• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / 17.7.17

17.7.17

July 17, 2017 By Wan Zawawi 10 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

17.7.17

Wahh…Tarikh pada hari ini amat menarik bukan ? Hari Isnin 17 Julai 2017 ( 17.7.17 ) bersamaan 23 Syawal 1438 Hijrah ( bulan Syawal pun sudah hampir sampai ke penghujungnya…walaupun ramai yang masih berada di dalam mood beraya..hehehehe ) . Sudah tentu ramai yang pasang azam yang lebih mendalam lagi untuk kerja keras di dalam bidang masing -masing untuk sampai ke garisan penamat yang terbaik . Tidak kira apa jua pun bidang pekerjaan yang kita ceburi , yang penting kita perlu memasang niat yang baik serta ikhlas , jujur dan amanah di dalam melakukan tugasan tersebut .

17.7.17Sumber Gambar dari PixaBay

Sama juga seperti saya merangkap Blogger dan pekerja yang tidak seberapa ini hehehehe…Semenjak Insiden Sakit Mata La Pulak… , Alhamdulillah pada hari ini genap juga seminggu bekerja di department lain . Walaupun kerjanya amat berat serta mencabar fizikal dan mental , Saya tetap harungi bebanan kerja tersebut dengan baik . Maklumlah bila bekerja makan gaji ni , kena la ikut arahan orang atasan ye tak ? lain lah kalau kita berada di dalam Golongan  ” Have – Have ” dan ” Good – Good “ tak perlu bertungkus lumus dan bersusah payah bekerja siang dan malam . Duduk sambil melayari facebook semasa bekerja pun cukup bulan dapat gaji…tapi gaji buta la  .  Apa-apa pun saya tetap bersyukur dengan kerja dan tugasan yang diberi ini .

Warisan : Anak kecil Main Api :

Sambil-sambil menaip entri ni , sempat juga mendengar lagu Warisan ( Anak kecil Main Api ) , dengan secara automatiknya , semangat untuk menharungi hari-harti yang mendatang semakin berkobar-kobar . Kalau ada para pembaca dan kawan-kawan blogger yang tak pernah mendengar lagu ini , saya sertakan sekali liriknya di bawah :-

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara (3X)

Untuk video dan lirik penuhnya bolehlah klik di sini

Untuk pengetahuan semua , Lagu Warisan : Anak Kecil Main Api merupakan lirik dan lagu ciptaan bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara Tan Sri Nordin bin Kadri ini memang menangkap jiwa sanubari anak watan yang cintakan agama, bangsa dan tanahairnya. Saya ambil sumbernya di sini . Teringat pula kenangan semasa menyertai Kursus Biro Tatanegara pada tahun 2002 . Memang wajib nyayikan lagu ni semasa perhimpunan . Semoga ianya menjadi panduan kita besama di dalam mengharungi cabaran-cabaran yang mendatang .

P/S : dah lama rasanya tak membalas komen-komen dalam blog dan Blogwalking ke blog rakan-rakan blogger 🙂

P/S/S : Mood naikkan semula semangat yang down dalam blogging

(Visited 128 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. SayaBlogger says

    July 20, 2017 at 11:04 PM

    Tapi kadang tarikh cantik ni menakutkan jugak… macam 10.10.10, sejam setengah saya tesangkut jem kat highway plus masa yang ada bas eksiden sampai masuk ke arah bertentangan tu
    SayaBlogger recently posted…income dari blogMy Profile

    Reply
  2. Mohd Rasul says

    July 20, 2017 at 12:10 PM

    memang cantik tarikh ni. untung siapa yang sambut harijadi tarikh ni
    Mohd Rasul recently posted…Hotel Review: Pullman Putrajaya LakesideMy Profile

    Reply
  3. zool says

    July 19, 2017 at 11:44 AM

    Tarikh cantik.hati pun mesti cantik..
    erk.. komen lambat 2 hari
    zool recently posted…Larian Green Run 2.0 , Basuh Kereta dengan Anak, Buat Video Conferencing, Majlis RMM Taman Krubong PermaiMy Profile

    Reply
  4. Mama Hakim says

    July 18, 2017 at 2:32 PM

    Ada peringatan mendalam juga dalam lirik lagu ni

    Bagus untuk ambil peringatan

    Dan tak terlalu ekstrem

    Orang berjaya ni buruk macam mana keadaan pun

    Akan selalu ambil positif
    Mama Hakim recently posted…9 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Kencing ManisMy Profile

    Reply
  5. raihanah says

    July 18, 2017 at 8:31 AM

    nasib baik saya terlepas daripada program BTN. hihi
    raihanah recently posted…7 Manfaat Kesihatan QuercetinMy Profile

    Reply
  6. noor aziana mohd salleh says

    July 18, 2017 at 5:56 AM

    semalam dah petang baru perasan tarikh cantik ni tau.. tu pun sebab nampak orang tulis dalam FB. hehe
    noor aziana mohd salleh recently posted…5 Patent Vivix Yang Perlu Diketahui Sebagai Bukti Hak Eksklusif ShakleeMy Profile

    Reply
  7. siti hazreen says

    July 17, 2017 at 11:21 PM

    teringat masa BTN, hari-hari nyanyi lagu warisan…semangat!!
    siti hazreen recently posted…Program Pengajian Sarjana Semasa Cuti Sekolah di UPSIMy Profile

    Reply
  8. mrhanafi says

    July 17, 2017 at 9:58 PM

    baru perasaaan tarikh cantik..

    bagus untuk nikah atau bertunang nie..

    atau jatuh cinta dengan awek

    tarikh misteri 17717
    mrhanafi recently posted…Stori Motivasi Dari Irfan KhairiMy Profile

    Reply
  9. Anuar says

    July 17, 2017 at 4:43 PM

    Caktik betul tarikh hari ni…
    Saya juga turut sukakannya…
    Anuar recently posted…Kod Kupon Syawal Untuk Seminar Google AdwordsMy Profile

    Reply
  10. Uyul Rosli says

    July 17, 2017 at 2:13 PM

    aah laaa baru perasan tarikh hari nih cantik

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #11
Next Post: Tazkirah Bersedekah

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,320)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,584)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,472)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO