Assalamualaikum…
Wahhh…lama juga berhabuk blog ni , hehehe maklumlah sibuk dengan Hari Raya Aidil Fitri dan cuti raya . Mesti ramai yang menanti dengan sabar kemaskini terbaru dari blog ini kan ? Rilek brader…rileks brader…ok hari ni memang sudah ada kemaskini terbaru la . Jadi jangan lupa baca komen dan share ke media sosial seperti facebook dan Twitter ok 🙂 . Memandangkan hari ini sudah pun masuk ke bulan Julai , sudah tentu kena rancang semula untuk kemaskini blog ini supaya trafik dan pelawat ke blog tidak ke laut nanti .
Sumber gambar dari Pixabay
Fokus Kepada Blog
Sepanjang menghabiskan masa dengan percutian dan Mood hari raya ini , memang terasa dan terkena Sindrom Writer Block tahap kritikal , tetapi sebagai ” Blogger Kental ” dan ” Blogger Baru Bangun Tidur ” saya sudah bersiap sedia dengan strategi untuk terus membuat kemaskini walaupun pada masa-masa tertentu sibuk dengan kerja hakiki dan kerja separuh masa . Apa-apa pun sebagai Blogger ni , kita tidak boleh biarkan terlalu lama blog bersawang dan tiada kemaskini yang terbaru .
Fokus Di Dalam Kerja Hakiki
Oh ye , sebelum terlupa , semenjak bekerja selepas bercuti raya 4 hari lepas , banyak juga kerja yang perlu disiapkan . Maklumlah kerja makan gaji ni memang kejar target je . Tapi kadang-kadang tu masih terasa juga mood raya ni , macam kata kawan-kawan dalam kilang tu , Jasad je di tempat kerja , tapi hati di rumah beraya ..hahahahaha nak tergelak pun ada bila difikirkan balik . Bermula Julai ni mungkin sibuk sedikit sebab kena rajin-rajin kerja lebih masa .
Fokus Di Dalam Kerja Separuh Masa atau Part Time
In Shaa Allah , sambil-sambil memberi tumpuan di dalam kerja hakiki , saya juga perlu fokuskan juga terhadap kerja Separuh Masa atau Part Time yang sedia ada tidak kira mengambil upah membina laman web ataupun servis komputer dan juga laptop . paling tidak pun , tiada la bosan kalau hari cuti nanti kan ? 🙂 . selagi mempunyai keringat , selagi itulah kita tekan pedal hingga ke garisan terakhir .
Wuishh…dah nak masuk kerja juga ni , hehehe sampai bertemu lagi pada kemaskini yang akan datang ye .
Mazni Azmi says
Nampaknya masuk raya pun ramai yang cuti berb blog
Sebab sibuk dengan kerja dan rumah terbuka
Belang Tarung says
cuti panjang kalau nk masuk kerja balik akan jagi agak lemau…bagi saya saya gelarkan keadaan ini dgn ‘holiday lag’ haha
Belang Tarung recently posted…Ikan, Sotong, Udang Celup Tepung Pantai Penarik Terengganu Perhentian Rawat dan Rehat (RNR) Jalan Pantai
Azwan says
Semoga momentum blogging lepas raya semakin padu…
Azwan recently posted…Kenapa [Negeri Anda] … ? Ketahui apa pendapat Google Malaysia tentang negeri kelahiran anda.
anuar says
Selamat kembali bekerja bro…
Saya masih lagi menghabiskan baki cuti raya yang ada..
anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
Nona says
Setuju !
Jangan biar blog bersawang ~
Anyway, Selamat Hari Raya !
Strategi apa tu.. ehhehe
tukangmasak says
Ada yang ambil cuti seminggu. Jadi cuti tahun kena potong. Ada yang memang diberi cuti seminggu. Yang ini untung sikit, cuti panjang tapi cuti tahun masih ada.
tukangmasak recently posted…SAFA Bakery & Café Menawarkan Aneka Biskut Raya Hasil Tangan Bukan Mesin!
ahmadyani says
Ramai yang tidak update blog bulan puasa ni. Alasannya letih perut. Idea pun semput. Kalau diikutkan ramadan paling banyak idea. Dengan cerita letihnya, bazarnya, tarawikhnya dan macam-macam….
ahmadyani recently posted…Pengusaha Sambal Hitam Pahang Popular Di Terengganu