Lazimnya , sebelum temuduga tamat , penemuduga akan bertanya sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kemusykilan . Terdapat beberapa soalan yang anda patut dan tidak patut tanya .
Perkara pertama yang kebanyakan orang akan bertanya adalah berkaitan dengan gaji yang ditawarkan . Orang selalu akan bertanya . “ Berapa gaji kerja kamu ? ” Adakah anda biasa mendengar soalan ini ?
Pada umumnya , memanglah hak anda untuk mengetahui gaji yang ditawarkan . Tetapi itu bukanlah soalan pertama yang patut ditanya . Ia patut adalah soalan yang terakhir yang ditanya atau anda tidak perlu bertanya langsung . Jika anda mempunyai nilai di pasaran , anda akan mendapat apa yang sepatutnya atau mungkin lebih dari jangkaan and a. Tidak ada organisasi yang akan merendah-rendahkan kemahiran , ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lain dengan menawarkan gaji yang rendah .

Soalan lain yang anda tidak patut tanya adalah berkaitan dengan cuti , sama ada cuti tahunan , cuti sakit dan sebagainya . Jika anda bertanyakan soalan yang sedemikian , ini akan menunjukkan anda seorang yang tidak dedikasi ; diberi anggapan anda tidak sesuai untuk menjawat jawatan tersebut .
Anda sepatutnya telah membuat kajian lengkap terhadap latar belakang organsasi tentang kebajikan dan kemudahan yang diberikan kepada pekerjanya . Soalan ini menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan anda terhadap organisasi yang anda ingin sertai .
Soalan yang anda patut tanya perlulah soalan yang boleh mengagumkan penemuduga . Soalan anda hendaklah menggambarkan komitmen , kesanggupan anda untuk belajar , semangat bekerja berpasukan dan integriti .
Soalan yang patut anda tanya adalah tentang apa yang akan dapat belajar dari kerja yang ditawarkan dan di manakah posisi anda selepas 5 tahun bekerja . Soalan begini akan memberikan satu tanggapan bahawa anda sememangnya serius untuk mendapatkan tawaran kerja tersebut . Mereka akan percaya bahawa mendapatkan tawaran kerja tersebut adalah matlamat anda , justeru itu anda akan komited dan taat dengan organisasi .
Dengan bertanyakan di manakan posisi anda selepas 5 tahun menggambarkan ketaatan anda terhadap organisasi . Organisasi tidak akan membelanjakan wang dengan begitu sahaja dalam mengadakan sebarang latihan melainkan mereka pasti pekerja mereka adalah yang taat dan komited . Soalan ini juga mencerminkan bahawa anda ingin memajukan diri dan sanggup belajar .
Soalan kedua yang anda patut bertanyakan adalah apakah tanggungjawab anda dan apa yang organisasi inginkan dari anda . Soalan ini akan memberikan anda pemahaman apa yang organisasi ingin capai .
Soalan lain adalah bertanyakan kemahiran tertentu yang perlu dikuasai untuk meningkatkan produktiviti organisasi . Anda juga patut bertanyakan cabaran dan peluang yang dihadapi oleh organisasi .
Soalan-soalan di atas menunjukkan anda seorang yang bersemangat dan ingin melaksanakan tugas dengan terbaik yang mungkin . Anda akan meletakkan diri anda pada satu tahap yang mana anda seorang yang ingin maju ke depan , rajin bekerja dan anda adalah aset kepada organisasi yang anda ingin sertai .
Sumber Artikel : https://www.aliqassem.com
Polisi Komen:
Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .