• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Dunia Kereta / Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk Allingment Dan Balancing

Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk Allingment Dan Balancing

March 3, 2019 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Dunia Kereta

Isi Kandungan

  • Panduan Alignment Dan Balancing Tayar Kereta
    • Alignment
    • TOE-in TOE-out
    • Caster
    • Camber
  • Tyre Balancing

Assalamualaikum..

Maaf agak lama tak berupdate blog ini berikutan terlalu sibuk dengan kerja . Oh ye , dua minggu lepas sempat Hantar Ke Bengkel Proton Wira Kesayangan Untuk Allingment Dan Balancing . Memang dah agak lama juga tak Allingment dan Balancing ni sampai apabila memandu rasa tidak selesa keadaan stereng ke kiri sahaja dan rasa sedikit gegaran . Memang hancus mood memandu kalau kena macam ni . Jadi sempat ke beberapa bengkel sebab banyak pula kereta , jadi memang rezeki saya pada masa tu ada bengkel yang masih sudi untuk lakukan Allingment dan Balancing pada kereta Proton Wira kesayangan ni 🙂 .

sampai je , terus buat apa yang patut , memang laju buat kerja 🙂

Ok sebelum saya ceritakan dengan lebih lanjut pasal Allingment dan Balancing ini , mari saya ceritakan serba sedikit panduan untuk semua . mana tahu berguna pada masa akan datang 🙂 .

Panduan Alignment Dan Balancing Tayar Kereta

Alignment

Alignment dalam bahasa teknikal disebut car / handling / suspension geometry setting. Di mana dua tayar di depan diselaraskan untuk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak semasa on the road. Allignment dibuat bergantung pada steering rack dan adalah disarankan setiap 3,000 hingga 5,000 km alignment perlu dibuat.

TOE-in TOE-out

Alignment juga disebut sebagai adjust TOE untuk kesemua 4 tayar axle depan dan belakang tetapi axle belakang tidak semua model boleh adjust , ia bergantung kepada sistem suspensinya. TOE maksudnya adalah berapa banyak tayar terkangkang keluar atau masuk. TOE ada dua iaitu Toe in ( tayar terkangkang ke dalam ) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar).

Caster

Caster adalah setting yang menggunakan mesin tembak light antara kedua tayar supaya selari kemudian adjust nut untuk diselaras semula. Namun bagi sesetengah kereta caster biasanya dah tetap dari kilang dan tidak boleh diubah.

Camber

Camber pula adalah sebanyak mana tayar terkangkang keluar atau masuk dari pandangan hadapan sama ada dengan menambah screw camber yang boleh adjust. Jika tayar kereta kelihatan semakin terkangkang adalah disarankan melakukan camber adjust.

Tanda-tanda kemungkinan camber setting lari :

  • Mungkin langgar lubang yang kuat
  • Kalau tepi tayar kelihatan berbulu ( tayar makan sebelah )
    Cuba pusing steering ke kiri dan ke kanan semasa kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat daripada kekiri, atau steering senget sebelah hendaklah anda hantar kereta ke bengkel tayar untuk pemeriksaan.

Selalunya standard screw camber specs kilang berbentuk bolt dengan batang beralur dengan kepala bentuk segienam manakala nut pula adalah pengikat, bentuk segienam dengan alur di tengah-tengahnya. fixed camber standard screw camber specs kilang dalam bentuk -0.5 degree camber

Perbezaan antara camber screw biasa dengan adjustable camber

Sekiranya kereta adjust kepada lowered , pakai spring sport , absorber sport yang tapak rendah, atau spring potong atau sport rim besar kedai tayar selalunya akan advice menukar camber screw asal standard -0.5 degree itu kepada adjustable camber -1.5 degree.

Kereta Standart tak ada lowered tak pernah tukar absorber selain absorber standard, spring standard kilang, tak perlulah pakai jenis adjustable chamber (-1.5 degree).

Bacaan berdasarkan reading kat skrin komputer wheel alignment:

A) unit ukuran TOE biasanya dalam mm namun ada juga dalam unit degree.

TOE 0 mm bermaksud tayar tegak lurus ke arah depan.
TOE +5mm bermaksud tayar terkangkang keluar sebanyak 5mm dari hub.
TOE -5mm bermaksud tayar terkangkang masuk sebanyak 5mm dari hub.

B) unit ukuran CAMBER adalah degree.
CAMBER 0 degree bermaksud tayar tegak ke atas.
CAMBER -1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar masuk ke dalam sebanyak 1 degree.
CAMBER +1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar keluar ke luar sebanyak 1 degree.

A) kalau duduk dalam petak hijau contohnya, selalunya antara tolerence +0.1 hingga ke -1.5 degree masih dikira baik tetapi kalau kanan condong sangat(-ve) dan terkangkang dari kiri steering akan berat sebelah, kalau lepas stering kereta akan kekiri dan sebaliknya.

B) kalau duduk dalam petak merah contohnya, camber kereta tersebut memang sudah lari, masuk ke dalam ruangan “merah” di luar toleransi camber yang dibenarkan. Tentukan perbezaan antara kiri kanan tidak lebih dari 0.5 dikira masih baik.

Tyre Balancing

Balancing pula bermaksud imbangan tayar beserta rim. Ia adalah untuk memastikan putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar). Balancing tayar disarankan setiap enam bulan.

Ketika anda sedang membawa kereta dan steering bergegar, anda perlu buat balancing, mungkin sebab tayar berpusing tidak seragam. Selain itu steering gegar mungkin berkaitan sport rim dah bengkok.

Apa ciri-ciri yang anda rasa pada kereta anda jika sportrim bengkok :
1. Steering bergegar (stereng jadi gegar gile bila speed 110.)
2. Dashboard bergegar
3. Tayar berbonjol
4. Cermin tingkap bergegar
5. Satu kereta bergegar (paling teruk)

Info kredit kepada Facebook Page JSK Motorsports Community

Alhamdulillah , selesai je semua urusan Allingment dan Balancing , alang-alang saya suruh tukar minyak hitam , Oil Filter dan palam pencucuh atau Plug . Banyak juga modal yang dibelanjakan , tetapi tak mengapalah , urusan macam ni dah memang wajib untuk kereta lebih-lebih lagi Proton Wira kesayangan ni dah berusia 

(Visited 703 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. KakNa says

    March 28, 2019 at 9:42 AM

    bagus tips ni. terbaikkk!!!

    Reply
  2. sunah sakura says

    March 4, 2019 at 12:15 PM

    dulu masa buat alignment, ade satu bengkel ni tanya, nak pasang chamber tak..dia kata bagus benda tu, aku pun iyekan aje lah…baru2 ni masa tukar knuckle baru, pomen tu buang chamber tu…dia cakap, chamber tu untuk kete sport je…tak payah pakai da lepas ni..adoiii…dulu tak tau ape2, nasib ada pomen yang jujur..

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #36
Next Post: Wordless Wednesday #37

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,571)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,465)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,654)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,520)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (932)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (806)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (703)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (684)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (593)
  • Demi Sesuap Nasi (561)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO