• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Tazkirah / Usia Meningkat , Ibadah Biarlah Ligat

Usia Meningkat , Ibadah Biarlah Ligat

November 3, 2017 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Salam Jumaat buat semua , maaf lama tak kemaskini blog kerana sibuk menguruskan hal-hal berkitan kerja hakiki . Tazkirah Jumaat pada kali ini berkaitan dengan Ibadah dan umur yang semakin meningkat . Jadi dipersilakan baca dan komen untuk kebaikkann kita bersama …Amin..Pejam celik, pejam celik, Selang dua bulan sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2017 dan mula melangkah ke tahun 2018 . Ini juga bererti usia kita juga makin menginjak angkanya . Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu . Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk kita sempurnakan . Masih belum puas mengecapi keseronakan hidup.

Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun) , muda (15-35 tahun) , dewasa (35-50 tahun) , tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas) . Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.

Sebanyak 8 jam sehari diperuntukkan untuk tidur dan ini menyamai 20 tahun daripada keseluruhan umur kita. Lantas, adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita. Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu.

usia
Gambar dari Google

Kanak-kanak mengejar usia remajanya. Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita.

Kanak-kanak mengejar usia remajanya. Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita.

Tiada jaminan kita terlepas dari panggilan maut walau siapa pun dan di mana pun kita berada.
Sesetengah dari kita cukup resah dengan pertambahan umur. Bimbang memikirkan kecantikan fizikal yang makin pudar dan luntur dimamah usia walhal kita akan kembali ke tanah jua akhirnya. Kita juga bimbang kerana wang simpanan dan harta yang dimiliki masih belum mencukupi sedangkan semua harta yang ditimbunkan di dunia tidak berupaya menjaga kita di alam barzakh kelak.

Mengapa tidak kita alihkan kerisauan itu terhadap sesuatu yang lebih utama?Bukankah lebih wajar untuk kita memikirkan , apakah dengan umur yang telah berlalu menjadikan kita semakin hampir dengan Allah atau sebaliknya ? Adakah kesempatan masa dan usia yang Allah anugerahkan telah kita manfaatkan sepenuhnya dalam merebut cintaNya ? Adakah bekal amalan dan ibadah kita sudah memadai untuk menjamin kita ke syurga ?

Cuba kita bermuhasabah seketika. Merenug kembali bagaimana nilai ibadah yang telah kita laksanakan selama ini. Semoga lebih tinggi dan berkualiti nilaiannya. Tidak sekadar melengkapkan bilangan solat lima waktu sehari semalam, namun kita perlu lebih memperhalusinya dengan membuta persediaan lebih awal , mengambil berat tentang pakaian yang digunakan untuk solat sama ada bersih atau tidak.

Jika sebelumnya kita sekadar membaca tanpa memahami makna dalam bacan solat , mengapa tidak kita tanamkan azam mulai hari ini untuk belajar memahami dan menghayati bacaan dan perbuatan dalam solat. Hanya solat yang benar-benar berkualiti sahaja yang mampu meninggalkan impak positif terhadap pelakunya. Ini bertepatan sekali dengan firman Allah bahawa sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.

Bagaimana pula dengan kualiti dan penghayatan hukum menutup aurat kita? Adakah seiiring dengan piawaian syarak ataupun sekadar mengikut arus perkembangan fesyen walhal aurat belum lagi ditutup dengan sempurna? Tidak salah berfesyen, tapi biarlah mengikut syariat.

Bertudung , tetapi berbaju dan berseluar sendat . Atau , bertudung tetapi dalam masa yang sama kainnya terbelah di sana-sini..itu tidak mencapai standard piawaian menutup aurat yang digariskan Islam . Moga kita lebih memahami, menutup aurat bukan sekadar menutup rambut semata-mata, tetapi keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tidak ada salahnya menggayakan tudung Ariani , Fareeda atau jenama-jenama lain , asalkan tudung tersebut menutup paras dada. Pakaian pula , biarlah bersopan , tidak perlu sendat ataupun singkat.

Harus difahami, pensyariatan menutup aurat adalah untuk memelihara dan mengangkat martabat wanita Islam, bukan untuk mengongkong mereka . Selain itu , Islam menetapkan garis panduan menutup aurat bertujuan untuk membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam kerana masyarakat Arab Jahiliyyah dulu juga berselendang, begitu juga dengan rahib . Tetapi tudung mereka berbeza dengan tudung wanita Islam.
Aspek Al-Quran pula , bagaimana ? Adakah sekadar membaca Al-Quran di bulan Ramadhan sahaja sedangkan di bulan lainnya ia tersimpan rapi di dalam almari? Tahniah diucapkan kepada yang berjaya membaca Al-Quran secara konsisten setiap hari. Ini kerana, Insya Allah, kita tidak digolongkan dalam kategori lalai jika kita berusaha membaca sekurang-kurangnya 10 ayat sehari . Jika tidak ada kesempatan langsung untuk membaca Al-Quran, cuba bermuhasabah diri.

Apakah dosa atau maksiat yang telah kita lakukan pada hari itu sehingga tidak berpeluang langsung untuk mengalunkan ayat-ayat Allah itu. Hati orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan hidup dan menjadi lembut.
Ulama’ menyatakan , sekiranya kita ingin berbicara dengan Allah, tunaikanlah solat. Jika kita mahu Allah berbicara dengan kita, bacalah Al-Quran dan jika kita ingin mengetahui rahsia Allah, lawatilah kawasan perkuburan, mudah-mudahan kita mendapat iktibar darinya.

Berbalik kepada persoalan membaca Al-Quran, jika kita sudah berjaya menjadikannya ia sebagai amalan rutin harian, mengapa tidak pula kita cuba meningkatkan kualiti pembacaan. Maksudnya, berusaha memperbaiki mutu tajwid dan cuba mempelajari maksud dan hukum yang terkandung di dalamnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Kita cuba beramal dengan apa yang dianjurkan Al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah di dalamnya.
Sebagaimana yang diriwayatkan Saidatina Aisyah r.a tatkala ditanya mengenai akhlak Nabi SAW, baginda menjawab :

”Sesungguhnya akhlak baginda adalah Al-Quran”…

Mengapa tidak kita jadikan hadith ini sebagai satu motivasi untuk membentuk akhlak diri yang mahmudah sebagaimana yang dianjurkan Islam?
Tiada manusia yang sempurna.

Namun, kita diberikan akal dan iman agar kita mampu memanfaatkannya untuk mencapai tujuan sebenar hidup kita di bumi, iaitu beribadah kepadaNya. Manfaatkanlah sebaik mungkin nikmat umur yang telah Allah anugerahkan. Biarlah umur pendek, namun penuh dengan keberkatan.
Tiada siapa di antara kita yang terlambat untuk berubah. Kita masih ada masa untuk berubah ke arah yang lebih baik. Biarlah perubahan itu bakal membawa kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat dan paling penting, ianya mendapat keredhaan Allah.

Sumber : TazkirahSini

(Visited 28 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. nikkhazami says

    November 9, 2017 at 12:27 PM

    usaha cari duit biar sama banyak dgn cari pahala.
    nikkhazami recently posted…Oppo F5 Ini Antara yang MenarikMy Profile

    Reply
  2. Suriya Majid says

    November 9, 2017 at 1:00 AM

    sendiri kena ada kesedaran. ada yang kata tunggu hidayah, hidayah dah sampai dia pula buat tak endah.
    Suriya Majid recently posted…Cara Turunkan Gula Dengan Cepat, Insulin Pun Tak Ambil DahMy Profile

    Reply
  3. azwan says

    November 6, 2017 at 8:37 AM

    Usia meningkat atau sinonimnya, usia dah semakin singkat.
    azwan recently posted…5 Pen Unik Sesuai Sebagai Hadiah.My Profile

    Reply
  4. anuar says

    November 3, 2017 at 8:08 PM

    Setuju sangat dengan tajuk artikel ni dan isi kandungannya..
    anuar recently posted…Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November iniMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #15
Next Post: Setiap Pemilik Kereta Perlu Ada Kunci Kebal Ini

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (882)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO