Isi Kandungan
Assalamualaikum…
Pada 27 Ogos 2019 bersamaan hari Selasa yang lepas saya dan beberapa orang rakan blogger berpeluang menghadiri sesi pandu uji 3 model kereta dari Honda iaitu Honda CRV 1.5 Turbo , Honda HRV 1.5 Hybrid dan Honda Civic 1.5 Turbo di dalam kempen ” Road to 900,000 Unit Milestone Campaign Blogger Drive 2019 ” . Memang teramat teruja sekali apabila terpilih untuk memandu uji 3 model kereta tersebut .
Program bermula lebih kurang pada pukul 9.00 pagi bertempat di Gold Bean 93 Cafe yang beralamat di Lot K , Spring Labs , Jalan Eko Flora Utama , Taman Eko Flora , 81100 Johor Bharu , Johor . Penat drive hadap jem semasa menuju ke destinasi tu boleh tahan , maklumlah bertolak dari Simpang Renggam seawal 6.30 pagi . Sampai di Gold Bean 93 Cafe terus daftar dan ambik beberapa gambar untuk kenang-kenangan .
Selepas sesi pendaftaran , kami dijamu pula sarapan yang begitu enak sekali . memang kenyang juga la
Memang kekenyangan selepas menjamu selera sarapan ni 🙂
Selesai sesi sarapan , sampai pula sesi ucapan aluan oleh Ms. Daphe Chen merangkap Ketua Pengurusan Jenama ( Head of Brand Management ) Honda .
Kemudian , disampaikan pula tentang beberapa model kereta dari Honda oleh wakil Honda Malaysia .
Selesai sahaja penerangan tentang model-model terkini dari Honda Malaysia , penerangan tentang ” Road to 900,000 Unit Milestone Campaign Blogger Drive 2019 ” pula .
memang padat dan menarik aktiviti pada kali ini , apa-apa pun perasaan teruja tu masih ada kerana berpeluang memandu uji model kereta idaman iaitu Honda Civic 1.5 Turbo .
Demonstrasi HONDA SENSING
Acara seterusnya adalah sesi demon strasi HONDA SENSING . Apa itu HONDA SENSING ? Untuk pengetahuan semua , HONDA SENSING ialah salah satu ciri pemanduan keselamatan yang ditawarkan pada Honda CR-V . Honda Sensing ialah ciri bantuan pemanduan pertama diperkenalkan Honda. Lebih menarik, Malaysia menjadi negara pertama menerima Honda CR-V dengan teknologi Honda Sensing, terdiri daripada 7 ciri bantuan pemanduan iaitu :-
- Kawalan Jelajah Adaptif / Adaptive Cruise Control (ACC)
- Jejak Kelajuan Rendah / Low-Speed Follow (LSF)
- Sistem Amaran Perlanggaran Depan / Front Collision Warning (FCW)
- Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran / Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong / Lane Keeping Assist System (LKAS)
- Mitigasi Tukar Lorong / Road Departure Mitigation (RDM)
- Amaran Tukar Lorong / Lane Departure Warning (LDW)
Sistem Kawalan Jelajah Adaptif / Adaptive Cruise Control (ACC) dan Jejak Kelajuan Rendah / Low-Speed Follow (LSF) memudahkan pemandu memandu jarak jauh atau santai seperti di lebuh raya . Kedua-dua sistem itu membolehkan CR-V ini membrek dan memecut kembali pada kelajuan ditetapkan ACC secara automatik dan boleh berfungsi bermula dari keadaan lalu lintas henti-gerak, hingga kelajuan 180 km/j .
Amaran Perlanggaran Depan / Front Collision Warning (FCW) dan Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran / Collision Mitigation Braking System (CMBS) pula membantu pemandu mengelak rempuhan dari depan. Sistem FCW akan mengeluarkan amaran jika mendapati ada sebarang potensi berlaku perlanggaran dari arah depan, manakala CMBS berfungsi membrek automatik jika pemandu dikesan tidak memberikan sebarang respon untuk mengelak perlanggaran tersebut.
Sistem Bantuan Kekal Lorong / Lane Keeping Assist System (LKAS), Sistem Mitigasi Tukar Lorong / Road Departure Mitigation (RDM), dan Amaran Tukar Lorong / Lane Departure Warning (LDW) pula disepadukan bagi meminimumkan risiko kemalangan bahagian sisi . Sistem LDW dibina untuk mengesan garisan jalan di kiri dan kanan kereta. Amaran visual dan getaran stereng akan dikeluarkan jika pemandu dikesan melanggar garisan jalan tanpa memberikan signal membelok .
Sistem LKAS berfungsi membetulkan posisi stereng bagi memastikan pemanduan kereta kekal dalam lorong. Terdapat kamera sebagai sensor diletakkan di sisi kereta bagi mengesan sebarang tanda atas permukaan jalan bagi mengekalkan kedudukan pemanduan yang tepat.
Sistem RDM pula diaktifkan apabila kereta menghampiri tepi jalan ketika dipandu dalam kelajuan 72 km/j hingga 180 km/j. Fungsinya , roda stereng akan bergetar sebagai amaran dan jika pemandu tidak memberikan sebarang reaksi , kereta akan cuba keluar dari lorong dan sistem Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA) akan diaktifkan untuk mengembalikan semula kedudukan kenderaan.
Demonstrasi Ruang Dan Fleksibiliti
Ada juga sekali Demonstrasi Ruang Dan Fleksibiliti untuk ketiga model Honda ini iaitu Honda CRV 1.5 Turbo , Honda HRV 1.5 Hybrid Dan Honda Civic 1.5 Turbo .
Pertama sekali saya tertarik dengan ruang yang luas pada Honda CRV dan juga Honda HRV 1.5L Hybrid. Sesuai untuk digunakan untuk membawa pelbagai jenis bag yang besar untuk pulang ke kampung halaman .
Kita lihat ruang di bahagian belakang Honda CRV pula
Kita lihat pula pada bahagian Honda Civic
Test Drive Flag-Off
Selesai sesi Demonstrasi Ruang Dan Fleksibiliti bagi ketiga-tiga model Honda , lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi tiba pula acara Test Drive Flag-Off . Saya dan rakan blogger Uyul memandu Honda HRV untuk sesi pandu uji menuju ke Bangunan Eko Flora untuk sesi bergambar .
Cuaca pada hari tersebu dikatakan agak panas dan terik , namun ia tdak menghalang untuk saya melaksanakan tugasan sesi pandu uji Honda HRV ini .
Saya sertakan beberapa spefikasi yang terdapat di Honda HRV 1.5 L Hybrid ini :-
Spefikasi Honda HRV 1.5 L Hybrid
Enjin 1.5 liter twin-cam i-VTEC Atkinson-cycle dengan 132 PS pada 6,600 rpm dan 156 Nm pada 4,600 rpm
Motor elektrik 22 kW (30 PS)/160 Nm, dengan bateri lithium-ion Blue Energy
Sistem Sport Hybrid i-DCD dengan gabungan kuasa 152 PS dan 190 Nm
Transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan
Ruang kargo hingga 404 liter, 991 liter jika tempat duduk belakang dibaringkan
Tambahan:
Suis kawalan stereng Intelligent Multi-Information Display (i-MID)
Kit baiki tayar sementara, bagi menggantikan tayar simpanan
Pada sesi pandu uji pertama ini saya di bawa oleh ” Lead Car ” di kawasan sekitar Taman Eko Flora melalui jalan yang tidak kurang sibuk dan ada beberapa ” Roundabout ” atau bulatan . Jadi sempat juga menguji sistem brek dan pemaduna di dalam bulatan .
Sesi Bergambar Bersama Honda CRV , Honda HRV dan Honda Civic
Tiba di bangunan Eko Flora , saya dan beberapa orang rakan blogger yang lain serta wakil dari pihak Honda tidak melepaskan peluang untuk sesi bergambar .
Pitstop 1 Tealive Bukit Indah
Selesai sesi bergambar di kawasan Eko Flora , kami semua menuju ke Pitstop 1 iaitu di Tealive Bukit Indah . Semasa pemanduan ke Tealive Bukit Indah , keadaan jalan agak sibuk dan ada beberapa kesesakkan lalu lintas . Jadi terpaksa bawa secara perlahan dan juga ” Maintain ” . Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit .
Sampai sahaja di Tealive Bukit Indah terus membuat pesanan . Saya memilih ” Bang Bang Tea ” untuk dijadikan penghilang dahaga sepanjang sesi pandu uji ini .
Tealive X Honda Road to Break Through Contest
Oh ye, sebelum terlupa , Tealive ada contest tau …iaitu Tealive X Honda Road to Break Through Contest . Tealive bekerjasama dengan Honda Malaysia di dalam kempen Terima kasih 900K ini . Korang hanya perlu beli minuman di Tealive drink , ambil gambar bersama standee dan minuman pilihan anda , Lengkapkan slogan dan hantar ke WhatsApp hotline seperti yang terdapat di dalam gambar . Hadiah utama Honda Jazz menanti anda .
Pitstop 2 Hentian R&R Kulai
Selesai di Tealive Bukit Indah , kami bertukar pemandu pula . Saya duduk di bahagain penumpang , manakala Uyul memandu Honda CRV . Sesi pandu uji menuju ke R&R Kulai . Susana pemanduan juag teramat perlahan kerana jalam jem dan sesak memandangkan hari cuti la kan , jadi ramai yang ingin pulang ke kampung .
Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari , tiba di R&R Kulai . Kali ini bertukar kereta pula iaitu Honda Civic . Saya memandu , manakala Uyul duduk di bahagian penumpang .
Teruja sekali apabila berpeluang memandu uji kereta idaman ini iaitu Honda Civic 1.5L Turbo . Jom kita lihat spefikasinya :-
Spefikasi Honda Civic 1.5L Turbo
Kuasa Enjin : 1799 cc dilenkapi dengan kuasa 139 hp
Transmisi : Continuous Variable Transmission ( CVT )
Bilangan tempat duduk : 5
Didatangkan dengan Rim Aloi saiz R16 ( 16 Inci )
Saiz tayar : 215/55 R16
Sistem stereng : Electric Power Steering ( EPS )
Pitstop 3 Hentian R&R Simpang Renggam
Perjalanan mengabil masa lebih kurang 50 minit kerana menghadapi kesesakan lalu intas di lebuh raya . Kali ini , saya duduk di bahagian penumpang depan , manakala uyul memandu Honda Civic . Perjalanan kali ini menuju ke Kluang untuk berhenti makan tengah hari di Barney Restaurant Kluang .
Pitstop 4 Barney Restaurant Kluang
Selamat tiba di Barney Restaurant Kluang lebih kurang pukul 1.30 petang . Kami semua berhenti rehat dan juga menikmati makan tengah hari .
Pitstop 5 Kluang Mall
Selesai menjamu selera makan tengah hari di Barney Restaurant Kluang , kami di bawa oleh Instructor dari Honda Malaysia ke Kluang Mall untuk melawat lokasi Kempen Terima Kasih 900K Honda Malaysia dengan kerjasama dari Syok , Tealive dan juga Unifi .
Kempen ” Terima Kasih 900K ” Honda Malaysia
Sempena kempen ” Terima Kasih 900K ” Honda Malaysia berbesar hati untuk menghadiahkan 9 buah kereta berlainan model kepada anda semua secara PERCUMA!
Caranya senang sahaja . Anda hanya perlu ikut 10 langkah dalam seperti di dalam gambar tu je
Langkah 1 – Imbas kod QR ATAU layari honda.com.my/microsite/900k
Langkah 2 – Klik NEW ENTRY dan isi butiran anda.
Langkah 3 – Klik SUBMIT. Pengesahan melalui e-mel akan dihantar kepada anda.
Langkah 4 – Kunjungi Pengedar Sah Honda berdekatan anda.
Langkah 5 – Di Pengedar Sah Honda, imbas semula kod QR yang sama ATAU layari semula honda.com.my/microsite/900k
Langkah 6 – Klik EXISTING ENTRY dan masukkan No. Kad Pengenalan anda.
Langkah 7 – Selesaikan salah satu atau kesemua aktiviti untuk mendapatkan e-tiket.
Langkah 8 – Masukkan e-mel pengedar Honda.
Langkah 9 – E-tiket akan di e-mel kepada anda ATAU minta wakil pengedar untuk cetak e-tiket.
Langkah 10 – Hadiri GRAND FINALE pada hujung bulan September 2019.
Senang je kan ? Jadi apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki sebiji Honda!
Dengan kerjasama Tealive ,unifi dan SYOK .
Maklumat lanjut sila layari laman web www.honda.com.my
Pitstop 5 Iptimas Motor SDN. BHD.
Selesai sesi melawat lokasi Kempen ” Terima Kasih 900K ” Honda Malaysia di Kluang Mall , kami semua bergerak ke Iptimas Motor SDN. BHD. yang terletak di Kluang juga .
Aktiviti di sini , saya didedahkan serba sedikit tentang Kempen ” Terima Kasih 900K ” Honda Malaysia dan meninjau beberapa modal kereta Honda di bilik pameran yang terdapat di Iptimas Motor SDN. BHD.
Pulang ke Johor Bharu
Selesai aktiviti di Kluang Mall dan Iptimas Motor SDN. BHD. , kami bertolak pulang ke Johor Bharu . Kali ini saya memandu Honda CRV , manakala Uyul duduk di bahagian depan penumpang . Jom kita tengok serba sedikti spefikasi Honda CRV 1.5L Turbo ini :-
Spefikasi Honda CRV 1.5L Turbo
Enjin : 1997 cc dengan kuasa 153 hp
Bilangan tempat duduk : 5
Menggunakan petrol ( 53 liter penuh )
Transmisi : CVT
Tiba di hentian R&R Kulai , saya bertukar tempat duduk di bahagian penumpang depan , manakala uyul memandu Honda CRV .
Peraduan SYOK-nya Menang Honda
SYOK bekerjasama dengan Honda Malaysia  di dalam kempen Terima Kasih 900K .
Cara untuk sertai peraduan ini mudah je , cuma Layari : –
https://bm.syok.my/peraduan/syok-nya-menang-honda ( Untuk versi Bahasa Melayu )
https://en.syok.my/win/syok-ing-honda-giveaway ( Untuk versi Bahasa Inggeris )
Lengkapkan borang di dalam web untuk berpeluang memenangi sebuah kereta Honda.
Peraduan Unifi #KhabarBaik Honda
Unifi bekerjasama dengan Honda Malaysia di dalam Kempen Terima Kasih 900K.
Berita baik buat pelanggan Unifi! Anda berpeluang memenangi sebuah Honda HR-V Hybrid.
Caranya amat mudah sahaja :
1. Muat turun MyUnifi App di Apps Store, Google Play atau Huawei App Gallery.
2. Lengkapkan atau kemaskini maklumat peribadi di dalam MyUnifi App
3. Jawab soalan mudah tentang kempen dan Submit.
Destinasi Terakhir Gold Bean 93 Cafe
Saya dan Uyul tiba di destinasi terakhir iaitu Gold Bean 93 Cafe terlewat sedkit kerana tersalah jalan semasa pemanduan di Kluang…hehehe 🙂 . Setibanya di Gold Bean 93 Cafe , kami di sajikan dengan makanan yang menyelerakan .
Alhamdulillah , pengalaman menyertai sesi pandu uji 3 model terhebat dari Honda Malaysia ini amat bermakna pada saya . Dapat merasai pemanduan yang hebat dan menarik . Terima kasih kepada pihak Honda Malaysia , tealive , Syok , Kluang Mall , Iptimas Motor Sdn. Bhd. kerana memberi peluang yang berharga kepada saya dan rakan-rakan blogger yang lain .
StudioAJ says
Terkeliru saya dengan spec CRV1.5L Turbo dan CIVIC 1.5L Turbo. Kenapa tidak dipanggil CRV2.0 Turbo dan Civic 1.8 Turbo mengikut saiz CC masing2?
StudioAJ recently posted…Rahmat Ekamatra – Di sini Kasihku Abadi Chord dan Lirik
Anak Perak / Red Linda says
pergghh! syok dpt test drive kereta Honda..
Wan Zawawi says
memang syok
prestasinya memang lain dari yang lain Honda ni
juju says
seronok kalau dapat bawa balik crv tu kan wazy, tapi macam nak bawak balik civic. eh hrv pun mengancam gek tuh. hadoiiiii
juju recently posted…Persiapan ke Kota Kinabalu dan Kundasang 4 hari 3 malam
Wan Zawawi says
Tu la
rasa nak bawa balik ketiga-tiga model Honda ni sekali
kisahsidairy says
bestnya dapat pandu uji Honda..Join contest la… mana tau dapat bawak balik sebiji honda
Wan Zawawi says
Memang best
In Shaa Allah join contest tu nanti
maszull says
Assalamualaikum wazy…wah bestnya dpt test drive kete honda ni…kalau dpt sebiji bestnya mkn angin..
Wan Zawawi says
Waalaikummussalam
Yup.memang bet dapat test drive hari tu
Memang sedap bawak jalan makan angin je nanti kalau dapat
Decamellia says
Pengalaman yg tak semua orang ada tu. Dapat test drive 3 jenis dlm 1 hari. Best tu. Nur paling suka Honda Civic. Suka design sporty dia baik dulu2 punya & sekarang punya 🙂
Decamellia recently posted…Wacha Burger, Parit Kadir, Johor Tempat Makan Western Yang Murah Dan Sedap
Wan Zawawi says
Saya pun minat juga dengan Civic ni
Dari reka bentuk sampai prestasi emmang superb habis
Dilah says
best dapat test drive Honda CRV, HRV dan Civic ni.. rasa mantap dan canggih sangat.. paling suka Honda CR-V. Rasa kagum dengan teknologi Honda Sensing tu..
Wan Zawawi says
Tu la ,pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan
Apa-apa pun ketiga-tiga model Honda ni memang terbaik
Muka Depan says
Salam…
Wah.. terbaik la bro, bukan selalu kan dapat pandu uji model Honda yang hebat ni
Wan Zawawi says
Waalaikummussalam
yup , memang terbaik , mana tau ada rezeki boleh booking salah satu daripada tiga model Honda ni kan 🙂