• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Dunia Kereta / Sistem Brek Kereta

Sistem Brek Kereta

March 7, 2021 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Dunia Kereta

Assalamualaikum…

Agak lama juga tak berkongsi tentang Dunia Kereta ni , maklumlah sejak dua menjak dan tiga menjak ni teramat sibuk sedikit . Ok pada hari ini ada sejikit masa untuk berkongsi tentang Sistem Brek Kereta .

Unuk pengetahuan semua , Brek adalah sejenis alat yang digunakan bagi memperlahankan atau menghentikan pergerakan sesebuah mesinatau kenderaan, atau boleh jadi juga alat bagi menghalangnya daripada mula bergerak lagi . Tenaga kinetik yang hilang daripada bahagian bergerak biasanya ditukarkan kepada haba oleh daya geseran. Alternatifnya , dalam pembrekan janaan, sejumlah tenaga dipulihkan dan disimpan di dalam roda tenaga, kapasitor ataupun ditukar kepada arus ulang-alik oleh pengulangalik, seterusnya ditukarkan kepada arus terus sebelum disimpan di dalam bateri bagi kegunaan akan datang .

Sila ambil perhatian bahawa tenaga kinetik bertambah berkadaran dengan nilai kuasa dua halaju (hubungan E = 1/2·m·v2) . Ini bermakna jika kelajuan kenderaan bertambah , ia mempunyai empat kali ganda jumlah tenaga . Oleh itu brek mestilah menghilangkan empat kali ganda tenaga bagi menghentikan kenderaan dan hasilnya jarak membrek akan jadi empat kali lebih lama .

Brek dipasang pada kebanyakan kenderaan beroda termasuklah kereta, lori, kereta api, motosikal dan basikal.

Sesetengah kapal terbang dipasang dengan brek roda di bahagian bawah. Beberapa kapal terbang turut menampilkan brek udara yang direka bagi memperlahankannya semasa penerbangan . Nyahpecutan dan mengelak pecutan semasa menuruni bukit boleh juga dicapai dengan menggunakan gear rendah .

Brek geseran pada kereta menyimpan haba pada bahagian berputar ( brek gelendong atau brek cakera ) semasa brek dikenakan dan melepaskannya ke udara secara beransur-ansur .

Kesan terhadap pencemaran bunyi

Aksi membrek pada kenderaan bermotor menghasilkan keluaran bunyi yang boleh dikenali , bergantung kepada jenis tayar serta permukaan jalan bagi menghasilkan kesan yang boleh diterima bagi tahap bunyi yang terhasil daripada kenderaan yang sedang bergerak . Terdapat satu julat yang boleh diterima dalam penumpuan akustif yang dihasilkan bergantung kepada reka bentuk bunga tayar dan kecepatan nyahpecutan yang diperlukan bagi memperlahankan kenderaan .

Brek cakera adalah sejenis alat bagi memperlahankan atau menghentikan putaran roda kenderaan . Cakera brek ( juga dipanggil rotor ) biasanya diperbuat daripada besi tuang ataupun komposit seramik ( termasuklah karbon , kevlar dan silika ) serta disambungkan pada roda dan / atau gandar . Untuk menghentikan roda, bahan geseran dalam bentuk kasut brek ( dipasang pada angkup brek ) dikenakan daya secara mekanikal , hidraulik , pneumatik atau elektromagnet pada kedua-dua bahagian cakera . Geseran menyebabkan cakera dan roda yang disambungkan diperlahankan atau dihentikan.

Lazimnya , boleh dikatakan brek hadapan bagi kesemua kereta moden dan kebanyakan motosikal moden menggunakan brek cakera . Kini brek cakera turut digunakan pada go-kart dan juga basikal .

Bahagian brek cakera

Sesebuah brek cakera terdiri daripada:-

  • Cakera brek – cakera berputar yang disambungkan pada roda. Ada cakera brek yang mempunyai sirip haba bagi membuang haba berlebihan daripada cakera . Selain itu , terdapat juga cakera brek yang berlubang, bertujuan menambah luas permukaan cakera yang terdedah pada udara untuk menyejukkannya dengan lebih cepat .
  • Angkup brek – menempatkan omboh brek dan kasut brek . Bagi reka bentuk brek cakera angkup terapung , angkup brek turut bergerak akibat tekanan hidraulik atau mekanikal bagi menyeimbangkan dengan daya yang dikenakan pada omboh , dan seterusnya angkup turut bertindak mengenakan daya geseran pada satu lagi permukaan cakera.
  • Omboh – menukarkan tenaga hidraulik kepada tenaga kinetik, yang digunakan untuk mengenakan daya kepada kasut brek dan seterusnya ke cakera brek.
  • Kasut brek – bahan geseran bagi memperlahankan atau menghentikan pergerakan cakera.

Reka bentuk brek cakera secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis:-

  • Angkup tetap – Angkup dibolkan atau diskrukan terus pada sistem gantungan untuk mengelakkan angkup daripada bergerak . Daya membrek dikenakan pada kedua-dua belah cakera melalui beberapa omboh di kedua-dua belah angkup . Reka bentuk ini popular pada kenderaan perlumbaan seperti motosikal sport dan kereta sport .
  • Angkup terapung – Angkup disambungkan pada sistem gantungan tetapi angkup masih boleh bergerak kerana dipasang pada satu pin pemandu. Tidak seperti jenis angkup tetap, kasut brek pada sebelah bahagian cakera dipasang pada angkup dan bukan pada omboh seperti pada permukaan cakera yang satu lagi. Lebihan tekanan hidraulik yang dikenakan pada omboh seterusnya dikenakan pada angkup, menyebabkan daya membrek pada sebelah bahagian cakera dikenakan oleh omboh manakala sebelah lagi oleh angkup .

Sejarah Brek

Brek cakera mula digunakan di England pada dekad 1890an ; kereta pertama yang menggunakan brek cakera dipatenkan oleh Frederick William Lanchester di kilang Birminghamnya pada tahun 1902 , walaupun setelah setengah abad barulah ciptaannya diterima pakai umum .

Brek cakera gaya moden mula muncul pada kereta Crosley Hotshot yang dikeluarkan dengan jumlah terhad pada 1949 , walaupun pengeluarannya dihentikan pada tahun 1950 kerana masalah reka bentuk . [1] Chrysler Imperial juga menawarkan brek cakera dari tahun 1949 sehingga 1953, walaupun ia turut disertakan dengan dua plat tekanan kitaran penuh, mengembang dalam. Brek cakera yang boleh diharap dibangunkan di UK oleh Dunlop dan mula tampil pada tahun 1953 pada kereta lumba Jaguar C-Type . Kereta Citroën DS 1955 , dengan brek cakera berkuasa , dan Triumph TR3 1956 adalah kereta Eropah pertama yang menggunakan brek cakera moden . [2] Kereta pengeluaran pertama yang menggunakan brek cakera hadapan dan belakang ialah Austin-Healey 100S pada tahun 1954. [3] Kereta pengeluaran Amerika seterusnya yang menggunakan brek cakera adalah Studebaker Avanti1963[4] ( pilihan pada model Studebaker yang lain), peralatan wajib pada kereta Rambler Marlin 1965 (pilihan pada model AMC yang lain) , dan Chevrolet Corvette Stingray (C2) 196 5.

Brek cakera menawarkan kuasa membrek yang lebih baik daripada brek gelendong, termasuk ketahanan daripada “ kepudaran brek ” yang disebabkan komponen brek yang terlampau panas, serta mampu pulih dengan cepat setelah terendam di dalam air ( brek yang basah adalah kurang berkesan ). Tidak seperti brek gelendong , brek cakera tiada kesan servo sendiri dan daya membrek sentiasa berkadaran dengan tekanan pada injak atau tuas brek .

Terdapat banyak penggunaan awal brek cakera kereta yang ditempatkan pada bahagian dalam aci pacuan , berhampiran gear pembeza , tetapi kebanyakan brek kereta hari ini terletak tersembunyi di dalam roda.

Brek cakera paling popular pada kereta sport pada awal pengenalannya, memandangkan kenderaan tersebut amat memerlukan kuasa membrek yang tinggi . Kini brek cakera menjadi lazim pada kebanyakan kereta penumpang , walaupun masih banyak model kereta ( khususnya kereta kecil ) yang menggunakan brek gelendong belakang bagi mengurangkan kos serta berat di samping mempermudahkan rekaan brek tangan .

Sumber : AMIAUTO

(Visited 306 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Snapbackpacker says

    March 22, 2021 at 11:40 AM

    brake la antara sistem keselamatan terpenting..patut sentiasa servis dan pastikan dalam kondisi terbaik
    Snapbackpacker recently posted…Senarai Tempat Parkir Kenderaan Sekitar Jeti Kuala PerlisMy Profile

    Reply
  2. Sis Lin says

    March 9, 2021 at 9:08 AM

    Sis kalau kete BMW Suami tu tau nak check, sebab dia ada sistem setting dia, kalau lelain tak reti, bawa ke kedai aje laa..time servis kena servis hehehehe
    Sis Lin recently posted…BILA ANAK MULA KEMBALI KE KAMPUSMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #60
Next Post: Wordless Wednesday #61

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,320)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,584)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,472)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO