM59 unlimited data dari Unifi tapi by invitation only. Ada info tak tuan?
    StudioAJ recently posted…Lagu Slow Rock Malaysia TerbaikMy Profile

    Reply
    • Nurhidaya says

      February 16, 2020 at 4:43 PM

      Mcm murah jer tu rm59 unlimited data.
      Nurhidaya recently posted…Dance Monkey Cover Versi Artis MalaysiaMy Profile

      Reply
  5. Rossaimi says

    September 8, 2018 at 11:48 PM

    Pernah guna juga sekejap, memang best speed kalau tempat tu support LTE. Kalau tiada LTE sama sahaja macam telco lain.
    Rossaimi recently posted…Cara Nak Buat Blog Di WordPress Self HostedMy Profile

    Reply
  6. Nurul jannah says

    July 2, 2018 at 7:53 AM

    Saya baru order simkad UniFi melalui delivery berepa lama masa nak diambil untuk simkad smpai ke rumah??ke mengunakan poslaju??

    Reply
  7. Azmi Abdul Rahman says

    March 3, 2018 at 6:06 PM

    Ayah saya pakai unifi mobile boleh tahan lembap kelajuannya. Tapi pengalaman orang lain mungkin berbeza
    Azmi Abdul Rahman recently posted…Umrah Bersama Anak Kecil? Ini tips supaya anak & keluarga kita tersenyum mengenangkanMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:45 PM

      Mungkin bergantung kepada tempat juga rasanya

      Reply
  8. Hamidah Ahmad says

    February 27, 2018 at 8:36 AM

    Wah..terima kasih untuk info tuan.
    Sekarang saya pakai Cel***, tapi line di rumah tak stable, mgkin boleh cuba U-mobile pulak
    Hamidah Ahmad recently posted…5 Masalah Utama Kulit Muka LelakiMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:47 PM

      Sama-sama
      Mana-mana provider pun ok cuma tu la kena tengok lokasi juga

      Reply
  9. Naziman Azlye says

    February 25, 2018 at 10:00 PM

    Nak study unifi mobile ni la. Sekarang ni tengah pakai umobile. Murah tu murah, tapi line tak okay.
    Naziman Azlye recently posted…Sistem Saham – Panduan Analisa MenguntungkanMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:48 PM

      nanti boleh la review sekali πŸ™‚

      Reply
  10. mia liana says

    February 25, 2018 at 4:44 PM

    kak mia pun dapat 5 simcard ni… tapi ada bila signal lte atau 4g+ saja…. kalau tak, lambat macam apa. tengok tempat juga… huhuhu… apa-apa pun inisiatif yang bagus bagi kita semua percuma 1 simcard 20GB…

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:49 PM

      Tu la
      yang penting 20gb percuma tu boleh buat macam-macam

      Reply
  11. nikkhazami says

    February 22, 2018 at 8:44 PM

    ada yg cakap best, ada pulak negatif review. pada saya okay je yg ni..
    nikkhazami recently posted…Ulasan Filem Three Billboards Outside Ebbing MissouriMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:50 PM

      Sama la
      saya rasa ok lagi setakat ini

      Reply
  12. Muka Depan says

    February 22, 2018 at 12:58 PM

    Menarik juga sim ni
    Prestasi pun nampak macam ok

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:51 PM

      Memang menarik πŸ™‚

      Reply
  13. Ibu Zaid says

    February 21, 2018 at 10:28 AM

    Unifi mobile ni kalau tak silap dulu webe kan.

    TUkar nama saja
    Ibu Zaid recently posted…Cara Menghilangkan Jerawat Batu? Ibu Mengandung & Adik Manis Wajib Cuba!My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:52 PM

      Ha ah memang webe sebelum ni

      Reply
    • Mohad says

      June 25, 2020 at 4:51 PM

      Nak tanya Unifi mobile ni guna Line apa ya ?

      Reply
  14. izwan says

    February 20, 2018 at 11:26 AM

    ada cuba daftar 5 simcard sekali gus. tapi jauh pulak nak self-pickup. masalah nak cuba telco baru ni, sama ada coverage dia stabil atau tak aje.

    dah banyak kali tukar telco, sekarang guna Digi baru ok. 4G meluas termasuk dekat highway. apa lagi kalau balik kampung di Terengganu.
    izwan recently posted…Apa Nak Buat Kalau Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya?My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:54 PM

      Digi pada saya memang ok
      cuma bergantung kepada coverage dan bajet bulanan untuk langgan data je la

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Dapatkan Video E Book Pakej Lengkap Rahsia Taufufah
Next Post: Wordless Wednesday #20

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,510)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,212)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,537)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,439)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (870)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (636)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (623)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (567)
  • Demi Sesuap Nasi (517)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO