• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review / BIOCHO HERBAL POMADE -Wajib Dimiliki Oleh Semua Lelaki

BIOCHO HERBAL POMADE -Wajib Dimiliki Oleh Semua Lelaki

July 23, 2019 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Review

Isi Kandungan

  • Asal Usul Pomade 
  • BIOCHO HERBAL POMADE
  • BIOCHO HERBAL POMADE Rumusan Mudah Dicuci 
  • KEISTIMEWAAN BIOCHO HERBAL POMADE :-
  •  CARA MENGGUNA : –
  • TESTIMONI DARI SAYA SELEPAS MENGGUNAKAN BIOCHO HERBAL POMADE
  • Cara Pembelian

Assalamualaikum…

Di dalam aspek penjagaan dan pengayaan rambut oleh golongan lelaki seperti saya , pada masa kini lebih ramai selesa dan lebih berminat untuk menggunakan POMADE untuk mendapatkan gaya rambut yang diinginkan serta mudah diurus . Manakala dari segi harganya pula amat berbaloi di dalam pasaran terkemuka . Lebih-lebih lagi dengan menggunakan Pomade , ianya menjadikan rambut lebih kemas dan lebih tahan lama . Jadi tidak mustahil jika kita lihat ramai lelaki khususnya menggunakan pomade untuk sebarang aktiviti sama ada bekerja , menghadiri majlis keramaian dan bersantai bersama-sama rakan ataupun keluarga .

Jadi sebelum saya ceritakan serba sedikit mengenai BIOCHO HERBAL POMADE ini , mari kita kenali sejarah Pomade dahulu ye 🙂

Asal Usul Pomade 

Perkataan dari bahasa inggeris iaitu POMADE berasal dari Perancis iaitu POMMADE . Ia adalah sejenis minyak rambut ” Stylish ” yang membuatkan rambut pemakai akan kelihatan berkilat senang untuk disikat dan tahan lebih lama dan ianya berbeza daripada cream , gel , wax atau clay .

Pomade mula popular digunakan pada tahun 1900 lagi tetapi mula berkembang apabila artis terkenal Elvis Presley menggunakan pomade dan gemar mengayakan ” style ” rambut  ” Pompadour “ . Bahan asas pomade adalah dari PETROLEUM JELLY dan diperbaharui dengan BEEWAX supaya mudah dicuci tetapi masih memberikan kesan yang sama.

Jadi , rambut akan  lebih sihat  serta mempunyai kesan berkilat yang lama dan mudah untuk disikat ditambah  pula dengan bauan yang wangi menjadikan pomade adalah pilihan bagi lelaki masa kini.

BIOCHO HERBAL POMADE

biocho herbal pomade

BIOCHO HERBAL POMADE  ( Nombor Rujukan KKM NOT190702236K ) adalah  diperbuat dari herba-herba yang terpilih berasaskan minyak . Ia juga diperkaya dengan minyak terbaik secara semulajadi antaranya ialah  Minyak Argan , Minyak Zaitun , Minyak Kelapa Dara , Ekstrak Rosemary dan Ekstrak Lavender  . Dirumuskan untuk penjagaan rambut khas yang melindungi dan menyuburkan rambut si pemakai . BIOCHO HERBAL POMADE ini menjadikan penjagaan rambut yang unik , membolehkan rambut anda digayakan dengan bebas , tidak berminyak ,  tidak melekit dan yang paling penting mudah dibasuh dengan air .

biocho herbal pomade

biocho herbal pomade

Minyak Argan

minyak argan

Sering dipanggil ‘ Cecair Emas ‘ , ini adalah kerana Minyak Argan sangat kaya dengan nutrien yang bermanfaat termasuk asid lemak dan vitamin E. Sifat-sifatnya menjadikannya sangat bermanfaat untuk rambut yang lebih sihat . Minyak Argan terbukti menjadikan rambut lebih lembut , halus dan berkilau . Oleh kerana keupayaannya untuk meluruskan rambut keriting dan menjadikan rambut lebih berkilat , minyak argan juga biasa digunakan sebagai aspek didalam pengayaan rambut . Ia menjadikan rambut lebih mudah diurus dan lebih bersinar , kelihatan lebih sihat dan menarik melalui pelbagai gaya rambut . Selain itu ,  asid lemak  juga penting dalam minyak membantu mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan . Minyak Argan boleh digunakan sebagai penyejuk atau ” conditioner ” , untuk membantu mengelakkan keriting dan mengerbang , selain berfungsi untuk membaiki hujung rambut yang bercabang . Jadi rambut anda kelihatan berkilauan , bersinar dan mempunyai pelindung dari matahari .

Minyak Rosemary

minyak rosemary

Kebaikkan  Minyak Rosemary ialah mempunyai antioksidan yang tinggi daripada unsur-unsur kimia utamanya , termasuk carnosol , asid karnosa , asid ursolik  , asid rosmarinic dan asid caffeic . Selain daripada itu ,  Rosemary dapat  menggalakkan pertumbuhan rambut kerana  ianya  mempunyai fungsi sebagai anti-dihydrotestosterone (DHT) semulajadi dan membantu sebagai agen anti rambut gugur secara semula jadi .

Minyak Zaitun Ekstra Virgin 

Minyak Zaitun mempunyai manfaat yang tersendiri antaranya ialah merawat dan mencegah rambut kering , bercabang dan juga kerinting . Selain daripada itu , ia juga memberi perlindungan rambut dari sinaran UV , memberi kelembapan dan juga bertindak sebagai perapi semulajadi rambut .

BIOCHO HERBAL POMADE Rumusan Mudah Dicuci 

BIOCHO HERBAL POMADE ini berasaskan minyak yang menjadi kebaikkan dan kelihatan hebat untuk pengayaan serta kesihatan rambut . Pada kebiasaanya ada  pengguna tidak suka, kerana ia  mempunyai masalah iaitu sukar untuk membasuh rambut serta memerlukan tiga empat kali cucian  untuk membersihkannya dari rambut dan kulit kepala. Jika ianya tidak hilang , ia boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang rambut  tersumbat . Untuk itu , BIOCHO HERBAL POMADE adalah dari rumusan semula jadi yang dirumus khas untuk menjaga kebaikan dan kesihatan kulit kepala dan rambut dan sangat mudah dibersihkan dengan satu kali cucian sahaja .

KEISTIMEWAAN BIOCHO HERBAL POMADE :-

  • Penjagaan dan pemuliharaan rambut dan kulit kepala
  • Rambut tidak kelihatan mengeras atau kejang
  • Kilauan rambut yang asli
  • Mudah dibersihkan dengan satu cucian sahaja 
  • Mudah digayakan 
  • Memberikan rambut anda kelihatan halus dan bermaya
  • Tidak melekit
  • Bebas dari ” Paraben ” dan bahan kimia terlarang 

 CARA MENGGUNA : –

Pomade ini sesuai untuk semua kulit kepala dan rambut . Ideal untuk digunakan pada rambut lembap atau kering . Ambil sedikit pomade , Gosok antara tapak tangan dan sapukan perlahan-lahan pada rambut dan gayakan ikut kemahuan anda .

TESTIMONI DARI SAYA SELEPAS MENGGUNAKAN BIOCHO HERBAL POMADE

Alhamdulillah , saya berkesempatan untuk mencuba BIOCHO HERBAL POMADE ini . Sesuai dengan aktiviti dan kerja saya yang tidak menentu waktu . Setakat ini , dengan menggunkan pomade Biocho ternayat rambut saya lebih kemas dan mudah digayakan dengan pelbagai gaya rambut .

Sewaktu saya gunakan ia pada waktu kerja , ternyata rambut saya masih kelihatan kemas dan rapi walaupun waktu kerja 8 hingga 12 jam dan faktor cuaca pula yang tidak menentu kerana jarang hujan dan terlalu panas . Yang paling unik sekali , selepas memakai topi keledar apabila menunggang motorsikal , rambut saya juga masih baik dan berada di dalam keadaan kemas dan rapi apabila menanggalkan topi keledar . 

Cara Pembelian

Jika ada diantara rakan-rakan blogger dan pembaca setia blog ini ingin mendapatkan produk BIOCHO HERBAL POMADE ini , bolehlah klik di sini .

Harganya pula adalah RM 45.00 ( Semenanjung serta Sabah dan Sarawak )

Kos pos adalah percuma .

(Visited 140 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. sunah sakura says

    August 4, 2019 at 1:05 PM

    husband kita pun sekarang banyak guna pomade aje

    Reply
  2. Nur says

    July 29, 2019 at 10:46 AM

    Blh tahu ada limit umur tak utk pengguna?
    Nur recently posted…Bantu Anak Supaya Lebih Mudah Tidur Dengan Sleep Pillow MistMy Profile

    Reply
  3. onlajer says

    July 29, 2019 at 10:41 AM

    Fuh bukan sebarang pomade, pomade Ada khasiat. Yang penting try dulu baru tahu. Betul tak boss Ku.
    onlajer recently posted…Panduan Membeli kereta sorong bermutuMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Motivasikan Diri Bahagian 1
Next Post: Anda Tercari – Cari Perkhidmatan Teksi Sekitar Johor Bharu ?

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,484)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO