• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review Filem / Sinopsis J Revolusi

Sinopsis J Revolusi

March 20, 2017 By Wan Zawawi 14 Comments Filed Under: Review Filem

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…berkesempatan juga untuk menonton Filem J Revolusi sambil-sambil membeli barangan keperluan untuk servis laptop di Kluang Mall semalam . Sebenarnya memang teringin sangat-sangat nak tengok filem aksi J Revolusi ni , tetapi masa terllau cemburu , tapi nasib baik semalam ade peluang untuk menontonnya . Untuk pengetahuan semua , J Revolusi adalah hasil karya dari Infinitus Productions dan Grand Brilliance , filem yang diarahkan oleh Zukarnain Azhar ini dibintangi oleh Zul Ariffin ( Jay Zulkarnain ) , Izara Aishah ( Eddie ) , Nur Fazura ( Dian ) dan Farid Kamil ( Andra ) . Turut membintangi filem J Revolusi ini adalah Azad Jazmin ( Skodeng ) dan ledil Putra ( Jiman ) . Ia mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 2 mac 2017 .

Sambil tunggu spare part laptop siap packing…pusing jap terbeli tiket#JRevolusi…layan la kejap lg

A post shared by Wan Zawawi (@wanzawawi) on Mar 18, 2017 at 11:06pm PDT

Sinopsis J Revolusi

sinopsis filem J Revolusi

Filem ini berkisarkan tentang seorang ahli Unit Tinda Khas ( UTK ), Jay Zulkarnain ( lakonan Zul Ariffin ). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh . Jay Zulkarnain perlu menyelamatkan kakaknya, Dian ( lakonan Nur Fazura ) yang merupakan seorang ejen penyamaran yang telah diculik oleh seorang lelaki misteri iaitu Andra ( lakonan Farid Kamil ) yang pernah memerangkap Jay untuk satu kes pembunuhan . Jay perlu bertindak melawan masa untuk menyelamatkan kakaknya dan membongkar rahsia lelaki yang tekad menghancurkan Jay. Pelbagai konflik yang perlu diharungi oleh Jay di dalam misi menyelamatkan kakaknya .

Plot filem ini bermula dengan Jay Zulkarnain , seorang anggota Unit Tindak Khas (UTK) yang merancang dengan skuadnya untuk misi operasi penangkap dengan menggunakan virus yang dinamakan ” Antidote “. Jay dikejarkan ke hospital setelah diserang bom semasa misi menyelamat kakaknya . Apabila sedar , Jay nekad untuk menyelamatkan kakaknya yang diculik oleh Andra . Dengan kerjasama rakan sejawat iaitu Eddie dan Skodeng , Jay akhirnya dapat bersemuka dengan Andra . Kejutannya secara tiba-tiba Andra menjemput Jay untuk ke rumahnya . Jadi Jay , Eddie dan Skodeng membuat persiapan untuk bertemu Andra . Semasa Jay menyelinap masuk untuk bertemu Andra , tidak sangka Eddie ditangkap oleh rakan-rakan Andra dan di suntik virus . Suasana lebih hangat apabila Jay mengetahui Dian mula bekerjsama dengan Andra untuk membalas dendam dari konflik keluarganya . Aksi kejar-megejar di antara Jay dan Andra dikemaskan lagi dengan babak berlawan . Akhirnya Dian ditembak mati .

Komen Saya Selepas Menonton Filem J Revolusi

Pertama sekali apabila menonton filem J revolusi ini , saya amat teruja kerana filem ini mengembalikan memori dan nostalgia saya dengan filem-filem aksi lama ala-ala ” James Bond ” seperti Jefri Zain: Gerak Kilat dan Nora Zain: Ejen Wanita 001 yang diterbitkan pada 1966 dan 1967. Memandangakn sudah agak lama filem sperti ini ditayangkan , J revolusi adalah filem yang amat di nantikan oleh semua peminat filem aksi dan penyiasatan . Filem ini amat menarik kerana menonjolkan tentang kisah seorang anggota Unit Tindak Khas (UTK) Jay Zulkarnain lakonan Zul Ariffin . Ia juga diselang selikan beberapa adegan komedi oleh Skodeng lakonan Azad Jazmin agar penonton tidak jemu menghayati filem ini sehingga akhir waktu tanyangan . Babak kejar-mengejar dan berlawan juga teramat baik sekali . Secara keseluruhannya saya memberikan filem ini 10 bintang . Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog yangbelum menonton J Revolusi , bolehlah ke pawagam-pawagam berhampiran untuk menontonnya nanti .

(Visited 60 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Bioskop Online says

    January 25, 2018 at 2:11 AM

    Nice To Info . . .

    Reply
  2. Ikhwan says

    March 27, 2017 at 11:19 PM

    Tunggu hari raya nanti baru nak tengok, kalau keluar di TV hehehe
    Ikhwan recently posted…Soalan Temuduga Pembantu Penguasa KastamMy Profile

    Reply
  3. nikkhazami says

    March 23, 2017 at 11:53 AM

    ramai cakap filem ni best.
    nikkhazami recently posted…Review BOSE Soundsport Wireless dari LazadaMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 26, 2017 at 1:19 PM

      Yup..memang best sampai rasa macam nak tengok lagi je

      Reply
  4. Hafizul says

    March 22, 2017 at 12:12 PM

    Perghhhh.. Memang dah lama nak tgok ni.. mesti cari DVD ni…
    Hafizul recently posted…Roti Tempayan Cheese Tarik Terbaik Kota BharuMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 26, 2017 at 1:20 PM

      Huhu
      kalau DVD belum jual cepat-cepat cari pawagam berhampiran je bro

      Reply
  5. Azlan says

    March 22, 2017 at 10:27 AM

    wahh..teruja nak p tengok lepas baca sinopsis tuan.. 🙂
    Azlan recently posted…6 Tips Memandu Ketika Hujan LebatMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 26, 2017 at 1:21 PM

      Terima kasih bro
      Boleh la tengok di pawagam nanti 🙂

      Reply
  6. Hero Borneo says

    March 20, 2017 at 11:11 PM

    saya pulak belum sempat untuk menonton filem ini…

    banyak perkara yang menjadi penghalang..
    Hero Borneo recently posted…Persinggahan Rutin Di Pasar Balai RinginMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 26, 2017 at 1:22 PM

      Tu biasa la bro
      kalau ae masa boleh la tengok

      Reply
  7. Muka Depan says

    March 20, 2017 at 4:59 PM

    Wah…tengok sinopsis macam best je, boleh la ajak family tengok nanti
    Muka Depan recently posted…Pengubahsuaian Bajet 2016 – Najib RazakMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 26, 2017 at 1:23 PM

      Boleh je 🙂

      Reply
  8. Noriza Abdul Rahman says

    March 20, 2017 at 1:30 PM

    Wah, memang best ya cerita ni. Patutlah sana sini duk bercerita je
    Noriza Abdul Rahman recently posted…Landmark Study Suplemen Shaklee Bukan Kajian Mengarut dan ProvokasiMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 26, 2017 at 1:24 PM

      Yup..memang best sampai tak perasan dah habis

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Mengumpat Yang Diharuskan
Next Post: Bila Nak Kahwin???

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,331)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,484)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO