Isi Kandungan
Assalamualaikum…
Jika kita perhatikan , Trend kehidupan pada masa kini , selain mempunyai simpanan di bank serta sedikit saham seperti di Amanah Saham Nasional atau Amanah Saham Berhad , Caruman bulanan Di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) , anda juga wajib memiliki Takaful dan Medical Card atau dalam Bahasa Malaysia Kad Perubatan sebagai Sumber Pendapatan Kedua . Ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan jka berlaku hal-hal yang tidak dijangka seperti kemalangan di jalan raya atau di tempat kerja dan paling menakutkan sekali apabila anda menghidapi sakit dan terpaksa di masukkan ke wad hospital untuk tempoh yang lama . Ia bertindak sebagai ” Backup ” untuk membiayai kos-kos yang diperlukan apabila berlaku hal-hal tersebut nanti .
Adakah anda benar-benar memahami apakah Perlindungan Takaful ? Adakah pelan yang anda miliki benar-benar melindungi dan menjamin masa depan anda ? Juga, adakah anda tahu apakah sebenarnya perlindungan yang anda miliki itu ?Sebenarnya, didapati masih ramai rakyat Malaysia belum benar-benar faham mengapa perlunya perlindungan dan apakah perlindungan yang dimiliki itu ?
Sumber gambar dari Pixabay
Pada Zaman ini , kalau tiada Takaful , Rumah sendiri pun boleh tergadai , gara-gara kos ubat-ubatan dan rawatan di hospital yang tak masuk akal . Persoalannya… Kenapa jadi macam ni ? Anda sendiri tahu. Kalau kita yang masih hidup ini pun masih huru hara nak cari duit tunai untuk meneruskan kehidupan , pernah terfikir tak macam mana pula kehidupan waris atau insan yang kita sayang utk teruskan kehidupan mereka selepas kita tiada di dunia ini ?
Selain itu, saya percaya mungkin ada di antara anda tertanya-tanya adakah:
1) Takaful ni betul-betul penting ke ? Kalau takde takpe ke ?
2) Hmmm… bagus ke letak duit kat takaful ? Baik saya laburkan ke tempat lain aje..
3) Takaful ni produk untuk orang sakit je kan ? Kalau saya sihat sampai ke tua macam mana ?
4) Kalaulah saya memiliki produk Takaful, apa yang saya patut ada dan banyak mana ?
5) Tak kan lah Takaful ni semuanya bagus, mesti ada kelemahan jugak kan ?
6) Bagaimana kalau konsultan saya buat hal? Siapa yang saya nak rujuk ?
7) Dan bermacam-macam lagi…
Semua persoalan di atas akan terjawab apabila anda betul-betul memahami semua yang berkaitan Insurans , Takaful dan Medical Card ini .
Sebelum itu , saya sertakan serba sedikit mengenai maksud Insurans , Takaful dan Medical card / Kad Perubatan supaya para pembaca lebih faham nanti :-
Maksud Insurans
Insurans bermaksud pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.
Contoh Insurans :
Insurans perubatan
Insurans empunya Rumah
Insurans kenderaan
Insurans Perjalanan
Insurans Kemalangan Diri
Maksud Takaful
Maksud Takaful pula adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan ( Tabarru ), anda memeterai kontrak ( Aqad ) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain , sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
Contoh takaful :
Takaful berkaitan pelaburan
Takaful Motor
Takaful Perubatan dan kesihatan
Takaful kemalangan Diri
Takaful Empunya Rumah
Takaful Keluarga
Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh , pemegang polisi ( anda ) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.
Maksud Medical Card atau Kad Perubatan
Medical Card atau Kad Perubatan adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital SWASTA secara TANPA TUNAI dengan syarat anda membayar premium.
Takaful Dan Medical Card / Kad Perubatan Dari Zurich Takaful
MENGAPA MEMBAYAR LEBIH UNTUK KAD PERUBATAN ?
Di mana pilihan anda ?
Dengan mengambil keputusan untuk memiliki kad perubatan , ramai yang telah membuat penjimatan setiap bulan
- Serendah RM 86.67 untuk dewasa kemudian nikmati diskaun 20% jika tiada tuntutan..baru lah best!??
- Serendah RM 56.88 untuk kanak-kanak kemudian nikmati diskaun 20% jika tiada tuntutan..baru lah best??
- Sebanyak 105 hospital di seluruh negara termasuk hospital PAKAR PUTERI,KPJ,COLUMBIA ASIA,KEMPAS MEDICAL di JOHOR BAHRU
- Kadar bilik RM 250.00 sehari . ( Single Room di Hospital KPJ )
- Tiada had rawatan kanser & dialisis buah pinggang
- Tiada had seumur hidup ( UNLIMITED COVERAGE )
- Tiada had rawatan pesakit luar kes kemalangan
- Rawatan untuk penyakit dan kemalangan termasuk penyakit kritikal tahap awal (CARCINOMA IN SITU )
- Pembaharuan di jamin sehingga umur 80 tahun
- Khairat kematian sebanyak RM 5000
Persoalan sekarang, apa yang anda FAHAM tentang Takaful ? Jika masih pening boleh minta wakil kami terangkan
SIAPA LAYAK MEMOHON ?
- Surirumah dan Pelajar
- Kerja sendiri atau Peniaga online
- Blacklisted yang di CTOS/CCRIS
- Penduduk tetap ( Kad pengenalan merah)
- Usahawan muda dan otai
Cuma perlukan:
- Nama
- Tarikh Lahir
- Lokasi
** Wakil dari lokasi berhampiran akan hubungi anda
TIDAK PERLU:
- slip gaji
- penyata KWSP
- penyata bank
- apa-apa lagi dokumen lain yang MERUMITKAN.
Segala kos perubatan yang ditanggung sepenuhnya akan memberikan anda ketenangan fikiran untuk tumpuan yang lebih kepada kesihatan diri dan melindungi duit simpanan anda untuk membayar bill sebaliknya biarkan kad perubatan anda yang membayarnya .
Untuk pengetahuan semua , TAKAFUL bukan sekadar MEDICALCARD.. malah lebih lagi, iaitu :-
1) Kasih Sayang Terhadap Keluarga
2) Tabung Persaraan
3) Pelepasan Cukai
4) Terselamat Dari Pemiutang
5) Status Kehidupan yang Bijak
6) Malang Tidak Berbau
7) Kos Kematian/Pengebumian
8) Perlindungan Rawatan Percuma
9) Pekerjaan Berbahaya
10) Tabung Pendidikan
11) Tabung Peniagaan
12) Sumbangan Derma / waqaf Anak Yatim / pesakit
13) Penguasaan Terhadap Wasi/Pewaris
14) Sebiji Telur Setiap Bakul
15) Permulaan Menabung Dengan Baik
16) Untuk Orang Penting / Keyperson
17) Manfaat Pekerjaan Terpenting
18) Perjanjian Jualbeli Syarikat Perkongsian
19) Sementara Masih Sihat
20) Sementara Masa Masih Ada
21) Sementara Masih Muda
22) Kaya Sebelum Miskin (Bergaji sebelum dibuang)
23) Cagaran Pinjaman
24) Mati Tidak Membebenkan Waris / Balu
25) Kenapa Mati Percuma
26) Mahu Takaful Bekerja Untuknya
27) Baru Lulus Ujian Memandu
28) Pelengkap Sebuah Pekerjaan
29) Menambah Harta
30) Faedah Istimewa
31) Ingin Mencapai Impian
dan banyak lagi…
dan syaratnya 5 perkara sebelum 5 perkara
Jadi sekarang….Yang mana 1 anda perlukan ?
Saya sudah..Anda dan anda lagi ?
Contoh Produk
Kemaskini 11 November 2018
*** Untuk makluman semua , harga yang terdapat di dalam gambar tersebut adalah harga sebelum 8 Oktober 2018 . Selepas tarikh ini harga medikalkad sudah berbeza
Apa Yang Lebih Penting ialah..Kita Perlu Tukarkan Semua Insurans Konvensional Yang Kita Miliki Kepada Takaful Sekarang Juga.Dengan adanya TAKAFUL pada masa kini, orang yang beragama islam wajib untuk mengambil TAKAFUL berbanding INSURANS kerana cara pengurusan TAKAFUL berasaskan syariah.
Terpulang kepada Anda untuk menjadikan syarikat takaful mana untuk melindungi diri anda..asalkan bukan insuran konvensional . Memiliki takaful merupakan sesuatu yang perlu untuk melindungi diri anda & keluarga, andai anda ditimpa musibah pada saat2 yang terdesak dan memerlukan. Seperti kata pepatah “ SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN ” .
Jika anda berminat ( Terutama kepada yang tinggal di Johor Bharu khususnya ) , boleh membuat temujanji untuk mendapatkan khidmat nasihat dan Quotation sila Call / SMS atau Whatsapp konsultan terlatih Zurich Takaful Malaysia merangkap kawan lama saya :
Isnul Hisham : 017 7199796
Facebook Page : https://www.facebook.com/medicalcardunlimit/
Laman Web utama : https://www.zurich.com.my/
Sumber Rujukan :
http://www.insuranceinfo.com.my/learn_the_basics/insurance_made_clear.php?intPrefLangID=2
http://www.mytakafulmymedical.com/infotakaful/apa-itu-takaful-perbezaan-takaful-vs-insurans/
http://takafulmedicalcard.weebly.com/panduan/panduan-memilih-pelan-takaful-di-malaysia-2014
http://azizulwmc.com/2017/01/18/medical-card-komprehensif-caruman-bulanan-lebih-murah-zurich-takaful/
P/S : Lelaki sejati tidak memerlukan ” Wax ” atau ” Pomade ” untuk menjadi ” Hot ” di mata wanita..sebaliknya cukuplah dengan plan ” Income Replacement ” itu yang akan menjadikan keterampilan dan keyakinan pasangan terhadap anda menjadi tinggi .
Kays says
Assalamualaikum.. Nk tya.. Jika ada membuat rawatan spt ambil darah dan diberi ubat (berbayar) dan rawatan susulan ( dimana ubat yg diberikan turut berbayar) bleh kah dibuat tuntutan semula (claim)
0179576141
ayu says
bagaimana sekiranya tak pernah buat tuntutan sehingga polisi tamat? caruman tu burn ke camne?
isnul hisam 0177199796 says
perlu bawa polisi tersebut ke syarikat insuran/takaful. anda boleh rujuk staf mereka. biasanya jika plan tersebut adalah plan berserta simpanan atau perlaburan maka anda boleh tuntut wang simpanan dan bonus nya sekali jika ada. terima kasih
Eita Pengedar Vivix Shaklee says
saya baca sampai habis.. sebiji2 hihi.. memang tgh cari insuran apa yg bagus ni… tq infonya bro…
isnul hisam 0177199796 says
Terima Kasih puan
Raine says
Assalamualaikum,
Bro. Zawawi, ada tak agen sepenuh masa tak area KL/Gombak/Selayang – yang buat urusan Zurich Takaful ni (preferable agen wanita atau suami isteri agen sepenuh masa) ..Boleh bagi contact no.?
Wan Zawawi says
Waalaikumussalam…
Boleh contact je nombor kawans aya seperti di dalam entri ni
isnul hisam 0177199796 says
Terima kasih geng.. Saya juga berkhidmat di kawasan Lembah Klang
Noriza Abdul Rahman says
Eh murah lah rate bayaran takaful ni
Noriza Abdul Rahman recently posted…Percutian Impian dengan Menaiki Western Mediterranean Cruise
Wan Zawawi says
Memang murah
Sebab itu saya share kepada semua 🙂
maszull says
assalamualaikum wazy…perkongsian info yang baik dan menarik…
maszull recently posted…SINGGAH PASARAYA MASLEE
Wan Zawawi says
Waalaikumsalam
Terima kasih
semoga ianya bermanfaat kepada kita semua
maszull says
assalamualaikum wazy….menarik n perkongsian yg bagus…
Wan Zawawi says
Waalaikumsalam
terima kasih 🙂
raihanah ahmad says
banyak jga benefit
raihanah ahmad recently posted…Makanan Perlu Dielakkan Pesakit Dialisis Buah Pinggang Kronik
Wan Zawawi says
tahu tak apa
boleh la cuba nanti
mrhanafi says
saya suka artikel ini…
takaful adalah satu bentuk kerjasama sesama ahli untuk membantu ahli yang ditimpa musibah..
bagus..
tuan admin ambil keputusan yang tepat
mrhanafi recently posted…Mencari Rezeki Melalui Google Adsense
Wan Zawawi says
Terima kasih bro
Blog bro pun beri saya insiprasi untuk memilih takaful ini
Suriya Majid says
memang penting untuk ambil insurans zaman ini. sebaiknya kalau yang beragama islam ambillah takaful, barulah halal gitu.
Suriya Majid recently posted…Turunkan Bacaan Creatinine 21 Hari, Dari 1189 ke 558
Wan Zawawi says
tepat sekali
sekarang sudah ramai beralih ke takaful
Mohd Aswad says
Takaful sememangnya berbeza dari insurans.. dan apa yang ditawarkan oleh takaful itu lebih baik dari insurans..
jadi sama2 la kita ambil takaful dari insurans yang banyak sumber meragukan..
Wan Zawawi says
Betul tu bro
Dengan memilih takaful ia akan lebih terjamin
Tengkubutang says
Nice sharing.. thank you
Wan Zawawi says
sama-sama 🙂
Mohd Zarudin Ab Razak says
Nak Bertanya.Saya pemegang polisi hayat Zurich Insuran dibawah invesment Link.boleh ke saya nak shift ke Zurich Takaful.jika boleh sila beri contact no salah sorang agen tuan diKL sekitar Selayang or Gombak
isnul hisam 0177199796 says
Boleh… Tuan wasap saya http://www.wasap.my/60177199796