Isi Kandungan
Assalamualaikum…
Apabila sebut sahaja Reka Bentuk Hiasan Dalaman , ramai yang mempunyai pelbagai idea , cara dan ilham yang menarik untuk mendekorasi rumah kediaman tidak kira di bahagian ruang tamu , bilik tidur , bilik membaca , tandas dan bilik air , dapur dan juga ruang solat . Trend terkini yang memperlihatkan rekaan hiasan dalaman serba moden yang mampu memberi kepuasan kepada pemilik rumah untuk lebih menghargai masa-masa yang terbaik bersama ahli keluarga tersayang untuk bersantai dan juga beristirehat di rumah sesuai dengan kenyataan ” Rumahku Syurgaku ” . Rumah kediaman juga kini menjadi salah satu aset yang wajib dimiliki oleh semua golongan kerana mempunyai ruang yang besar dan luas bergantung kepada bajet . Dalam erti kata lain , seni reka hiasan dalaman ialah seni menyusun dan mereka bahagian dalaman bilik dan bahagian lain di dalam rumah supaya ia lebih selesa , harmoni dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya .
Selain daripada itu , ada juga yang mempunyai hobi untuk menghias rumah sendiri pada masa lapang . Jadi tidak hairanlah apabila wujud kumpulan di facebook ( Facebook Group ) yang mengumpul semua peminat hiasan dalaman untuk bertukar-tukar idea . Pasar raya atau gedung membeli belah yang tumbuh sperti cendawan selepas hujan mempunyai ruang khusus untuk peminat-peminat hiasan rekaan dalaman contohnya seperti MR DIY , IKEA , NINSO , DAISO dan juga KAISO menjadikan ia satu fenomena untuk mereka bentuk dalaman dengan kepakaran yang dimiliki oleh sesetengah orang . Selain itu , segala maklumat tentang reka bentuk hiasan dalaman juga boleh diakses dari hujung jari dan terdapat pelbagai buku untuk dijadikan panduan .
Sejarah Penubuhan IDW Design & Build (IDW)
Ok pada kali ini , saya ingin memperkenalkan satu syarikat kelolaan pasangan bumiputera iaitu IDW Design & Build (IDW) yang ditubuhkan pada tahun 2007 milik Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah . Mereka menubuhkan Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman ini ketika ketika masing-masing berikut 21 tahun dan ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam . Penubuhan syarikat IDW Design & Build (IDW) ini didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta . Pada usia 24 tahun , pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai Ringgit Malaysia 70 Ribu . Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan . Namun langit tidak selalunya cerah , disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda , pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang . Berbekalkan tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW .
Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran . Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian . Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan . Mereka berdua meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor .
Tragedi Kebakaran
Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW adalah tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api . Bertitik tolak dari tragedi itu , ia menjadi ‘ push factor ’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW . Mereka bertekad untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna .
Fenomena Pandemik Covid-19
Umum sedia maklum , Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID-19 . Akibatnya seluruh negara berhadapan ” Total Lock Down ” dan semua individu hanya duduk di rumah . Apa yang lebih menakjubkan di sini ialah mereka bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran , Lokman Hakim , Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan . Dengan menetapkan sasaran utama untuk lebih fokus , mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik untuk semua bakal pelanggan dan pelanggan . Disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan serta keesannya , permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja , belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga . Dengan itu , wujudnya fenomena ” New Norma ” mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection .
Buku IDW Design Collection Servis Eksklusif dan Harga Mampu Milik
Ia berperanan sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini , IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan . Untuk itu , ia membuktikan dengan keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan dan membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi . Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti . Untuk makluman , Servis reka bentuk di IDW bermula dari Ringgit Malaysia Enam Ribu kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik kediaman . Jadi , dengan adanya Buku IDW Design Collection ini , IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik . Apa yang menarik di sini , Buku IDW Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi buat semua pemilik kediaman di Malaysia .
Pendapat Saya Setelah Membaca Buku IDW Design Collection
Memandangkan saya pun meminati seni reka hiasan dalaman di kediaman , jadi memang teruja sekali apabila berpeluang memiliki Buku IDW Design Collection yang serba lengkap secara keseluruhannya . Buku IDW Design Collection yang mempunyai sehingga 423 muka surat ini wajib dimiliki oleh meraka yang inginkan gaya serba moden dan mampu milik untuk kediaman tidak kira di ruang tamu , bilik tidur, ruang solat , bilik belajar dan juga ruang dapur . Pertama sekali pada pandangan saya , buku ini memang teramat bagus sekali untuk pasaran di Malaysia dan berpotensi ke pasaran luar negara kerana mempunyai koleksi rekaan hiasan dalaman yang serba moden , canggih dan menarik serta mampu milik . Jadi untuk peminat dan pecinta rekaan hiasan dalaman tidak perlu pening kepala dan sangsi lagi dengan ada buku IDW Design Collection ini .
Dengan penerangan dan lukisan pelan yang serba lengkap serta mempunyai ” QR Code ” seiring dengan perkembangan teknologi terkini yang lebih memudahkan untuk anda lihat secara terperinci untuk rekaan yang anda inginkan . Jadi ia amat sesuai dan boleh diakses dihunugn jari melalui ” Smart Phone ” atau Telefon Pintar .
Dan paling saya tertarik lagi adalah latar belakang dan kisah Pengasas IDW iaitu Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah yang sememangnya cekal dan tabah sepanjang awal penubuhan IDW . Walaupun diduga hebat dengan pelbagai cabaran dan rintangan , Pasangan ini berjaya membawa dan memperkenalkan IDW melalui penerbitan buku IDW Design Collection yang menghimpunkan lebih 200 rekaan hiasan dalaman yang serba moden dan mewah , semuanya di dalam satu pakej . Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah , Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki serta syarikat akan berkembang dengan lebih maju lagi..Aamin..
Ok ..bagi rakan-rakan dan pembaca yang inginkan maklumat lanjut tentang IDW dan juga buku IDW Design Collection ini bolehlah ke :-
Facebook : https://www.facebook.com/idwdesigns
Instgram : https://www.instagram.com/idw.design
Laman Web : https://idw.design/
Nona says
Bgaus ada buku nih kann!!! Membantu snagat wooo!
Snapbackpacker says
mudah kalau ada panduan gini..awal awal boleh tiru sebijik
lepas dah mahir yang biasa..ubah ikut inovasi sendiri
Snapbackpacker recently posted…Tips dan Panduan Percutian Pulau Perhentian Terengganu
Sis Lin says
Tebal bukunya.. kalau dapat kat Sis memang Sis belek tak sudah.. suka tiru ID kreatif mereka ni..
Sis Lin recently posted…KOLEKSI BAJU LABUH AKU BY HERMOSA WEAR