• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review Filem / Sinopsis Abang Long Fadil 2

Sinopsis Abang Long Fadil 2

September 7, 2017 By Wan Zawawi 5 Comments Filed Under: Review Filem

Assalamualaikum…

Rasanya agak lama tidak menonton wayang ni , kali terakhir sempat curi-curi masa menonton J Revolusi 6 bulan lepas ( lama juga ye, hahaha ) . Ok berbalik pada tajuk pada hari ini . Kelmarin sempat juga pergi ke Kluang Mall untuk menonton Abang Long Fadil 2 . Abang Long Fadil 2 mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 24 ogos 2017 . Ia merupakan sebuah filem yang di arahkan oleh pengarah muda yang berbakat besar iaitu Syafiq Yusof . Ia adalah sebuah produksi dari Skop Production dan Astro Shaw .

abang long fadil 2

Barisan Pelakon Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil 2 mempunyai barisan pelakon yang berpengalaman di dalam bidang lakonan iaitu ialah Zizan Razak ( Fadil ) , Syamsul Yusof ( Inspektor Wahab ) , Shuib Sepahtu ( Inspektor Shuib ) , Tania Hudson ( Yana ) , Wak Doyok ( Wak Doyok ) , A. Galak ( Taji Samprit ) , AC Mizal ( King Kong ) dan Achey Bocey ( Ali / Tiger ) .

Sinopsis Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil 2 mengisahkan perjalanan hidup Fadil , yang terjerumus ke dalam dunia mafia , didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden di sebuah hotel yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger . Selepas insiden pembunuhan seorang wanita di hotel , Fadil telah diberkas oleh pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sendiri .

Dalam pada masa yang sama , Yana dan rakan sejawatnya Ali , merupakan wartawan dari TVKL yang sering membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tiger. Sampai satu tahap dimana orang ramai mengatakan Fadil itu tiger.

pelakon bang long fadil 2

Fadil terpaksa menjadi pembunuh upahan Taji Samprit dan Wak Doyok untuk membersihkan namanya . Fadil juga terpaksa menghadapi situasi yang lebih sukar apabila Wak Doyok memberi tugasan supaya membunuh ayahnya iaitu Taji Samprit . Pelbagai hadiah dan habuan mewah telah diberikan kepada fadil seperti apartmen mewah , senjata canggih dan juga wang tunai . Apa yang lebih merungsingkan lagi Fadil ialah apabila Taji Samprit pula menyruhnya membunuh Wak Doyok . Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dalam perjalanan hidup Fadil sebagai seorang pembunuh upahan .

wak doyok dan fadil

Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil , iaitu mencari identiti sebenar Tiger iaitu Achey Bocey yang memegang watak wartawan bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah . Siapakah Tiger ? jom sama-sama saksikan Abang Long Fadil 2 di pawagam-pawagam berhampiran anda .

Komen Saya Selepas Menonton Abang Long Fadil 2

Ternyata sekuel Abang Long Fadil 2 hasil kesinambungan filem Abang Long Fadil beberapa tahun lepas ini adalah hasil buah tangan yang terbaik dari Syafiq Yusof . Ia berkonsepkan aksi dan komedi agar penonton tidak bosan dan ingin menontonnya sehingga ke akhir tayangan . Lakonan Zizan Razak sebagai Fadil yang amat bersahaja memberi kesan yang mendalam di dalam setiap adegan .

Percubaan lakonan Wak Doyok pula amat memberangsangkan digandingkan pula dengan A. Galak sebagai anak dan bapa . Mereka berdua mempunyai personaliti yang berbeza namun mempunyai ” Trademark ” misai yang hampir sama . Ia adalah salah satu percubaan yang membuahkan hasil dari pengarah filem ini .

wak doyok taji samprit

Di dalam babak Fadil melepasi halangan pihak polis apabila disyaki membunuh seorang wanita di hotel amat menarik sekali . Babak- babak berlawan dengan anggota polis keihatan seperti sebuah filem aksi yang bermutu tinggi .

Garapan pengarah filem ini dengan menyelitkan elemen komedi dan serius memang kena dengan pelbagai situasi dan aksi menarik sepanjang tayangan filem Abang Long Fadil 2 . Ia diteliti dengan kemas di samping menyelitkan plot-plot yang menarik. Saya memberikan filem ini 5 bintang . Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung disebalik pembikinan filem Abang Long fadil 2 ini .

(Visited 213 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Mama Hakim says

    September 13, 2017 at 4:25 PM

    Filem yang laku di pawagam sedikit sebanyak memberi gambaran mentaliti rakyat malaysia
    Mama Hakim recently posted…12 Tips bina rumah banglo dari Kontraktor supaya berkualiti: Site Visit Di KlangMy Profile

    Reply
  2. raihanahahmad says

    September 13, 2017 at 8:41 AM

    katanya pecah panggung ya citer ni
    raihanahahmad recently posted…Promosi Shaklee Sempena Hari Malaysia 2017My Profile

    Reply
  3. julia says

    September 12, 2017 at 11:11 AM

    menarik menarik..tunggu keluar dekat astro first lah baru tengok.hehe
    julia recently posted…5th Brick-Versary LEGOLAND Malaysia Ticket PriceMy Profile

    Reply
  4. Hakim Mahmud says

    September 10, 2017 at 2:09 AM

    Assalamualaikum bro, bagi aku cerita ni sangat menarik jalan cerita dia serta lawak-lawak scene yg kita tak jangka dia tiru hollywood punya lawak terbaik.

    Reply
  5. Ibu Zaid says

    September 8, 2017 at 9:31 AM

    Ibu kurang minat lah cerita macam ni

    mengetengahkan budaya tak sihat

    banyak lagi cerita dan nilai murni boleh di ketengahkan
    Ibu Zaid recently posted…7 Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung. Berkesan Tau!My Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #12
Next Post: Sakit Kepala La Pulak

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,331)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,484)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO