Isi Kandungan
Anda pernah dengar Cosmoderm ? Haa ..kalau nak tahu ia sebuah syarikat yang memasarkan produk penjagaan kulit untuk wanit dan tidak lupa juga lelaki . Jadi pada artikel hari ini , saya akan kongsikan produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced . Jom baca sampai habis artikel ini ye π .
Info Mengenai Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced
Cosmoderm , jenama yang mengkhususkan di dalam produk penjagaan kulit ” Skin-Health Concern ” selama 20 tahun dirancang untuk memberikan penyelesaian khusus untuk masalah kulit biasa seperti kulit berjerawat dan berminyak , kulit kering , pigmentasi , sensitif dan lain-lain . Sebagai jenama yang memenuhi sasaran pengguna yang mempercayai Kecantikan Bermula Dengan Kulit Yang Baik Dan Sihat , Cosmoderm telah melancarkan rangkaian baru yang dinamakan COSMODERM SKIN LAB PERFECT BALANCED . Ia merupakan rangkaian yang memfokuskan pengguna untuk memiliki kulit yang sihat dan menyamankan .
Mempromosikan #SKINDEPENDENCE yang bermaksud ” Bebas dari Kulit Tidak Sihat”, Cosmoderm telah mengembangkan rangkaian perawatan kulit yang tepat dengan Prebiotik yang terbukti bermanfaat untuk kulit .
Bahan-Bahan Utama
Apa itu Prebiotik ? Kita semua mungkin telah biasa mendengar mengenai Probiotik yang merupakan bakteria baik yang dapat dijumpai di dalam tubuh dan kulit manusia untuk memastikan bahawa tubuh dan kulit manusia tetap sihat . Seperti manusia , bakteria baik ini ( Probiotik ) memerlukan makanan untuk mendapatkan keseimbangan mikroba yang sihat. Makanan ini dipanggil Prebiotik yang :-
β’ Seimbangkan mikrobioma kulit untuk mengelakkan kemerahan kulit
β’ Meningkatkan perlindungan permukaan kulit
β’ Memastikan perlindungan kulit tetap utuh dan sihat.
β’ Meningkatkan cahaya kulit dan kelihatan berseri-seri
Bahan lain yang boleh didapati di Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced baru adalah Calamine. Calamine Lotion adalah astringen ringan dan antiseptik yang membantu :-
β’ Untuk melegakan gejala kemerahan kulit , kesan dari cahaya matahari matahari yang ringan dan gatal-gatal kulit
β’ Ia tersenarai bahan perubatan di dalam Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) kerana menjadi ubat yang berkesan dan selamat untuk kesihatan.
β’ Formulasi Calamine yang digunakan di Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced adalah tahap Calamine yang lebih tinggi yang digunakan dalam industri kosmetik . Tahap calamine yang lebih tinggi menjadikan kulit anda lembut , lici , dan lebih sihat .
Bersama-sama , ramuan duo hebat ini berfungsi secara sinergi untuk memberikan ” Kulit Cantik yang Lebih Sihat ” kepada pengguna .
Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced berfungsi menjadikan kulit yang menenangkan yang sihat yang bebas dari kemerahan kulit, kerengsaan kulit, mengurangkan kegatalan kulit dan menenangkan selaran matahari dengan empat produk iaitu Cleanser, Toning Lotion, Moisturizer dan SunScreen .
Pembungkusan :
Ia didatangkan dalam kotak merah jambu yang teramat comel
Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Terdiri daripada:
1.Foaming Cleanser
2.Toning Lotion
3.Soothing Wow Cream ( boleh digunakan sama ada malam / siang atau kedua-duanya )
4.SunMilk SPF 25 PA ++
Cara penggunaan rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced mengikut turutan yang betul
- Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser 100ml
Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect Balanced Foaming Cleanser adalah langkah terbaik untuk kulit yang sihat dan menenangkan . Ia membersihkan pori-pori anda dengan mendalam dan membersihkan kulit sambil melegakan kemerahan .
Cara penggunaan :
Picit sedikit pembersih ke tapak tangan. Basuh dan urut dengan lembut. Bilas dengan air bersih .
2. Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion 120ml
Diformulasikan untuk semua jenis kulit , Perfect Balanced Toning Lotion adalah yang kedua dan paling penting untuk kulit yang lebih sihat dan cantik. Dengan Prebiotik dan 20,000 ppm Calamine, jumlah yang lebih tinggi membantu menenangkan dan melegakan kemerahan sambil meningkatkan keupayaan penyerapan kulit anda . Selain itu , ia juga mengembalikan kualiti halangan semulajadi kulit anda untuk menghadkan keregangan , kerengsaan dan ketidakselesaan.
Cara penggunaan :
Goncangkan sebelum digunakan sehingga calamine bercampur dengan baik dengan air β Toning β . Tuangkan toning lotion ke tapak tangan dan tepuk lembut ke muka dan leher . Sebagai peringatan , jangan gunakan β Cotton Pad β jika tidak ia akan menyerap bahan Calamine .
3. Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream 50ml
Diformulasikan untuk semua jenis kulit , Perfect Balanced Soothing WOW Cream adalah langkah ketiga untuk menyihatkan dan menyamankan kulit. Dengan 30,000 ppm prebiotik dan calamine , jumlah yang lebih tinggi membantu soothe and calm kulit sambil meredakan noda pada permukaan kulit . Menggunakan WOW (Air didalam minyak air ) dan triple Moisture Boost Complex, ia juga membantu mengembalikan kelembapan kulit anda.
Cara penggunaan :
Picitkan sejumlah yang mencukupi dari Soothing WOW Cream ke tapak tangan dan urut lembut di bahagian muka dan leher.
4. Cosmoderm Perfect Balanced SunMilk SPF25PA++ 50ml
Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect Balanced SUNMILK SPF 25PA ++ adalah langkah terakhir ke arah kulit yang lebih sihat dan lebih cantik. Dikemas dengan nutrien seperti Vitamin dan Mineral yang membantu melegakan kulit yang terbakar dan kering serta melindungi kulit anda dari UVA dan UVB . Selain itu, ia improves kan perlindungan permukaan kulit anda mengatasi tekanan persekitaran.
Cara penggunaan :
Picitkan SunMilk SPF25PA ++ dalam jumlah yang mencukupi ke tapak tangan dan urut dengan lembut di bahagian muka dan leher.
Cara penggunaan rutin di waktu siang :
Langkah 1: Cleanser ==> Langkah 2: Toning Lotion ==> Langkah 4: SunMilk SPF25PA++
Cara penggunaan rutin di waktu malam :
Langkah 1: Cleanser ==> Langkah 2: Toning Lotion ==> Langkah 3: Soothing WOW Cream
Untuk keberkesanan , boleh digunakan bersama keempat-empat rangkaian produk ini bagi mendapatkan kesan yang lebih efektif
Sedikit Info Tambahan
Keempat-empat produk dari Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan BEBAS dari:
β’ Paraben ( Paraben )
β’ Wangian ( Fragrance )
β’ Pewarna Buatan ( Artificial Colorant )
Fungsi Calamine : Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan β¦ Oleh itu, calamine dapat menyamankan kulit anda . Jadi kepada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif dan mengalami kemerah-merahan boleh pakai rangkaian produk cosmoderm ini .
Fungsi Prebiotik: memberikan perlindungan lebih dan membuat kulit jadi lebih kuat.Juga membuatkan kulit wajah lebih stabil dan memberikan efek menenangkan pada kulit.
Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced SEKARANG terdapat di farmasi di seluruh negara. Untuk maklumat lebih lanjut dan promosi terkini , sila kunjungi d i:
β’ Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm
β’ Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/
β’ Laman web : www.cosmoderm.com.my
Nona says
Kandungan yang selamat dan amat berguna untuk kulit muka… Bertambah seri la nanti nihh.. Hehe.. Yang pentingg, guna secara konsisten dan berulang kali… Baru nampak kesannya..
siti suziana mustakim says
Wow..cnfirm pelolesss..jarang nmpk lelaki gaya kn set skincare
Sis Lin says
Pinky gitu bersama cosmoderm ek Wazy hehehe..
Sis masih guna gak produk Comoderm ni yang Tea Tree Oil.. lain terbaru belum cuba..
Sis Lin recently posted…AKU JATUH CINTA SUDAH SAMA KAIN NORWEX
Cik Puan Ena says
Cantik packaging boleh buat hantaran tu. Hehe
Cik Puan Ena recently posted…Resepi sarapan pagi mudah guna Roti Putih
DeCamellia says
Haaaaaa terasa comel pulak org laki ada set skincare packaging warna pink. Siap ada prebiotik ehh dlm bahan dia. Mesti nice
DeCamellia recently posted…Pengalaman Mendaki Gunung Lambak Kluang Bersama Anak Kecil