• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review / Buku Anak Anugerah Dan Ujian : Mengesan Kelainan Dan Rawatan Anak

Buku Anak Anugerah Dan Ujian : Mengesan Kelainan Dan Rawatan Anak

April 23, 2017 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Review

Assalamualaikum…

ANAK ANUGERAH DAN UJIAN

Mengesan Kelainan dan Rawatan Anak

Pada hari ini , saya ingin memperkenalkan satu Buku yang bertajuk ANAK ANUGERAH DAN UJIAN hasil tulisan Emycakes Lovette . Buku ini amat sesuai dijadikan panduan kepada pasangan yang akan berkahwin dan juga sudah berkahwin serta mempunyai anak . Anak merupakan anugerah yang terindah bagi setiap pasangan yang telah berkahwin kerana ia menjadi pelengkap di dalam institusi keluarga .

 Anak Anugerah Dan Ujian : Mengesan Kelainan Dan Rawatan Anak

Apa yang kita ketahui , Anak itu adalah pemberian Allah S.W.T kepada kita yang merupai satu Anugerah dan juga Amanah. Sedang Allah telah menentukan siapa diantara kita yg menjadi ibu dan bapa kepada bayi itu.. Ia menjadi satu anugerah kerana ia satu amanah yang kita pegang kepada Allah terhadap Hambanya yang diberikan kepada kita. Anak kita itu bukanlah hak milik kita yg abadi dan kita juga tidak berhak atas dirinya untuk diperhambakan malah sebaliknya, hendaklah diberikan kasih sayang, ilmu serta memimpinnya kpd kejayaan dan perlindungan ancaman bahaya dunia dan seisinya. Ini kerana Ibu Bapa adalah Wali Keramat yang teragung kepada seorang anak.

Seorang anak dapat diibaratkan bagaikan lembaran kertas yang putih , apabila si penulis menuliskan tulisan yang baik dan indah serta ia pun berhati-hati dalam menuliskan kata-kata dan ia pun tidak lupa untuk menjaga kerapihan tulisannya tersebut, maka setiap orang yang melihatnya akan merasa senang, simpatik dan senantiasa terarik untuk membaca tulisan itu lebih lanjut. Sebaliknya apabila kertas putih tersebut ditulis dengan tulisan yang tidak baik serta ditulis secara sembarangan dan terlebih lagi apabila si penulis tidak berhati-hati dalam menulis sehingga kertas yang putih itu menjadi lusuh dan kusam dengan noda tinta yang tertumpah dimana-mana, maka orang pun merasa enggan untuk melihat karena hilangnya rasa simpatik terhadap penampilannya, apalagi untuk membaca tulisan yang tertulis didalamnya. Dapat dipastikan bahwa yang pertama kali akan dinilai orang lain adalah si penulis kertas tersebut, yaitu orang tuanya.

Umpama ladang yang kosong , anak benih yang ditanam adalah hasil yang akan dituai . Tidaklah mungkin apabila kita menanam anak benih padi yang akan menghasilkan kacang ataupun jagung . Tentunya kita akan menuai hasil berupa padi , tetapi keunggulan padi tersebut belum dapat kita pastikan tanpa penanganan yang baik terhadap proses pematangan anak benih padi tersebut selama ditanam . Maka dari itu pilih dan tanamkanlah bibit yang benar-benar baik sehingga hasil yang akan kita tuai adalah padi yang benar-benar berisi dan terbaik .

Bagaimana pula jika anak itu sebagai Ujian ? Sudah tentu ia meresahkan kedua-dua ibu dan bapa nya . Tidak terdetik sedikit pun untuk meminta anaknya sebagai ujian dan terpaksa berkorban masa dan tenaga menjaga ibarat menatang minyak yang penuh . jadi di sini , E-Book atau E-Buku Anak Anugerah Dan Ujian : Mengesan Kelainan Dan Rawatan Anak mneyediakan panduan untuk ibu bapa tentang pengesanan awal kelainan anak dan juga rawatan .

Intipati Buku ANAKK ANUGERAH DAN UJIAN

Pengalaman ibu, guru, keluarga dan masyarakat yang menghadapi kekeliruan terhadap anak yang mempunyai kelainan berbanding anak normal. Anak berusia 6 tahun dan mempunyai tiga kelainan seperti SPD (Sensory Processing Disorder), Dyslexia dan ciri-ciri Autisme peringkat IQ Tinggi.

Ditambah lagi diagnos Doktor dan OT (Occoputional Theraphy) mengesahkan ada kesan traumatik atas anak ini selepas kematian mengejut bapa pada umurnya 3 tahun. Buku ini memberi pendedahan kisah benar bagaimana seorang ibu tunggal berjuang meneruskan kehidupan sehingga ciri-ciri kelainan anak tidak dapat dikesan awal kerana kesibukan mencari rezeki dan anak kelihatan membesar normal seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Buku ini juga padat dengan maklumat asas tentang kelainan ini, Apa itu SPD , Dyslexia & Mild Autisme peringkat IQ Tinggi, Tips pendidikan anak istimewa, Rawatan moden, Rawatan syifa , Tanda awal & Teknik mengesan , Gajet; Teknologi yang membantu atau merosakkan dan Punca yang menyebabkan anak kelainan upaya . Saya juga sertakan aplikasi tindakan dan contoh lembaran kerja yang saya gunakan untuk membantu anak.

Di Malaysia, buku ilmiah yang berkaitan kelainan ini sangat kurang di pasaran dan saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar bagaimana saya melalui situasi ini.

Tajuk : ANAK ANUGERAH DAN UJIAN

Cara mengesan kelainan anak Normal : Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)

1) Dari hati

2) Apa itu Sensory Processing Disorder (SPD) & Disleksia

3) Tanda Awal dan Teknik mengesan kelaianan anak

3.1. 7 tingkah laku normal yang menutup diagnosis awal SPD

3.2. Ciri-ciri atau tanda awal kelainan
3.3. Teknik mengesan kelainan anak

4) Punca anak kelainan upaya

5) Gajet : Teknologi yang membantu atau merosakkan anak.

6) Pendidikan anak Istimewa

6.1. Pendidikan Awal dari Rumah (Sistem kekeluargaan)

a)Pendidikan anak lelaki
b)Pendididikan anak perempuan

6.2. Pendidikan pra-sekolah

7) Rawatan

7.1.Rawatan moden

a)Pakar Perkembangan Kanak-kanak

b)Occupotional Therapy

c)Kelas membaca menggunakan sistem Fonik

d)Aktiviti luar : Martial Arts, Kelas renang, Menunggang kuda & memanah

e)Jenis-jenis Terapi lain

i. Terapi Visual
ii. Terapi bercakap & bahasa
iii. Terapi Fizikal
iv. Terapi Mendengar
v. Terapi Nutrisi
vi. Terapi Perceptual motor

7.2. Rawatan Syifa

a)Amalan doa
b)Terapi mendengar ayat suci Al-Quran
c)Terapi menghafaz Al-Quran

7.3. Rawatan tambahan di rumah

a)Tips membantu anak memaksimakan kebolehan.
b)Aktiviti harian yang membantu meningkatkan potensi anak

7.4.Senarai Occoputional Terapi di Negeri Johor

8)Rumusan dan Penutup

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan naskah E-Book Anak Anugerah Dan Ujian : Mengesan Kelainan Dan Rawatan Anak ini , bolehlah klik di http://bit.ly/AnakAnugerahDanUjian

(Visited 37 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. raihanah ahmad says

    April 25, 2017 at 9:08 AM

    elok tahu awal supaya boleh cepat dapat rawatan. ebook ni sangat membantu
    raihanah ahmad recently posted…Shaklee dan Diabetes: Apa Anda Perlu TahuMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      May 15, 2017 at 12:15 PM

      Betul tu
      Jom dapatklan segera ebook ni

      Reply
  2. zool says

    April 24, 2017 at 9:54 PM

    Macam best je tu..
    nak kena baca tu
    zool recently posted…Selesai Majlis Lawatan Perdana Menteri ke PPR TehelMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      May 15, 2017 at 12:16 PM

      Tu la , mesti wajib baca untuk ilmu

      Reply
  3. maszull says

    April 23, 2017 at 11:32 PM

    assalamualaikum wazy… e-book yg bagus n baik sekali…
    maszull recently posted…LAYAN BOLA LAYAN ANUGERAH MELETOPMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      May 15, 2017 at 12:18 PM

      Waalaikummussalam…
      Memang bagus untuk bakal ibu bapa dan ibu bapa untuk pemantaun anak-anak

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: LeVea Susu Kambing Baik Untuk Kesihatan Seisi Keluarga
Next Post: Wordless Wednesday #8

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO