Assalamualaikum…
Hari ni berkesempatan untuk menjalankan Aktiviti Menukar Dakwat Printer HP Deskjet Ink Advantage 1515 . Dah lama rasanya printer ni terbiar sebab dakwat atau Ink kehabisan . Banyak juga kerja-kerja mencetak borang dan invois pelanggan tergendala . Jadi apabila ada kesempatan , dapat juga menukar kepada dakwatnya yang baru . Untuk model pencetak atau printer yang saya gunakan ini adalah dari model HP Deskjet Ink Advantage 1515 . Bagi yang ingin mencari Printer atau pencetak serba guna ( boleh cetak dan scan ) seperti ini bolehlah baca di laman webnya di sini .
Harga dakwat ni kira pakej kombo la , Warna dan hitam dapat RM 75.00 sahaja , tak pasti kalau di tempat lain atau pembelian dari web beli belah dalam talian lagi murah . Kali ni terpaksa beli di kedai aksesori komputer di Simpang Renggam ni je sebab Urgent nak guna Printer .
Tayang sikit printer yang dah lama berjasa ni, hehehe
Jadi , kena la buka penutup yang berada di hadapan panel pencetak atau Printer ni untuk keluarkan kedua-dua daklwat atau Ink yang sudah habis tu .
Buka dan keluarkan dakwat warna dan hitam yang lama
Ni adalah dakwat warna dan hitam yang telah habis
Keluarkan dakwat waran dan hitam yang baru dari kotaknya
Ok ni la gambar keadaan dakwat warna dan hitam , masih ada pelekat di bahagian depan , kena tanggalkan bila nak amsukkan di dalam ruang dakwat printer .
Dakwat warna dan hitam lama dan baru , tak nampak apa-apa perbezaan pun cuma buatan nya sahaja yang berbeza
Kemudian terus pasang di tempat di mana letaknya dakwat dalam printer tersebut
Gambar di bawah ini meunjukkan kedua-dua dakwat warna dan hitam yang baru telah siap dipasang
Bila dah siap pasang kedua-dua dakwat baru , tutup panel hadapannya .
Hidupkan suis kuasa printer dan guna perisian yang telah dipasang untuk lihat status dakwat printer di monitor .
Akhir sekali , cuba ” Test Print ” dan inilah hasilnya
Mudah je kan aktiviti menukar dakwat Printer ni , semua orang boleh buat….Selamat membaca π
Muka Depan says
owh
Agak lama juga tak ganti katrij printer kat rumah tu
hehehe lepas ni nak beli baru la
senang nak print dokumen
Wan Zawawi says
Ok
Selamat mencuba π
Ikhwan says
Dah lama tak isi dakwat pencetak sendiri, sekarang semua pakai tangki.
Ikhwan recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Wan Zawawi says
Kalau versi tangki tu guna refill je
harganya pun lebih kurang sama dengan katrij macam ni
Anuar says
Bila dah ada ink baru ni mesti lebih bersemangat nak buat kerja dan print hasil kerja… Betul tak?
Wan Zawawi says
Yup betul tu bro
Memang banyak kerja tergendalam semasa ink habis hari tu π
Ibu Zaid says
Dah lama tak print sendiri di rumah. Printer pun dah berhabuk tak pakai
Ibu Zaid recently posted…Tanda bersalin untuk persediaan ibu hamil kurang pengalaman!
Wan Zawawi says
nanti bersihkan la habuk tu hehehe
senang sikit kalau ada printer ni
reezluv says
simpan bro katrij lama, nilai tinggi tu katrij ori..fuh, aku baru tahu.ahaha
Wan Zawawi says
Hahaha
ok bro ,memang kena simpan katrij lama ni