Assalamualaikum…
Masalah berat badan bagi semua orang tidak mengira jantina memang merumitkan dan mungkin ianya tidak dijangka terjadi . Salah satunya adalah seperti gemuk , obesiti dan lemak yang berlebihan di dalam badan . Ini adalah berpunca daripada gaya hidup individu itu sendiri terutama di dalam aspek pemakanan , kesihatan dan senaman . Pelbagai aspek perlu diambil kira untuk mendapatkan Cara Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan .
Sumber gambar dari Google
Di dalam artikel ini , saya akan ceritakan serba sedikti tentang cara yang efektif di dalam menurunkan berat badan .
Melakukan Kerja Rumah
Dengan melakukan kerja-kerja rumah , secara tidak langsung kalori akan dibakar sama juga seperti melakukan senaman .Di bawah ni senarai kalori yang dibakar bila kita buat kerja rumah berikut :-
KERJA RUMAH KALORI DIBAKAR DALAM 1 JAM (kcal)
- Membersihkan habuk 173.6
- Mengecat dinding ruang tamu 66
- Berkebun 287.8
- Mengelap lantai 193.7
- Mencuci kereta 234
- Membersihkan tingkap 180.3
- Seterika Baju (5 helai dalam 1 masa) 113.2
- Memasang kertas dinding 133.2
- Mendaki naik dan turun tangga 516.3
- Membersihkan habuk 193.7
Makanan Pemecah Lemak
Anda juga boleh mengamalkan makanan pemecah lemak . Jika dahulu sering diabaikan jenis-jenis makanan tersebut , kini bolehlah mengambilnya selalu .
LIMAU DAN CUKA
Kandungan kategori makanan masam ini membantu melambatkan rasa lapar. Ini disebabkan kandungan asid yang terkandung didalamnya yang bertindak melambatkan proses pencernaan zat tepu dalam badan.
Keadaan ini akan membuatkan anda terasa sentiasa kenyang. Namun cuba seimbangkan pengambilannya di pagi hari dengan melebihkan air kosong. Ini penting untuk menstabilkan kembali kandungan gula dalam darah
CILI
Semua jenis cili secara semulajadi mengandungi capsaicin yang dapat mengekalkan suhu badan. Keadaan suhu yang tinggi mampu membakar lemak dengan berkesan walaupun mengambil masa .
TEH HIJAU
Penelitian membuktikan bahawa kandungan ekstrak ‘cannatic’ dan ‘asid gymnemic’ dalam teh hijau mampu mengurangkan penyerapan gula dalam darah dan mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Teh hijau juga membuat membuat makanan bergerak dengan lebih pantas melalui sistem pencernaan dan membakar kalori dengan lebih banyak .
Di sini juga saya sertakan sekali 10 kesan yang terbaik apabila kita menurunkan berat badan :-
10 Kesan Terbaik Apabila Menurunkan Berat Badan
1. MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Dalam satu kajian di Sweden, para pengkaji menggunakan imbasan CAT bagi mengukur saiz otak 290 wanita lingkungan usia 70an.
Hasil mendapati, wanita yang mempunyai masalah kebocoran kecil pada otak mereka pernah berhadapan masalah berat badan semasa usia muda. Manakala, wanita yang sihat sel otaknya tergolong dalam kelompok yang mempunyai berat badan ideal semasa muda.
Masalah kebocoran kecil ini mengurangkan daya ingatan seseorang.Pakar sains percaya, penyakit salur darah yang dihidapi penghidap obesiti boleh mengganggu peredaran darah ke sel-sel otak, seterusnya boleh membunuh.
2. JIMAT WANG
Kajian membuktikan seseorang perlu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 5% bagi menjimatkan perbelanjaan perubatan sebanyak RM3000 dalam setahun.
3. LEBIH KUAT
Kajian terhadap 9400 dewasa pertengahan umur mendapati orang dewasa yang mempunyai perut berlapis (spare tires) lebih berisiko menghadapi masalah lemah otot dan daya bersenam yang rendah sebanyak 57%.
4. PANJANGKAN JANGKA HAYAT JANTUNG
Risiko masalah pada dinding jantung dan denyutan jantung tidak normal adalah 50% lebih tinggi di kalangan pesakit obesiti berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal dan sihat. Obesiti boleh menyebabkan atrium jantung (bahagian atas jantung sebelah kiri) meregang dan seterusnya menyebabkan denutan jantung semakin laju dan tidak selari.
5. LINDUNGI LUTUT
Setiap satu paun berat badan berlebihan meningkatkan risiko osteoartritis ( masalah lutut yang melanda usia 40an ) sebanyak 10% hingga 15% dikalangan wanita dan 5% hingga 10% dikalangan lelaki.
6. ELAK KANSER
Kajian mendapati , mereka yang berlebihan berat badan tetapi berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 paun atau lebih mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 21%.
Wanita yang obes juga berisiko menghidap kanser endometriosis sebanyak tiga kali ganda berbanding wanita yang mempunyai berat badan normal.
7. MUDAH BERNAFAS
Kajian menunjukkan, bagi individu obes , setiap 10% berat badan yang turun membantu melancarkan fungsi paru-paru sehingga 5%. Mereka yang berjaya menurunkan 25% berat badan pula akan melancarkan sistem pernafasan sebanyak 10%.
Berat badan berlebihan mengakibatkan tekanan berlebihan kepada otot-otot pernafasan seterusnya menyebabkannya terpaksa bekerja lebih keras dan kurang efektif.
8. LUASKAN SALURAN DARAH
Mereka yang obes yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 7% mampu mengelakkan gejala kerosakan pada salur darah. Keadaan ini secara tidak langsung mangatasi masalah atherosclerosis, serangan sakit jantung dan strok.
9. KESEIMBANGAN BADAN
Obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang membuatkan seseorang itu sukar mengawal tubuh badannya, walaupun dengan bantuan persenyawaan in vitro (IVF).
Kajian terhadap 372 wanita yang menjalani IVF mendapati, mereka yang obes mempunyai 32% lebih rendah peluang untuk hamil berbanding wanita dengan berat badan ideal.
Mereka yang obes juga berisiko mengalami keguguran kandungan sehingga 43% daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.
10. MELANCARKAN PROSES KELAHIRAN
Kajian terhadap 612 wanita oleh University North Carolina mendapati wanita yang obes memerlukan masa yang lama sehingga dua jam semasa proses kelahiran anak berbanding wanita yang mempunyai berat badan normal.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih berkesan lagi di dalam menurunkan berat badan , anda boleh klik di sini
Ikhwan says
Saya perlukan info untuk tambah berat badan.
Ikhwan recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM
Ibu Zaid says
berat badan boleh turun kalau apa yang kita makan kurang dari keperluan tenaga harian
badan kita akan bakar lemak dalam badan
Ibu Zaid recently posted…Taman Rama Rama & Reptilia di Melaka! Jalan jalan bersama keluarga
Mazni Azmi says
Ada banayk cara untuk kita turunkan berat badan
Semuanya sihat sihat belaka
Selamat berusaha
Mazni Azmi recently posted…Senangnya petua awet muda dari pakar kecantikan! Ramai dah cuba
anuar says
Info yang terbaik.. bila baca info ni terus rasa nak turunkan berat badan dengan serta-merta… sangat memberi motivasi..
anuar recently posted…Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?