• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review / 6 Fakta Mengapa Anda Perlukan Ejen Kapal Layar

6 Fakta Mengapa Anda Perlukan Ejen Kapal Layar

April 11, 2018 By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Review

Assalamualaikum…

Dengan wujudnya portal di internet , kapal layar mendapat lebih banyak pendedahan kepada prospek yang sedang mencarinya . Mungkin sudah ramai yang mengenali apa itu Kapal Layar , bagi yang belum mengenalinya , saya terangkan serba sedikit di sini . Kapal Layar ialah sejenis kapal laut yang menggunakan kuasa dorongan angin untuk menggerakkan kapal. Ini dicapai dengan membentangkan layar pada kapal . Pada masa ini , anda bukan sekadar melihat , malah kapal layar boleh ditempah serta-merta . Walau bagaimana pun, keputusan yang silap bakal memberi kesan buruk kepada wang dan emosi anda.

kapal layar

Oleh itu anda perlukan nasihat dari ejen atau broker kapal . Berikut adalah 6 fakta mengapa anda perlukan ejen kapal layar untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat sebelum membuat sebarang pembelian kapal layar.

6 Fakta Mengapa Anda Perlukan Ejen Kapal Layar

1. Ejen Kapal Layar Lebih Komited Untuk Bantu Anda

Bayangkan anda menerima panggilan telefon dari seseorang , menjawab soalan dan menetapkan temu janji . Ia adalah tugas yang memerlukan komitmen penuh kerana prospek akan beredar sekiranya ejen tidak memberi kerjasama yang pantas . Jika anda berhubung dengan ejen kapal layar yang komited, anda akan dapat jimatkan banyak masa dan berdepan dengan banyak masalah .

2. Bukan Mudah Untuk Berunding

Setiap individu berharap dapat menjalankan urusan jual beli dengan proses yang mudah . Ada sesetengah individu tidak berminat untuk mendapatkan nasihat ejen kerana mereka lebih gemar berurusan terus dengan penjual kapal layar yang dianggap lebih telus.

Malangnya , proses ini bukanlah sesuatu yang mudah . Mungkin anda sebagai pembeli meminati sesebuah kapal layar, tetapi penjual kapal layar tidak menunjukkan minat untuk melayan anda .

Oleh itu , ejen kapal layar adalah orang tengah yang paling tepat untuk membantu menyampaikan mesej anda . Biarkan urusan rundingan yang rumit diselesaikan oleh pihak yang profesional .

3. Bukan Semua Orang Minat Kertas Kerja

Ejen kapal layar yang berpengalaman berurusan dengan kontrak yang ditetapkan oleh penjual kapal layar . Anda sebagai pembeli pasti perlukan kontrak jualan/belian yang melindungi dan memastikan anda mendapat jaminan dan kepuasan semasa membeli kapal layar yang diimpikan . Ejen kapal layar yang berpengalaman tahu bagaimana untuk menggunakan kontrak tersebut bagi membantu anda .

4. Ejen Kapal Layar Ternama Tidak Berbohong

Ini adalah reputasi ejen kapal layar. Mereka tidak akan buat sesuatu yang boleh menjatuhkan reputasi kerana urusniaga jual beli kapal layar ini bergantung pada rujukan dan belian dari pelanggan sedia ada. Ejen kapal layar ini akan sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan untuk mendapatkan maklum balas yang positif.

Jika prospek atau pelanggan berasa curiga, sudah pasti mereka akan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. Berita buruk yang tular dengan cepat pasti akan menjejaskan periuk nasi ejen tersebut.

5. Bukan Semua Perkara Dipandang Remeh

Ada individu yang berfikir boleh terus beli kapal layar tanpa melalui ejen . Mereka tak nak melibatkan ejen untuk jimatkan kos dan sekadar meletakkan bajet mengikut harga kapal layar di pasaran . Ia nampak seperti perkara yang betul, tapi ia boleh menjadi langkah yang salah .

Harus diingat , tanpa pengalaman menjual , proses jual beli kapal layar akan menjadi lebih rumit dan sukar lebih-lebih lagi tanpa ada sebarang pengetahuan dan pengalaman . Oleh itu pilihlah ejen kapal layar supaya mereka boleh membantu dan memberi nasihat yang betul pada anda .

6. Pengetahuan Kapal Layar Yang Betul.

Membeli kapal layar perlukan pengetahuan asas seperti pendaftaran , insurans dan visa . Ejen kapal layar yang berpengalaman akan memastikan anda mendapat maklumat yang tepat untuk anda .

Sesetengah kapal layar terpakai memerlukan sedikit sentuhan sebelum ia dijual kepada pelanggan . Ejen kapal layar akan memastikan ianya menepati kepuasan pelanggan sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Kesimpulan

Kewujudan portal di internet memudahkan lagi urusan untuk anda membeli kapal layar yang anda idam-idamkan. Namun begitu , ia bukanlah semudah membeli komputer atau telefon bimbit secara online. Anda perlukan ejen profesional yang boleh membantu anda membeli kapal layar yang sudah pastinya memerlukan sejumlah wang yang besar.

Jika anda tercari-cari ejen untuk memiliki kapal layar idaman anda, terus hubungi saya di talian 012-7704648 (Wan Zawawi ). Saya dan pasukan akan berusaha untuk membantu anda memiliki kapal layar yang anda idamkan dengan sebaik yang mungkin.

Kapal layar mewah untuk dijual

Adakah anda sedang mencari kapal layar untuk :-

  • Percutian peribadi
  • Mesyuarat persendirian
  • Hiburan
  • Sambutan hari lahir
  • Insentif korporat
  • Percutian keluarga
  • Berbulan madu
  • Aktiviti memancing persendirian

Sekarang…. kami bawakan anda :

  • Sebuah hotel terapung yang menawarkan semua kemewahan selesa yang dilengkapi dengan penyaman udara
  • Didatangkan dengan ruang luas yang boleh memuatkan sehingga 40 orang tetamu bagi sesebuah acara
  • Senireka dalamannya mendapat sentuhan pereka yang meyakinkan dengan rekaan gaya maritim
  • Ruang utama kapal layar yang dibina untuk keselesaan yang maksima dan digunakan sepenuhnya
  • Bagus untuk menghiburkan pelanggan semasa waktu rehat di malam hari
  • Rekaan ruang masuk ke dalam kabin yang ringkas
  • Banyak ruang dalam setiap kabin serta kemudahan yang moden untuk percutian yang selesa
  • Boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu untuk kabin yang terpilih
  • Sesuai untuk jamuan BBQ di dalam dewan makan yang selesa dan bergaya
  • Ruang atas kapal yang terbuka khas untuk peminat bintang dan matahari terbenam
  • Kapal layar ini sempurna untuk menghiburkan sekumpulan komuniti yang besar

YACTH SPECIFICATION

====================

Beam : 17.38ft/5.3m
Built : 1991
Hull : Wood
Length : 96.12ft/29.0m
Draft : 8.86ft / 2.7m
Cabin : 6 cabins
Engine : 2 x Hino 715Kw
Cruising speed : 8 knots
Max speed : 10 knots

☞ Location : Pelabuhan Klang / Port Klang Malaysia

For more details

Please feel free to contact us at :-

☞ +60127704648

☞ wasap.my/60127704648

Or other else feel free to email at : sympathysoul@gmail.com

Thank you for your attention.

(Visited 54 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Sis Lin says

    April 12, 2018 at 5:03 PM

    Salam ..
    Waa tggu Suami pencen la , nanti dtg balik baca hehehe

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #21
Next Post: Wordless Wednesday #22

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO