• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review / Masalah Sakit Lutut Dapat Diselesaikan Dengan Garci Pro

Masalah Sakit Lutut Dapat Diselesaikan Dengan Garci Pro

April 30, 2021 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Review

Isi Kandungan

  • ISTILAH PERUBATAN MENGENAI SAKIT LUTUT
  • MASALAH SAKIT LUTUT
  • APAKAH SIMPTOM YANG DIHIDAPI OLEH MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH SAKIT LUTUT ?
  • APAKAH PUNCA KEPADA MASALAH SAKIT LUTUT ?
  • SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK MENGHADAPI MASALAH INI ?
  • CARA MENGATASI MASALAH SAKIT LUTUT
  • MASSAGE GEL GARCI PRO
  • MASALAH YANG DIHADAPI ADALAH :-
  • MANFAAT GARCI PRO GEL
  • BAGAIMANA GARCI PRO BOLEH MEMBANTU ?
  • CARA GUNA GARCI PRO
  • TESTIMONI DARI SAYA SENDIRI SETELAH MENGGUNAKAN GARCI PRO
  • GARCI PRO MASSAGE OIL DI BERITA TV ALHIJRAH

Assalamualaikum…

Bila bercerita perihal sakit lutut ni  , memang agak rumit kalau hendak diceritakan kembali berdasarkan pengalaman sendiri . maklumlah bekerja di kilang dan selalu mengangkat barang besar dan berat . Dapat balik modal la , balik rumah lutut terasa sakit sangat seperti hendak tercabut pun ada…Sudah bermacam-macam cara juga cuba untuk hilangkan sakit lutut yang saya kena , antaranya adalah ke klinik , dapat ubat tahan sakit  dan ubat sapu ..ada juga kena terima suntikan..fuhh ngeri tak ngeri  sampai satu ketika tu ada dirujuk ke pakar fisiologi . Setelah berbulan dapatkan rawatan serta x-ray lutut sebelah kiri ni , Alhamdulillah tiada apa-apa yang kritikal cuma kadang-kadang tu sakitnya datang kembali . Biasalah mungkin cuaca terlalu sejuk .

Salah satu cara saya hilangkan sakit lutut pada Ketika itu adalah dengan menggunakan “ Knee Support / Knee Braces “ . Saya pakai ketika waktu kerja dan tidak terasa sangat apabila melakukan kerja-kerja berat ni . Pengalaman yang paling saya tidak boleh lupakan juga adalah bekerja dan berjalan di dalam keadaan terhinjut-hinjut . Bila duduk tu macam susah juga untuk bangun.

Sambil-sambil itu , sempat juga buat carian mengenai sakit lutut ini , bukannya apa…mana tahu apabila saya kongsikan di blog dapat membantu lebih ramai lagi pesakit yang menghidapi sakit lutut seperti saya .

Ok jom kita baca sampai habis dahulu  :

Sakit lutut merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan golongan dewasa yang mana ia boleh mengganggu aktiviti harian seseorang. Kesakitan pada lutut boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti trauma pada lutut, proses penuaan dan beberapa sebab yang lain.

ISTILAH PERUBATAN MENGENAI SAKIT LUTUT

Anterior Cruciate Ligament ( ACL ): Tisu yang menyambungkan tulang peha dan betis.

Tendon : Tisu yang menyambungkan otot kepada tulang.

Bursae : Merupakan tisu yang mengelilingi sendi yang menjadikan ruang sendi tersebut tertutup.

MASALAH SAKIT LUTUT

Golongan dewasa, terutamanya yang sudah berusia sering mengalami masalah sakit lutut. Namun, golongan muda juga boleh mendapatkan masalah sakit lutut yang mana ia boleh berpunca daripada kecederaan pada bahagian tertentu seperti ligamen dan juga tisu rawan yang koyak.

Fungsi tisu rawan yang terletak pada sendi adalah untuk melancarkan pergerakan sendi tersebut serta untuk mengurangkan geseran.

Kebanyakan mereka yang mengalami sakit lutut yang tidak serius akan mendapat kesembuhan walaupun tidak diberikan apa-apa rawatan perubatan.

Alat penyokong lutut ( knee braces ) boleh digunakan yang mana ia mampu menstabilkan pergerakan lutut dan mengurangkan kesakitan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa jenis sakit lutut yang memerlukan prosedur pembedahan untuk memulihkannya.

APAKAH SIMPTOM YANG DIHIDAPI OLEH MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH SAKIT LUTUT ?

Kawasan yang mengalami kesakitan serta tahap kesakitan yang dialami adalah bergantung kepada punca-punca yang menyebabkan sakit lutut tersebut berlaku.

Simptom dan tanda yang boleh dikesan pada lutut yang sakit adalah seperti:

  • Lebam
  • Sukar untuk menggerakkan lutut
  • Lutut terasa lemah dan kurang stabil. Keadaan seperti ini selalunya berlaku pada lutut yang mengalami koyakan ligament ( anterior cruciate ligament tear )
  • Lutut berbunyi ketika berjalan ataupun ketika dibengkokkan. Biasanya ia berlaku pada lutut yang mengalami osteoarthritis. Golongan yang berpotensi mendapatkan osteoarthritis adalah mereka yang sudah berumur, atlet atau mereka yang mengalami obesiti.

APAKAH PUNCA KEPADA MASALAH SAKIT LUTUT ?

Sakit lutut boleh berpunca dari kecederaan yang berlaku pada lutut, masalah mekanikal dan beberapa jenis masalah keradangan sendi.

1. Kecederaan lutut

Kecederaan pada lutut boleh berlaku sewaktu melakukan aktiviti sukan atau disebabkan oleh kemalangan. Lutut yang mengalami kecederaan boleh menyebabkan kerosakan pada ligamen, tendon dan bursae yang berada pada sendi tersebut.

Berikut merupakan beberapa jenis kecederaan yang selalu berlaku pada lutut:

Kecederaan ‘anterior cruciate ligament (ACL). Anterior cruciate ligament merupakan salah satu ligamen yang menyambungkan tulang peha kepada tulang betis. Kecederaan ACL sering terjadi ketika aktiviti sukan yang mana ia akan menyebabkan lutut menjadi tidak stabil

Tulang patah ataupun retak. Tulang lutut termasuk juga tempurung lutut boleh mengalami keretakan ketika berlakunya kemalangan jalan raya.

Koyakan pada tisu meniscus. Tisu meniscus adalah tisu rawan yang terletak dalam sendi lutut yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan sendi. Tisu ini juga boleh mengalami koyakkan ketika melakukan aktiviti sukan.

Keradangan tendon. Tendon merupakan tisu yang bersambung daripada tulang kepada otot. Mereka yang terlibat dengan sukan seperti larian, berbasikal dan melompat biasanya akan memberikan tekanan yang lebih kepada tendon tersebut. Kesannya, ia boleh menyebabkan tendon ini mengalami keradangan dan juga memberikan kesakitan pada lutut.

2. Masalah mekanikal

Berikut merupakan beberapa jenis masalah mekanikal yang boleh menyebabkan sakit lutut berlaku:

Tempurung lutut terkeluar daripada lokasinya.

Ketika berlakunya sakit di bahagian tulang pinggul dan tapak kaki, tekanan lebih tinggi selalunya akan diberikan pada lutut yang berlawanan yang tidak/kurang sakit. Ini akan menyebabkan lutut tersebut mengalami kesakitan sakit.

3. Keradangan sendi ( Arthritis )

Pelbagai jenis ‘arthritis’ yang boleh menyebabkan lutut menjadi sakit . Antaranya seperti:

Osteoarthritis – Mereka yang sudah berumur selalu mengalami keradangan sendi osteoarthritis . Disebabkan faktor usia yang semakin meningkat , cecair synovial akan menjadi semakin berkurangan dan tisu rawan pada lutut juga semakin terhakis . Geseran tulang bersama-sama dengan tisu sekeliling akan berlaku dan menyebabkan kerosakan di kawasan tersebut . Akibatnya, lutut akan mengalami keradangan yang akhirnya membawa kepada kesakitan.

Rheumatoid arthritis

Gout

Septic arthritis – Disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sendi tersebut.

SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK MENGHADAPI MASALAH INI ?

Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung terkena sakit lutut iaitu :-

Berat badan yang berlebihan

Lutut akan mendapat tekanan yang lebih daripada berat badan yang berlebihan terutamanya ketika berjalan ataupun melakukan aktiviti sukan. Kecederaan juga lebih mudah berlaku di kawasan lutut bagi mereka yang mempunyai berat yang berlebihan.

Tidak selalu bersenam

Bagi mereka yang tidak selalu melakukan aktiviti bersenam atau tiba-tiba melakukan aktiviti sukan atau melakukan aktiviti sukan yang berat, kecederaan pada kawasan lutut atau kawasan sendi lain akan mudah mengalami kecederaan. Keadaan ini berlaku kerana kemampuan kekuatan otot tersebut tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan dan ia tidak mampu menstabilkan sendi ketika melakukan aktiviti.

Beberapa jenis sukan berisiko

Terdapat beberapa jenis sukan tertentu yang membawa kepada risiko kecederaan lutut iaitu seperti permainan futsal, bola sepak, bola keranjang dan beberapa jenis sukan yang lain.

Mempunyai sejarah kecederaan lutut

Risiko untuk mendapat kecederaan lutut adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai sejarah kecederaan lutut pada masa lalu.

CARA MENGATASI MASALAH SAKIT LUTUT

Walaupun tidak semua masalah sakit lutut boleh diatasi, namun beberapa cara boleh dilakukan sebagai langkah untuk mengelakkan daripada ia berlaku. Antaranya adalah seperti:

  • Mengurangkan berat badan
  • Sentiasa melakukan senaman atau bersukan
  • Melakukan senaman atau sukan dengan mengikuti kaedah dan posisi badan yang betul
  • Menggunakan alat penyokong lutut (knee guard) jika mengalami masalah lutut
  • Boleh cuba untuk bertukar jenis sukan yang diamalkan. Mungkin minggu ini berlari. Dan minggu hadapan pula berenang untuk mengurangkan beban pada lutut.

MASSAGE GEL GARCI PRO

Banyak juga kan tentang sakit lutut ini . Alhamdulillah hasil carian saya di internet juga , terjumpa pula satu produk iaitu Massage Gel Garci Pro .  Produk Garci Pro ini mampu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf serta ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana  dihasilkan menggunakan Teknologi Nano. Jadi jangan biarkan masalah ini berlarutan, kerana ia bakal mengundang penyakit saraf dan masalah salur darah yang popular hari ini iaitu “ STROK / ANGIN AHMAR ” . Seperti kata pepatah , Lebih Baik Mencegah Sebelum Parah ..Jadi teruja juga untuk mencuba produk ini .

Ok jom kita baca pula kelebihan produk Garci Pro ini pula :-

MASALAH YANG DIHADAPI ADALAH :-

  • Kebas Menyucuk-nyucuk di bahagian tangan dan kaki
  • Tangan mudah rasa kejang kadang sampai tak boleh pegang benda lama
  • Rasa menyucuk di peha atau tapak kaki
  • Kulit Dan Merasa Sentuhan,Sejuk atau Panas
  • Tidak Dapat Tidur Lena Jika Cuaca Sejuk
  • Rasa sengal menyucuk di bahagian belakang tengkuk dan badan
  • Sukar nak berdiri lama bila solat
  • Sakit sendi dan lutut

MANFAAT GARCI PRO GEL

  • Membantu Proses Rawatan Strok
  • Membantu Proses Rawatan kebas Pada Anggota Badan
  • Membantu Proses Melancarkan Pengaliran Darah Dan Merawat Salur Darah Tersumbat.
  •  Membantu Proses Melegakan Kekejangan Otot
  • Membantu Proses Melegakan Sakit Urat Dan Sendi
  • Membantu Proses Melegakan Pening Kepala

Bagi membantu menjalani kehidupan yang lebih sihat, produk Garci pro ini  adalah GEL YANG BOLEH MEMBANTU PROSES RAWATAN RASA KEBAS DARIPADA 100% BAHAN SEMULAJADI IAITU :

  • Minyak / Herba Kayu Putih
  • Minyak Argan
  • Aloe Vera
  • Epal Hijau
  • Peppermint

BAGAIMANA GARCI PRO BOLEH MEMBANTU ?

Setelah disapu , gel ini akan meresap ke dalam kulit terus ke sistem saraf dan membantu melancarkan pengaliran darah sekaligus mengurangkan rasa kebas , sakit sendi dan  juga lutut .

CARA GUNA GARCI PRO

Hanya Sapu Dan Gosok Pada Bahagian Yang Bermasalah Sehingga Rata . Gel ni tak panas dan  tidak melekit . Bau aromaterapi yang menyenangkan . Sejuk dan berangin untuk keselesaan berpanjangan . Sapu dan gosok kat bahagian bermasalah tu sehingga rata Sapu 3 kali sehari…pagi, tengahari dan malam sebelum tidur .

TESTIMONI DARI SAYA SENDIRI SETELAH MENGGUNAKAN GARCI PRO

Alhamdulillah…setelah seminggu menggunakan Garci pro ini di lutut , sakitnya pun sudah semakin berkurangan  dan terasa amat segar sekali . Kebiasaanya selepas balik kerja memang kerap sakit di lutut , tetapi pada kali ini ianya amat berbeza sekali . Rasa seperti tiada apa-apa sakit dari bahagian betis hingga ke tapak kaki walaupun setelah melakukan kerja yang berat . Satu lagi , gel Garci Pro ini tidak melekit dan sejuk . Selepas pakai memang rasa teramat selesa sekali .

GARCI PRO MASSAGE OIL DI BERITA TV ALHIJRAH

Saya sertakan sekali video dari Youtube tentang Garci pro Massage Gel di berita TV Al-Hijrah . jom sama-sama tonton :-

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai produk Garci Pro ini bolehlah ke :-

Laman Web : http://garciprohq.com

Facebook : https://www.facebook.com/gelsarafHq

Instagram : http://www.instagram.com/garcipromalaysia

(Visited 138 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Nona says

    May 8, 2021 at 11:33 PM

    Bagusnyaaa… kena cari untuk mak jugak ni.. mak sy pun salu sakit lutut dh skrg . huhu

    Reply
    • Wan Zawawi says

      May 29, 2021 at 8:43 AM

      ok cari la satu untuk mak
      banyak kelebihannya produk ni

      Reply
  2. Cik Puan Ena says

    May 4, 2021 at 12:16 AM

    Alhamdulillah serasi dengan garci pro gel.

    Reply
    • Wan Zawawi says

      May 29, 2021 at 8:44 AM

      Alhamdulillah..terbaik..mudah-mudahan lebih ramai lagi yang akan guna produk ini

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Meriahkan Sambutan Ramadan dan Syawal Dengan Kacax
Next Post: Wordless Wednesday #63

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,320)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,584)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,472)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO