Assalamualaikum…
Apabila sudah pun masuk ke tahun 2018 ini , mungkin ada yang merancang untuk mencari jodoh dan mendirikan rumah tangga tidak kira lelaki ataupun perempuan . Yang paling ketara sekali apabila empunya diri baik lelaki ( teruna ) mahupun perempuan (dara ) masih memegang status bujang dan umur pula semakin meningkat saban tahun dan sering ditanya atau diperli ” Soalan Cepu Emas” oleh rakan-rakan serta sedara mara terdekat . Untuk itu , usah risau lagi ….Artikel pada kali ini saya ingin cadangkan salah satu laman web cari Jodoh iaitu BaitulJannah Laman Cari Jodoh Patuh Syariah .
Laman Web Cari Jodoh BaitulJannah
Seiring dengan peredaran masa yang semakin membangun dengan pesat dengan teknologi terkini , BaitulJannah Laman Cari Jodoh Patuh Syariah menjadi medium yang teramat penting bagi merekan yang masih bujang dan sedang mencari jodoh . Jika dahulu tumpuan untuk mencari jodoh adalah seperti laman sosial seperti Facebook , Twitter dan juga Instagram serta tidak lupa juga di tempat awam seperti kenduri kahwin , masjid , dan banyak lagi . Kini ia amat mudah dengan adanya laman web BaitulJannah .
Apa yang penting di sini , bagi mereka yang serius dan sudah bersedia sepenuhnya untuk melayari alam perkahwinan , bolehlah terus mendaftar di BaitulJannah Laman Cari Jodoh Patuh Syariah .
Cara daftar Di Baituljannah
Bagi mereka yang ingin mendaftar di Baituljannah ini :-
1. Mempunyai email yang sah
2. Gambar yang sesuai untuk profil di Baitujannah
3. Nombor Telefon ( Untuk tujuan pengesahan )
4. Boleh juga daftar melalui medium media sosial seperti Facebook , Twitter , dan juga Google+
5. Mempunyai tahap kesabaran yang baik untuk menunggu senari penuh profil disahkan oleh pihak admin .
In Shaa Allah , jika semua urusan pendaftaran dan profil anda telah disahkan sepenuhnya oleh pihak admin , bolehlah meneruskan usaha untuk mencari jodoh yang sedia ada di dalam sistem Baituljannah .
Saya selitkan sekali sebuah puisi yang amat sesuai sekali untuk mereka yang sedang mencari jodoh :-
Bila nak kahwin ???
Bila nak kahwin ???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kahwin ???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kahwin ???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik gua nye kawan)
Bila nak kahwin ???
Aduuuhh…gua disoal lagi
Kahwin ??? Nak kahwin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! lu tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (gua ambil tunang @ bini lu,
baru padan muka)
Bila nak kahwin ???
Akan gua kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih bini semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD haram
Atau sesenang memakan ulam..(yummyyyyy)
Bila nak kahwin ???
Aaahhh….sungguh gua bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kahwin ???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kahwin ???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba di Baituljannah , Semoga ikhthiar dan usaha anda semua yang ikhlas dan jujur dipermudahkan urusan serta dipertemukan dengan jodoh yang sesuai nanti . Selamat mencuba 🙂
Susu says
Nama website pun kita dh tahu ke arah yg positif , dan ianya berkonsepkan islam , clean gila .. yg try nk hanky panky tu ada hard skitlah nk tembus .. pasal ada admin ?? Baik acc FREE acc BAYAR sama jek .. mmg marvellous la . tp bila ckp pasal risiko .. ermm menipu la kalau xde, lau ada pun tramatlah less sgt .. cuma bila dh terbaca satu blog di googles , yg konon nak bercerita dgn org tntg pengalaman x skolah dia , negatifkan sana sini , padahal sbnrnya bahana tu dtgnya drpd diri dia .. smpai dah kawin pun x tahu yg pasangan dia tu keje ke tidak .. kan pelik nama dia tu .. ye mmg dia nk bagi peringatan dan nasihat , tp biarlah bijak sikit .. website dh provide dh utk memantau , tugas dia harus menilai , alert dr segala aspek .. pastu ikut konsep islam kenal nikah bru bercinta , dh betullah tu .. cuma bila proses tu dia x buat bersungguh , belum kenal betul2 pastu nikah.. ha tu yg melopong tu ..smpai laki tu pun x usik sekalipun dia walaupun dh sah… nk cakap amik kesempatan yg mcm mne ek??? Diri sndiri tu yg x berfikir . dh x pasal2 negatifkan org yg nak join utk bnde yg baik ni .. mcm apa org ckp .. xkn disbbkn nila setitik , susu rosak sebelanga …so renung2kan lah .. amin
Sembah Naim Daniel says
Mujur dah kawin.. kalau tak mesti join jugak kat sana..
Anonymous says
laman web nie menipu. kata setahun boleh review calon lepas bayar RM120. tetapi saya hanya boleh review utk 2 bulan jer.
siffra says
jemput join contest seo kami juga ya 🙂
http://www.siffra.my/menangi-iphone-dengan-menyertai-siffra-seo-home-tuition-challenge
SENTIASA PANAS says
Tak cuba belum tahu kan. siapa tau laman cari jodoh mampu memberikan sesuatu keuntungan kepada semua pihak 🙂
SENTIASA PANAS recently posted…Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan
Noor hazwani says
Sy nk tunang tahun ni dulu…. Thun depan kahwin
Yoy says
Baituljannah rasanya valid n dah ramai yg jumpa jodoh di sini.
Untung zaman sekarang senang cari jodoh.
Yoy recently posted…Top 6 Makanan Halal di Bali
Ibu Zaid says
Nak tahu boleh percaya atau tak senang saja, cuba torai dulu
Ibu Zaid recently posted…Susu Kambing Wildan Untuk ibu Mengandung!
nikkhazami says
kalau niat guna website ni utk kebaikan, mana tahu betul2 dpt jodoh. haha
nikkhazami recently posted…Traveloka Fly & Win CNY Contest – Menangi Percutian ke Seoul & Phuket
Mazni Azmi says
Semoga urusan cari jodoh di permudahkan dan dapat pasangan yang serasi. Ada masalah itu biasa, yang terbaik akan selesaikan bersama.
Yang kurang serasi akan cari perbezaan dan sentiasa buat alasan.
Mazni Azmi recently posted…Shaklee YOUTH Activating Serum Putihkan Kulit Berminyak & Sensitif!