• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Dunia Kereta / Senggara Enjin Kenderaan Anda Apabila….

Senggara Enjin Kenderaan Anda Apabila….

June 1, 2017 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Dunia Kereta

Isi Kandungan

  • Senggara Enjin Kenderaan Anda Apabila….
  • Menukar Minyak Enjin
  • Menukar penapis minyak enjin ( Oil Filter )
  • Menukar Penapis Udara ( Air Filter )
  • Menukar Tali Sawat Injap ( Timing Belt )
  • Melaraskan kelegaan injap masukan dan injap ekzos ( Inlet dan Exhaust Valve)

Assalamualaikum…

Semakin ramai di kalangan pengguna sama ada wanita atau lelaki yang memandu sendiri kenderaan sama ada ke tempat kerja atau untuk urusan harian seperti menghantar anak ke sekolah. Satu hal yang perlu diambil berat bagi yang memiliki kereta sendiri ialah menyelia dan menyenggaranya supaya ia sentiasa berkeadaan baik. la perlu dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kereta selamat digunakan.

senggara enjinSumber gambar dari Google

Kebiasaanya , buku jadual senggaraan disertakan apabila seseorang membeli kereta. Jadi pada kali ini , saya akan membawa anda mengikuti peraturan senggaraan sistem utama sesebuah kereta iaitu enjin. Enjin memainkan peranan untuk menukarkan kuasa haba kepada kuasa mekanikal.

Senggara Enjin Kenderaan Anda Apabila….

Perkara-perkara yang perlu disenggarakan pada bahagian enjin ialah:

  • Menukar minyak enjin
  • Menukar penapis minyak enjin
  • Menukar penapis udara
  • Menukar tali sawat injap
  • Melaras tali sawat
  • Enjin coolant ( Air Radiator )
  • Melaras kelegaan injap ( Valve Clearance )
  • Sambungan paip dan hose radiator
  • Pemegang enjin ( Engine Mounting )

Terdapat beberapa sub-sistem pada enjin kereta:

  • Sistem penyejukan ( Cooling System )
  • Sistem pelinciran ( Lubrication System )
  • Sistem bahan api ( Fuel System )
  • Sistem nyala ( Ignition System )
  • Sistem mekanisme injap ( Valve Mechanism System )
  • Sistem pemula ( Starting System ).

Enjin perlu disenggara mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar enjin agar ia boleh beroperasi dengan sempurna. Perkara asas senggaraan pada sesebuah enjin adalah:

Menukar Minyak Enjin

Penukaran Minyak Enjin ( orang panggil ‘ Minyak Hitam ’ ) dibuat setiap 5000 km atau tiga bulan atau yang mana sampai dahulu . Jarak dan bulan penukaran ini tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan dan ia juga bergantung kepada keadaan atau tempat di mana kenderaan itu digunakan serta mutu minyak yang dipakai.

Dapatkan V1 FUEL BOOSTER dan V1 OIL ADDITIVE untuk penjagaan maksimum kenderaan dan kereta kesayangan anda

Menukar penapis minyak enjin ( Oil Filter )

Penapis Minyak Enjin kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan adalah tulen dan mengikut

Menukar Penapis Udara ( Air Filter )

Penapis Udara kebiasannya ia akan diperiksa pada setiap 10,000 km atau enam bulan atau yang mana dahulu . Keadaan penapis itu akan menentukan sama ada ia perlu ditukar atau dibersihkan. Menggunakan penapis udara yang kotor atau tersumbat boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi dan ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada piston dan jara (dinding silinder). Pastikan penapis yang ditukar adalah tulen dan mengikut spesifikasi.

Menukar Tali Sawat Injap ( Timing Belt )

Penukaran Tali Sawat Injap ini dibuat pada setiap 100,000 km perjalanan. Kegagalan untuk menukarnya boleh mengakibatkan ia putus dan akan memudaratkan mekanisme injap dan juga Piston atau Omboh .

Melaraskan kelegaan injap masukan dan injap ekzos ( Inlet dan Exhaust Valve)

Pelarasan ini hanya akan dibuat:

1. Selepas rombakan
2. Apabila bunyi terialu bising.

Melaras tali sawat

3. Apabila menggantikan tali sawat yang lama
4. Setelah perkakas yang dipacu herubah dari kedudukan asal
5. Berbunyi.

Untuk pelbagai tips yang lebih berkesan lagi , bolehlah ke sini

P/S : Akhir kata….Menjelang musim perayaan ini , saya sarankan kepada semua akan-rakan blogger dan pembaca setia , hantar ke Pusat Servis atau bengkel untuk senggara kenderaan kesayangan anda sebelum bercuti pulang ke kampung halaman .

(Visited 67 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Mus says

    June 12, 2017 at 11:15 AM

    bab servis kereta ni sinonim dengan kerja lelaki.. isteri pun kena ajar juga bab kerta ni…
    Mus recently posted…Bantuan Kerajaan RM500 Yang Diselamatkan NilainyaMy Profile

    Reply
  2. Ikhwan says

    June 5, 2017 at 6:14 AM

    Baru teringat, belum tukar minyak hitam kereta lagi ni…
    Ikhwan recently posted…Apa Erti Sebenar Bersara?My Profile

    Reply
  3. zik says

    June 3, 2017 at 5:06 PM

    nak kena sedia.. ini memang sangat penting bila nak balik kampung,,
    zik recently posted…Bonus rm 500 kakitangan awam dan rm250 pesara 9jun 2017 !!My Profile

    Reply
  4. titan says

    June 3, 2017 at 4:29 AM

    selalu aku servis lepas dah sampai banting.

    kat banting je aku wat servis even sejak aku kahwin nih.

    haha..
    titan recently posted…GogoPrint – Murah tetapi Berkualiti TinggiMy Profile

    Reply
  5. Anuar says

    June 1, 2017 at 12:35 PM

    Terima kasih di atas perkongsian info…
    Waktu bulan Ramadhan dan Hari Raya ni pastinya kita kerap memandu…
    Jadi, kena service kenderaan, bila sudah sampai masanya..
    Anuar recently posted…Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataanMy Profile

    Reply
  6. rujukan says

    June 1, 2017 at 11:27 AM

    engin kereta aku bunyi masa buka aircond, rasanya ada benda x kenalah tuh, aduii duit lagi
    rujukan recently posted…Update Terkini Komisen Involve Asia Mei 2017My Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #10
Next Post: Teman

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,579)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,480)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,665)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,523)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (933)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (807)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (712)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (699)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (602)
  • Demi Sesuap Nasi (562)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO