• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi / Teleport Mencari Komuniti Usahawan di Tujuh Buah Bandar di Malaysia

Teleport Mencari Komuniti Usahawan di Tujuh Buah Bandar di Malaysia

January 23, 2021 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Informasi

Teleport , cabang logistik airasia digital, melancarkan Program Komuniti Usahawan pada 21 Januari 2021 di Kuala Lumpur . Program selama dua bulan ini dirangka untuk memberi peluang kepada usahawan di Malaysia mengembangkan perkhidmatan penghantaran Teleport di tujuh buah bandar di Malaysia seperti Ipoh , Seremban , Johor Bahru , Pulau Pinang, Kota Kinabalu , Kuching dan Miri .

Pasukan Teleport di Melaka!

Individu yang mendaftar untuk program ini dijangka memperoleh sehingga RM3,000 sebulan dan berpeluang untuk mendapat tawaran pekerjaan sepenuh masa dengan Teleport Malaysia . Mereka turut akan dilatih dan ditugaskan untuk memasarkan perkhidmatan penghantaran Teleport dan menguruskan operasi penghantarannya . Para usahawan juga akan diberikan senarai perniagaan untuk dipasarkan , serta akses kepada pelbagai teknologi milik Teleport sepanjang program in i.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak berkata : “ Kami teruja untuk melancarkan Program Komuniti Usahawan ini di tujuh buah bandar di Malaysia. Perniagaan kami semakin berkembang , dan pada tahun 2021 ini kami menjangka lebih banyak peluang perniagaan akan tersedi . Program ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia – serta kakitangan AirAsia yang dikenali sebagai Allstars sama ada yang masih berkhidmat atau tidak .

Pasukan Teleport sedia menghantar

“ Kami amat bertuah kerana mempunyai salah seorang juruterbang AirAsia X , Kapten Lim Kok Hooi menyertai pasukan kami dan telah berjaya memasarkan perkhidmatan kami di Melaka semasa fasa percubaan program in i. Dengan program ini , kami berharap untuk bukan sahaja memberikan perkhidmatan penghantaran terbaik, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada masyarakat , ” kata Pete .

“ Terdapat ramai peniaga di luar sana yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan kami. Banyak yang dapat dipelajari semasa kami bertemu dengan peniaga-peniaga dari industri yang berbeza . Kejayaan kami di Melaka sudah tentu tidak akan terjadi tanpa bantuan pasukan Teleport dan Allstars yang sedia membantu untuk mencapai matlamat tersebut, ” kata Kapten Lim .

Proses permohonan untuk program ini sangat mudah . Mohon sebagai individu atau sebagai pasukan yang terdiri daripada dua orang . Pemohon hanya perlu merakam video selama 3-minit yang menjelaskan bagaimana mereka akan mendaftar sebanyak 100 perniagaan di bandar tersebut dalam masa satu minggu.

Program Komuniti Usahawan ini akan bermula pada bulan Februari 2021. Individu yang berminat boleh membuat permohonan di teleport.asia/TheNextTony selewat-lewatnya pada 29 Januari 2021. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program in i, rujuk kepada soalan-soalan lazim di teleport.asia/community-entrepreneur-faq.

Tonton video komuniti usahawan kami yang memaparkan Kapten Lim Kok Hooi , di pautan ini .

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018 , Teleport adalah syarikat subsidiari AirAsia Digita l, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia . Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja – daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja . Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP ) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan . Untuk maklumat lebih lanjut , sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook , Twitter , Instagram dan YouTube .

(Visited 65 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Sis Lin says

    January 26, 2021 at 10:24 AM

    Tahniah buat Teleport, sentiasa memberi servis yang sangat bagus..
    Sis Lin recently posted…MAKAN STEAMBOAT DAN BBQ GOGOPOT DI RUMAH – ANYTIME ANYWHEREMy Profile

    Reply
  2. Syaz Eym says

    January 24, 2021 at 7:29 PM

    Senanglah macam tu kan 🙂

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Nak Elak Mengumpat,Kalau Buat Ketupat Takpe Jugak
Next Post: Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO