• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Tazkirah / Kisah Ku Bersama Su, Zu, As, Mag dan Is

Kisah Ku Bersama Su, Zu, As, Mag dan Is

March 24, 2017 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Salam Jumaat buat rakan-rakan dan pembaca setia blog , ok untuk minggu ni saya sediakan artikel tazkirah yang teamat mendalam maksudnya , jom sama-sama kita baca dan hayati Kisah Ku Bersama Su, Zu, As, Mag dan Is .

Aku dan Su

Su , dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi , aku betul-betul lupa, Su . Pagi tu , aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la , ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su . Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su . Zu pun lama aku tak jenguk.

Kisah ku bersama Su, Zu, As, Mag dan IsSumber gambar dari Pixabay

Aku dan Zu

Kesian Zu . ‘ Sorry ’ bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele’ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala…. kedai nasi lemak ‘power’ tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah , aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau ‘time-time’ macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

Aku dan As

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi ‘ library ’, ‘ study ’. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab
Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. ‘ Meeting ’ pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting ‘ start ’ pukul 4, harus pukul 6 baru ‘ settle ’. Tu belum kira borak-borak kosong lagi . Diaorang ni, kalau  ‘ meeting ’ tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Aku dan Mag

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. ‘ Coach ’ nak pilih pemain-pemain handal aje untuk ‘ team ’ dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak , mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.

Aku dan Is

Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,’ sorry ’. ‘ Last-last ’,semuanya aku tinggalkan.

Kawan-kawan semua , untuk pengetahuan korang , nama sebenar kawan- kawan aku tu , Su , Zu , As , Mag dan Is , masing-masing adalah Subuh , Zuhur , Asar , Maghrib dan Isyak . Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah ‘ kawan sejati ’ kita yang sebenar, yang akan “ back up ” kita di akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang tiada kaitan dengan sesiapa ini akan menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua. Amin…

(Visited 11 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. raihanah ahmad says

    March 29, 2017 at 8:46 AM

    owh ingat kawan mana tadi. semga kita jaga solat kita
    raihanah ahmad recently posted…7 Cara Resveratrol Sebagai Penawar Diabetes Kencing ManisMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 15, 2017 at 10:45 AM

      Semoga dipermudahkan segalanya di dalam solat
      Amin…

      Reply
  2. Hero Borneo says

    March 27, 2017 at 3:23 PM

    kreatif la pulak cerita nie..

    idea sendiri ka…

    bagus untuk dikongsikan dalam Facebook
    Hero Borneo recently posted…Pendaftaran Tahun Satu 2018 Sk Dato Mohd Musa Kota SamarahanMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 15, 2017 at 10:44 AM

      Terima kasih bro 🙂

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #5
Next Post: Tukar Child Theme Baru

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO