• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Tazkirah / Persamaan Kehidupan Manusia dan Sifir 7

Persamaan Kehidupan Manusia dan Sifir 7

September 21, 2018 By Wan Zawawi 9 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YANG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. JOM FIKIR-FIKIRKAN DAN BERMUHASABAH

Kita , kehidupan kita dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa ? Jom sama-sama kita baca dan renungkan.

sifir 7

7x 1= 7

Ketika umur disifir 7 x 1 , kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain . Kita belum kenal dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan .

7 x 2 = 14

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting . Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

7 x 3=21

Beranjak kepada umur 20-an , kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting . Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal . Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu . Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

7 x 4 = 28

Meningkat kepada umur ini , kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

7 x 5 = 35

Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta , rumah, tanah , aset, melancong dan sebagainya.

7 x 6 = 42

Namun akhirnya , kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yang genting. Kita berlumba mengumpul harta.

7 x 7 = 49

Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan . Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan . Pada masa ini darah tinggi , kencing manis , jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar . Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam , menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

7 x 8 = 56

Memasuki era 50-an , tatkala kita sudah memiliki semua impian , akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang . Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil . Rumah banglo besar , kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna . Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

7 x 9 = 63

Kehidupan mesti diteruskan . Tatkala memasuki usia 60-an , kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana . Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal . Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon .

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9 ? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Ingat!! Berapa ramai pula yangg tidak lepas banyak sifir 7 . Ada yang berhenti di tangga 1 , banyak juga yang umurnya ditangga ke 3.

■ Hidup ini hanya sementara sahabat-sahabat ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.

■ Umur yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah.

■ Hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa ‘ ke sana ‘. Walau ditangga mana pun kita sekarang , jangan tangguh kerana mati itu misteri , tidak akan cepat atau lewat walau sesaat .

(Visited 130 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. StudioAJ says

    November 3, 2019 at 8:41 PM

    Perkongsian hebat. Hidup ini hanya semetara.
    StudioAJ recently posted…Andmesh Kamaleng – Cinta Luar Biasa Chord dan LirikMy Profile

    Reply
  2. mia liana says

    October 2, 2018 at 11:17 AM

    insaf seketika baca entri ni.. tq wazy..

    Reply
  3. maszull says

    October 1, 2018 at 11:57 AM

    assalamualaikum wazy…perkongsian yg bagus ni…

    Reply
  4. Azwan says

    September 29, 2018 at 10:41 PM

    Hidup, kalau dimatematikkan memang menarik dan membuka mata. Semua ilmu dari Allah, Semua ilmu ada rahsia yang berlapis-lapis.
    Azwan recently posted…Matchs Catch : Boleh beli buku latihan anak-anak secara online?My Profile

    Reply
  5. farahain zfa says

    September 27, 2018 at 2:39 AM

    ya allah insaf kejapppp bacaaa…

    Reply
  6. Mawar says

    September 26, 2018 at 1:08 PM

    Ramai daripada kawan-kawan saya yang sudah cakap tua bila umur cuma 30 lebih saja. Dan ini alasan bagi mereka tanpa perlu belajar dan membaca apa-apa lagi. Orang yang tidak mahu maju mesti tidak akan dapat apa-apa pun.

    Reply
  7. sunah sakura says

    September 24, 2018 at 2:50 PM

    Allahu…ada benarnya…thanks wazy for sharing

    Reply
  8. Noriza Rahman says

    September 21, 2018 at 11:54 PM

    Wah sekarang dah masuk ke sifir 7×5 ni, tahun depan dah menginjak ke angka 40. Fasa baru lagi dalam hidup
    Noriza Rahman recently posted…Sambutan Hari Malaysia 2018 | Karnival Bersama ShakleeMy Profile

    Reply
  9. Sis Lin says

    September 21, 2018 at 1:30 PM

    Moga Allah permudahkan urusan kita duami akhirat…

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #29
Next Post: Wordless Wednesday #30

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO