• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Tazkirah / Tazkirah Bersedekah

Tazkirah Bersedekah

July 21, 2017 By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Salam Jumaat buat semua muslimin dan muslimat terutama juga kepada para pembaca setia blog ini dan tidak lupa rakan-rakan blogger . Sempena hari Jumaat yang penuh Barakah ini , saya ingin kongsikan satu tazkirah yang saya jumpa di Media Sosial . Sempat juga ” Share ” di Page Wazy Network kelmarin ( Dah LIKE ke ? kalau belum ..boleh la LIKE terus ye 🙂  . Hari ini saya kongsikan di blog ini . Mohon baca dan kongsikan kepada semua rakan-rakan dan juga kenalan .

Assalamualaikum Warahmatulallahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi Semua 🙂

Jom sama-sama kita hayati Tazkirah pagi ini :-

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?

Adakah solat ?? Baca Quran ? Selawat ? Sedekah ? Atau puasa ?

Mari kita baca jawapannya…

————————————————————————————————————————————

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh ( Al Imam Jalaluddin As-Suyuti )

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Bersedekah

bersedekah

Satu

Sebagaimana firman Allah,

“…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah…..”

(surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata

“supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dpt solat” atau “supaya aku dpt berpuasa”?

Seorang ulama berkata,

“Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya..”

Dua

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu’min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Tiga

Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Empat

Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Lima

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

Enam

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah ?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

2. Sedekah adalah sebaikbaik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

14. Org yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.

*** Dan sebaik-baik sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej atau pesanan ini dengan niat bersedekah…Amin…

(Visited 43 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. ira says

    August 7, 2017 at 9:49 AM

    manusia tak nampak kebaikan bersedekah ni. kalau nampak mesti tiada orang miskin kat dunia ni sebab semua nak berebut-rebut tambah pahala dengan bersedekah.
    ira recently posted…Pameran Artifak Asli Rasulullah Saw Meruntun JiwaMy Profile

    Reply
  2. Paahjais says

    August 2, 2017 at 11:31 PM

    Sedekah tidak akan pernah mengurangkan apa yang ada malah membanyakkan lagi… Berlipat kali ganda… Tapi hati mesti ikhlas… In shaa Allah… Allah akan balas kebaikan kita setimpalnya… Tq perkongsian…

    Reply
  3. Rozak says

    July 27, 2017 at 5:25 PM

    Apa kabar bro… lama tak nampak status di fb.
    Rozak recently posted…PANDUAN ASAS SEO ON-PAGE DAN OFF-PAGE SEOMy Profile

    Reply
  4. Belang Tarung says

    July 26, 2017 at 10:00 AM

    pahala akhirat kita tak nampak tu sukar utk buat kebajikan..kalau nampak macam analytic google ke atau penyata bank mesti ramai berlumba nak berkebajikan..tak gitu ?
    Belang Tarung recently posted…Langkawi Island Hopping Pengalaman Jelajah Destinasi Lagenda dan Sejarah LangkawiMy Profile

    Reply
  5. Khairul Zamri says

    July 26, 2017 at 6:16 AM

    Besar hikmah dan kebaikan sedekah ni walaupun kita tak nampak pada hari ini
    Khairul Zamri recently posted…5 Ways to Become an Online Shopping Pro in MalaysiaMy Profile

    Reply
  6. Anuar says

    July 24, 2017 at 3:57 PM

    Terima kasih di atas perkongsian info… semoga dengan amal jariah yang kita lakukan dapat menjadi saham akhirat untuk kita di akhirat nanti..
    Anuar recently posted…Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang ChefMy Profile

    Reply
  7. Mazni Azmi says

    July 21, 2017 at 9:33 AM

    Hari ni hari jumaat

    Kalau orang lelaki pergi masjid nak solat jumaat tu eloklah sparekan duit masuk dalam tabung masjid

    Infak ke jalan Allah swt

    Bukan kah orang yang bersedekah takkan jatuh miskin

    Yakin lah Allah swt akan berikan yang lebih baik atas semua harta yang kita keluarkan
    Mazni Azmi recently posted…Vitalea Shaklee 19 Kebaikan Untuk Ibu MengandungMy Profile

    Reply
  8. Mama Hakim says

    July 21, 2017 at 9:27 AM

    Sedekah ni boleh jadi pahala yang berterusan dan mendatangkan manfaat

    Masih ingat lagi

    ada 3 jenis amalan yang tak terputus lepas kita mati

    Sedekah jariah

    Ilmu bermanfaat (pun sejenis sedekah)

    Doa anak yang soleh solehah (Dulu kita keluarkan nafkah dan ajar mereka ilmu pun dikira sedekah kan)

    Jadi memang tak hairan kenapa orang dah mati nak hidup semula untuk sedekah
    Mama Hakim recently posted…9 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Kencing ManisMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: 17.7.17
Next Post: DIDI THE CAT CHARITY | LETS DONATE FOOD FOR STRAY CATS

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO